CARA SEMAK HARGA RUMAH DI PASARAN (Properties Below Market Value)

Utama / HARGA RUMAH / CARA SEMAK HARGA RUMAH DI PASARAN (Properties Below Market Value)

CARA SEMAK HARGA RUMAH DI PASARAN (Properties Below Market Value)

Sekiranya anda ingin membuat pembelian rumah, semestinya anda harus membuat semakan harga rumah di pasaran semasa terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan, semoga membantu.

 

PASARAN HARGA RUMAH TERKINI

Merujuk kepada kajian dari kalangan pakar berkenaan pasaran harga bdalam tempoh antara 2 tahun akan datang:

Akan mengalami kenaikkan harga dari segi harga rumah dan kadar sewa rumah dalam kadar jangkaan kenaikkan sehinga 11.8 peratus. Lonjakan kenaikkan tersebut akan naik ke paras 16.5 peratus untuk 24 bulan mendatang

Lonjakan harga rumah di malaysia termasuk di Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak Pulau Pinang, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

 

PUNCA KENAIKKAN HARGA

Berikut adalah merupakan anda beberapa faktor yang menyebabkan kenaikkan harga iaitu:

  • Ekonomi Malaysia terus mencatatkan pertumbahan yang memberangsangkan
  • Pelancaran unit baru menjadi kurang di pasaran hartanah malaysia. Banyak pemaju dan kontraktor yang ‘tersungkur’ di tengah jalan tidak dapat meneruskan projek sedia. Banyak rumah terbengkalai.
  • Rantaian sumber bahan, pengeluaran bahan binaan menjadi terbatas menyebabkan lonjakan harga bahan binaan seperti kenaikan harga logam, harga simen naik dan harga pasir naik. yang berlaku hari ini. Jika kos bahan binaan naik sebagai contoh sebanyak 20 peratus, memang tidak boleh dielakkan harga untuk rumah kediaman di malaysia juga akan naik sekurang-kurangnya 10 peratus.
  • Jumlah kawasan strategik untuk dibangunkan untuk projek pada masa akan datang semakin berkurang
  • Inflasi di Malaysia yang terus naik sekarang sebenarnya menyumbang kepada perkadaran harga property di Malaysia naik
  • Margin keuntungan pemaju semakin berkurang yang mana akhirnya beban tersebut akan dipulangkan dan dialihkan kepada kalangan pembeli mereka

 

KENAPA PERLU SEMAK HARGA PASARAN RUMAH

Ada beberapa sebab kenapa anda perlu semak harga pasaran iaitu:

  • Untuk Memastikan Harga Jualan yang Kompetitif
  • Untuk Memudahkan Pembeli Mendapat Pinjaman

 

CARA SEMAK HARGARUMAH DI PASARAN

Sekiranya anda ingin membuat semakan harga terkini, berikut adalah merupakan caranya:

Melalui Perunding Hartanah Berdaftar

  • Perunding hartanah ni akan gunakan data transaksi, jaringan dan pengalaman mereka untuk menganggar harga pasaran.
  • Untuk menyemak dengan ejen hartanah perlukan butiran berikut:
    • Alamat penuh rumah
    • Jenis rumah
    • Keluasan rumah
    • Butiran ubahsuai (Sekiranyan ada)
    • Harga jualan
  • Semakan melalui ejen hartanah hanya memberikan nilaian indikatif tentang harga pasaran sesuatu rumah

Melalui Bantuan Jurubank

  • Anda juga boleh bertanyakan kepada jurubank yang mengurus pinjaman perumahan.
  • Jurubank ni mempunyai akses kepada penilai hartanah dan boleh memberikan maklumat kepada anda.
  • Walaubagaimananpun, kemungkinan anda sukar mendapatkan komitmen dari mereka.
  • Semakan melalui bantuan jurubank hanya memberikan nilaian indikatif tentang harga pasaran sesuatu rumah

Melaui Khidmat Penilai Professional

  • Khidmat penilai profesional ni melibatkan fi profesional.
  • Untuk mendapatkan nilaian yang tepat anda disarankan gunakan khidmat penilai professional.
  • Penilai professional ni akan datang ke rumah untuk buat nilaian. Di akhir tugas mereka tu, mereka akan keluarkan valuation report.
  • Melalui perkhdimatan ini adalah yang paling baik.

Semakan Secara Online

  • Dengan menggunakan laman Brickz.my untuk buat semakan. Data di website ini melaporkan transaksi jual beli hartanah daripada Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
  • Langkah-langkah yang perlu dibuat untuk membuat anggaran:
    • Layari Brickz.my 
    • Cari lokasi rumah yang diingi
    • Dapatkan sekurang-sekurangnya dua transaksi yang harganya lebih kurang sama untuk jadikan sebagai anggaran.
  • Pengunaan laman ini adalah hanyalah rule of thumb sahaja.

 

KADAR PASARAN HARGA RUMAH DI MALAYSIA

Berikut adalah merupakan kadar pasaran bagi harga mengikut negeri di malaysia:

  1. WP Kuala Lumpur
  2. WP Putrajaya
  3. Selangor
  4. Penang
  5. Johor
  6. Kedah
  7. Kelantan
  8. Melaka
  9. Negeri Sembilan
  10. Pahang
  11. Perak
  12. Perlis
  13. Terengganu
  14. Sabah
  15. Sarawak

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN RUMAH PPRT (Daftar espkr.rurallink.gov.my)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *