HARGA SCALING GIGI 2024(Check Klinik Kerajaan & Swasta)

Utama / HARGA SCALING GIGI / HARGA SCALING GIGI 2024(Check Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA SCALING GIGI (Check Klinik Kerajaan & Swasta)

Sekiranya gigi anda telah berkarat, sebaiknya anda pergi ke klinik gigi untuk membuat cucian gigi (scaling). Semestinya anda ingin mengetahui kadar harga scaling gigi bagi klinik kerajaan dan swasta. Disini kami akan kongsikan sedikit mengenai kadar harga, semoga membantu.

 

APA ITU SCALING GIGI

Scaling gigi bertujuan untuk membersihkan kawasan-kawasan dan permukaan gigi anda daripada pengumpulan plak dan karang gigi. Pengumpulan plak dan karang gigi yang tidak terkawal dan banyak, akan menyebabkan komplikasi lain.

Jadi, antara alternatif untuk membersihkan gigi anda secara total adalah dengan mendapatkan perkhidmatan scaling gigi di klinik pergigian yang berhampiran. Rawatan ini amat digalakkan menurut doktor gigi, dan perlu dijadikan rawatan tahunan atau lebih baik setiap 6 bulan oleh anda.

 

KENAPA PERLU SCALING GIGI

Antara sebab kenapa perlu scaling gigi adalah:

  1. Mengelakkan Masalah Mulut Berbau (halitosis).
  2. Terdapat kotoran atau kekuningan (stain) pada gigi
  3. Karang gigi yang terbentuk apabila plak (tahi gigi) melekat dan mengeras pada permukaan dan celah gigi.

 

HARGA SCALING GIGI DI KLINIK KERAJAAN

Berikut adalah merupakan kadar harga scaling gigi bagi klinik kerajaan untuk setiap kali rawatan:

  • Caj pendaftaran – RM1
  • Caj scaling – RM2

Klinik kerajaan kini mampu menawarkan perkhidmatan scaling setanding dengan klinik swasta.  Walaubagaimanapun kemungkin anda perlu beratur atau menunggu lebih untuk mendapatakan perkhdimatan scaling diklinik gigi kerajaan ini kerana pesakit yang ramai.

 

HARGA SCALINGGIGI DI KLINIK SWASTA

Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih pantas, seharusnya anda akan dapatkan di klink swasta. Berikut adalah merupakan kadar harga scaling di klinik swasta bagi negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan Johor:

NEGERINAMA KLINIK HARGA SCALING
WP Kuala LumpurKlinik Pergigian RohayaRM 80 – RM 180
klinik Pergigian DrsmileRM 80 – RM 200
Klinik Pergigian FauziahRM 80 – RM 200
klinik Pergigian Happy DentalRM 80 – RM 200
klinik Pergigian Rose DentalRM 80 – RM 200
SelangorKlinik Pergigian Dr FeelizRM 90 – RM 200
Klinik Pergigian NazurahRM 149 – RM 199
Zahida DentalRM80 – RM150
Klinik Pergigian RohayaRM 80 – RM 150
Klinik Pergigian Dr. LeenRM 85 Ke atas
Johor BahruKlinik Pergigian Tiew (Bukit Indah JB)RM 150 Ke atas
Klinik Pergigian Tiew (Nusa Bestari Johor)RM 150 Ke atas
Klinik Pergigian Nur SalamRM 100 Ke atas
Klinik Pergigian Azura Larkin, JBRM 100 Ke atas

NOTA: Untuk makluman anda kadar scaling kebanyakkan klinik swasta adalah sekitar RM 90 hingga RM 200 bergantung kepada klinik.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAK STATUS DOKTOR GIGI (Berdaftar Atau Tidak Melalui MDC)

SEMAK HARGA BRACES DI KLINIK GIGI SWASTA & KERAJAAN

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *