SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN (Harga Mahar Mengikut Negeri)

Utama / HARGA MAS KAHWIN / SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN (Harga Mahar Mengikut Negeri)

SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN (Harga Mahar Mengikut Negeri)

Kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, mesti ingin mengetahui semakan kadar harga mas kahwin atau mahar mengikut negeri masing-masing. Disini kami kongsikan semakan harga mas kahwin mengikut negeri.

APA ITU MAS KAHWIN / MAHAR

 

Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al- ‘aqd. Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Mas kahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.

 

Terdapat 2 jenis kaedah mahar, iaitu:

  1. Mahar Musamma.
    1. Mas kahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan yang lain. Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
  2. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
    1. Mahar yang dinilai mengikut mas kahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu. Ia juga hendaklah dinilai sama dengan mas kahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya. Seterusnya menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

 

SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN

 

Berikut adalah merupakan kadar semakan harga mas kahwin mengikut negeri:

  1. Mas Kahwin Johor
    1. Bagi anak dara adalah RM22.50.
    2. Bagijanda pula adalah RM22.50.
  2. Mas Kahwin Melaka
    1. Bagi anak dara adalah RM100.00.
    2. Bagijanda pula adalah RM100.00.
  3. Mahar Negeri Sembilan
    1. Bagi anak dara adalah RM24.00.
    2. Bagijanda pula adalah RM12.00.
  4. Mas Kahwin Negeri Selangor
    1. Bagi anak dara adalah RM300.00.
    2. Bagijanda pula adalah RM300.00.
  5. Mas Kahwin KL
    1. Bagi anak dara adalah RM80.00.
    2. Bagijanda pula adalah RM40.00.
  6. Mahar Perak
    1. Bagi anak dara adalah RM101.00.
    2. Bagijanda pula adalah RM101.00.
  7. Mahar Pulau Pinang
    1. Bagi anak dara adalah RM24.00.
    2. Bagijanda pula adalah RM24.00.
  8. Mas Kahwin Kedah
    1. Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.
  9. Mas Kahwin Perlis
    1. Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.
  10. Mas Kahwin Terengganu
    1. Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.
  11. Mas Kahwin Kelantan
    1. Tidak meletakkan berapa nilai yang perlu dibayar sebagai mas kahwin. Bergantung kepada perbincangan kedua-dua belah keluarga berapa jumlah mas kahwin yang ingin diletakkan.
  12. Mas Kahwin Sabah
    1. Bagi anak dara adalah RM80.00.
    2. Bagijanda pula adalah RM80.00.
  13. Mahar Sarawak
    1. Bagi anak dara adalah RM120.00.
    2. Bagijanda pula adalah RM120.00.
  14. Mahar Labuan
    1. Bagi anak dara adalah RM80.00.
    2. Bagijanda pula adalah RM80.00.

 

NOTA:  Bagi negeri yang tiada ketetapan mahar, anda perlu menggunakan dua kaedah untuk menentukan mahar ini iaitu menggunakan kaedah mahar mithil atau menggunakan kaedah mahar musamma.

 

SOALAN LAZIM

 

Apakah perbezaan mas kahwin dan mahar?

Tiada beza diantara mahar dan mas kahwin. Hal ini kerana ia merupakan perkara yang sama namun penggunaan istilah yang berbeza.

 

Mas Kahwin Hak Siapa?

Ia merupakan hak mutlak isteri dan turut menjadi satu tanda perakuan kasih dan tanggungjawab seorang suami kepada isterinya.

 

Apakan perbezaan Duit Hantaran dengan Mas Kahwin?

Duit hantaran merupakan sejumlah wang yang diberikan oleh lelaki kepada pihak perempuan. Biasanya jumlah yang diberikan agak besar dan jumlah ini bergantung kepada hasil perbincangan diantara kedua-dua belah keluarga. Duit hantaran hanyalah adat semata-mata dan tidak menjadi kewajipan pihak lelaki kepada pihak perempuan.

Mas Kahwin@Mahar pula merupakan tuntutan syarak yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri. Mahar yang disebut tunai sewaktu lafaz ijab qabul perlu diberikan sebelum pernikahan berlangsung.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS PERKAHWINAN GUNA IC (CHECK BUJANG KE BERKAHWIN)

JPN ESERVICES(PERMOHONAN CABUTAN/SALINAN SIJIL KELAHIRAN,KAD PENGENALAN KANAK-KANAK 12 TAHUN & PERKAHWINAN TANPA LESEN ONLINE)

 

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *