HARGA SAWIT TERKINI 2024(Semakan Harga Semasa)

Utama / HARGA SAWIT TERKINI / HARGA SAWIT TERKINI 2024(Semakan Harga Semasa)

HARGA SAWIT TERKINI 2024(Semakan Harga Semasa)

Terkini pemintaan minyak sawit pada peringkat global dijangka akan meningkat dan ini akan menyebabkan harga bekalan buah kelapa sawit akan meningkat dalam pasaran pada masa hadapan. Disini kami akan kongsikan berkenaan harga pasaran sawit terkini, semoga membantu.

 

APA ITU KELAPA SAWIT

Kelapa sawit‎ atau kelapa bali ialah sejenis pokok palma daripada keluarga Arecaceae yang ditanam untuk pertanian komersil dalam pengeluaran minyak daripada isirong dan buahnya. Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang perkembangannya demikian pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil sampingan juga tinggi.

Kelapa sawit yang sihat dapat menghasilkan kira-kira 26 Buah Tandan Segar (BTS) setiap tahun. Apabila buah sawit masak, ia akan bertukar menjadi warna merah keemasan.  Ia mestilah dituai dan dihantar ke kilang dengan segera untuk memastikan minyak yang dihasilkan berkualiti tinggi.

 

JENIS KELAPA SAWIT

Pokok kelapa sawit terdiri daripada dua spesies iaitu:

  • Kelapa sawit Afrika (nama botani: Elaeis guineensis) yang berasal dari Afrika barat di antara Angola dan Gambia
  • Kelapa sawit Amerika (nama botani: Elaeis oleifera) yang berasal daripada Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

 

JENIS MINYAK SAWIT

Kelapa sawit menghasilkan 2 jenis minyak iaitu:

  • Minyak sawit dihasilkan dari bahagian sabut (mesocarpa)
  • Minyak isirung sawit dihasilkan dari bahagian isirung (biji)

 

FAKTOR NAIK TURUN HARGA MINYAK SAWIT

Berikut adalah merupakan beberapa faktor yang bakal mempengaruhi harga minyak sawit mentah dunia menurut dari Palm Oil Analytics (POA) iaitu:

  • Perkembangan penularan COVID-19 di mana ia meletakkan prospek ekonomi yang tidak menentu dan lemah
  • Prospek pengeluaran kacang soya di Amerika Syarikat
  • Dasar percukaian
  • Persaingan harga
  • Dasar biodoesel
  • Ketengan hubungan politik dan perdagangan antara China dan AS
  • Jurang minyak kelapa mentah dan minyak inti kelapa sawit
  • Impak daripada mandat B30 Indonesia yang dilaksanakan akan terus menyokong harga minyak sawit kerana sebahagian besar kuantiti diserap oleh program ini.
  • Sentimen antikelapa sawit yang berterusan di Eropah dan desakan untuk menghentikan penggunaan bahan api biologi (biofuel) minyak sawit menjelang 2030 akan menjejaskan harga kerana ekonomi utama Eropah akan fokus kepada memaksimumkan pengeluaran minyak biji bijian mereka sendiri.

 

HARGA MINYAK SAWIT TERKINI

Anda boleh menyemak ahrga sawit terkini menerusi website rasmi Malaysian Palm Oil Board (MPOB)

 

CARA SEMAKAN HARGA SAWIT TERKINI

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan harga buah sawit terkini mengikut pasaran semasa iaitu:

  1. Menerusi website rasmi MPOB: Harga Harian Minyak Sawit Mentah – Malaysia
  2. Menerusi website rasmi FELDA: Info Kewangan 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai kelapa sawit, anda boleh emlayari website https://sawit.com.my/

 

ARTIKEL BERKAITAN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *