SEMAKAN HARGA RENEW PASSPORT(Kadar Denda Jika Hilang)

Utama / HARGA RENEW PASSPORT / SEMAKAN HARGA RENEW PASSPORT(Kadar Denda Jika Hilang)

SEMAKAN HARGA RENEW PASSPORT(Kadar Denda Jika Hilang)

Pasport Antarabangsa anda sudah tamat? Sudah tentunya anda ingin membuat pembaharuan dan ingin mengetahui semakan harga terkini pembaharuan Pasport dan juga kadar denda sekiranya anda kehilangan Pasport anda.

Buat panduan anda, untuk pembaharuan Pasport anda dikehndaki untuk membawa Pasport lama anda. Berikut kami kongsikan semakan harga renew passport dan juga kadar denda sekiranya hilang.

 

APA ITU PASPORT

Passport Malaysia adalah satu dokumen perjalanan yang sah dan dikeluarkan kepada Warganegara Malaysia untuk maksud perjalanan luar negara. Warganegara Malaysia adalah layak memohon di semua pejabat Imigresen di Malaysia termasuk di UTC. Pasport juga boleh dibuat di Pejabat Perwakilan Malaysia luar negara. Tempoh sah laku Pasport adalah lima tahun dari tarikh dikeluarkan.

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan pembaharuan pasport:

  • Permohonan gantian pasport sahaja.
  • Warganegara Malaysia yang genap berumur 13 tahun ke atas.
  • Tempoh sah laku pasport semasa perlu kurang daripada 12 bulan.
  • Permohonan dalam negara sahaja.

NOTA: Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

 

KADAR BAYARAN PEMBAHARUAN PASPORT

Berikut adalah merupakan Kadar bayaran yang akan dikenakan bagi permohonan pembaharuan pasport secara online bagi tempoh 5 tahun:

  • Permohonan Biasa (13 tahun – 59 tahun): RM 200
  • Warga Emas(60 tahun keatas) , Kanak-Kanak (12Tahun dan kebawah): RM100
  • Orang Kelainan Upaya (OKU) : Gratis (percuma)

 

KADAR DENDA KEHILANGAN PASPORT

Sekiranya anda telah kehilangan Pasport dan ingin membuat pembaharuan, anda akan dikenakan denda pasport hilang yang tinggi berdasarkan kadar yang diumum Jabatan Imigresen Malaysia baru baru ini seperti pada jadual di bawah ini :

KATEGORIKali PertamaKali KeduaKali Ketiga
Semua orangRM400RM700RM1200
Bawah 12 tahun @ umur 21 tahun belajar di luar negaraRM300RM600RM1100

 

CARA RENEW PASPORT ANTARABANGSA ONLINE

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan pembaharuan pasport melalui sistem myIMMs:

  1. Layari pautan: https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport.
  2. Baca terma dan syarat yang tertera kemudian klik Setuju.
  3. Isi maklumat yang diberikan kemudian klik butang Cari.
  4. Muat naik gambar pasport anda.
  5. Seterusnya buat pembayaran untuk untuk melengkapkan proses permohonan.

NOTA: Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Pengambilan Pasport. Tarikh dan masa pengambilan passport yang telah dipohon akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

 

PERKARA PENTING YANG PERLU DIKETAHUI

Sebelum anda membuat permohonan secara online, berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui:

  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  • Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  • Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

 

PERMOHONAN PASPORT SECARA WALK-IN SELEPAS 9 MEI 2022

  • Kepada rakyat Malaysia yang ingin memohon dan memperbaharui Pasport mereka boleh berbuat demikian secara ‘walk in’ Selepas 9 Mei
  • Pemansuhan STO ini disebabkan permohonan PMA yang tinggi dan berlaku kesesakan dalam Sistem Temujanji Online Jabatan Imigresen di beberapa pejabat pengeluar pasport di seluruh negara sejak pembukaan sempadan pada April lalu.
  • Pemansuhan STO bermula pada 16 Mei ini. Bagi pemohon yang sudah menerima tarikh janji temu melalui STO mulai 16 Mei tidak perlu lagi mematuhi tarikh yang diberikan itu.
  • Bagaimanapun, Pejabat Pasport Putrajaya hanya akan memproses permohonan yang dibuat dalam talian dan hanya pemohon yang sudah menerima notifikasi melalui e-mel sahaja akan diberi perkhidmatan

 

KADAR HARGA RENEW PASSPORT

Berikut adalah merupakan kadar harga renew passport Malaysia terkini:

PEMOHONHARGA / BAYARAN
Permohonan Biasa 13 tahun hingga 59 tahunRM200
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)RM100
Kanak Kanak (12 Tahun Dan Ke Bawah)RM100
Pelajar Mengikuti Program Ijazah Di Luar Negara Di Bawah 21 TahunRM100
Jemaah HajiRM100
Orang Kurang Upaya (OKU)Gratis / Percuma

 

WAKTU OPERASI PEJABAT PENGELUAR PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA

Waktu operasi permohonan pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa (PMA) akan berkuatkuasa mulai 15 Ogos 2022 seperti berikut:

  1. Pejabat Passport Negeri dan Cawangan
    • Semua negeri dan cawangan:
      • Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 7.00 petang
      • Sabtu: 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
    • Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
    • Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  2. Pejabat UTC
    • UTC di semua negeri
      • Hari bekerja: 8.00 pagi hingga 9.00 malam
      • Hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
    • UTC negeri Perlis, Pahang, Terengganu dan Kedah
      • Hari bekerja dan hujung minggu: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut megenai harga renew passport antarabangsa online , anda boleh layari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan https://www.imi.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS PERJALANAN JABATAN IMIGRESEN(Cara Check di sspi.imi.gov.my/sspi/)

TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN(STO IMI):CARA BUAT JANJI TEMU IMIGRESEN NEGERI/CAWANGAN

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *