HARGA SCAN BABY 2D 3D 4D & 5D HD (Ultrasound Scan Baby Malaysia)

Utama / HARGA SCAN BABY / HARGA SCAN BABY 2D 3D 4D & 5D HD (Ultrasound Scan Baby Malaysia)

HARGA SCAN BABY 2D 3D 4D & 5D HD(Ultrasound Scan Baby Malaysia)

Kepada  ibu yang sedang hamil, pastinya tidak sabar untuk menanti ketibaan cahaya mata tersebut. Salah satu cara untuk anda tahu kondisi dalam kandungan adalah dengan melakukan process scanning di hospital atau klinik berdaftar. Disini kami akan kongsikan harga scan baby 2D 3D 4D & 5D HD, semoga membantu.

 

PANDUAN SCAN BABY

Berikut adalah merupakan antara panduan untuk scan kandungan anda:

  1. Waktu sesuai
    • Biasanya jantina bayi dapat ditentukan secara tepat selepas 16 minggu tempoh kehamilan. Pada minggu ke 24 hingga 26, anda mungkin boleh melihat ciri wajah bayi dengan lebih jelas.
  2. Perbanyakkan minum air
    • Semakin dekat dengan hari untuk melakukan imbasan, anda dinasihatkan untuk banyak minum air. Ia dapat membantu menentukan kualiti gambar yang akan diperolehi.
  3. Makan
    • Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil makanan ringan seperti roti sandwic, salad atau semangkuk pasta, dalam tempoh 45 minit hingga sejam sebelum scan bayi dilakukan.
  4. Jus buah
    • Meminum jus buah seperti oren atau epal juga membuatkan bayi semakin aktif bergerak. Gula semula jadi dalam jus akan memberikan tempoh aktif yang lebih lama.
  5. Pakai pakaian longgar
    • Ibu mengandung disarankan untuk berpakaian longgar dan memilih memakai seluar.

 

TEMPOH UNTUK SCAN BABY

Scan dicadangkan ketika 3 peringkat kehamilan iaitu :

  1. Trimester Pertama ( 11-14 Minggu )
  2. Detail Scan ( 18-22 Minggu)
  3. Scan Tumbesaran ( Selepas 32 Minggu )

 

APA ITU DETAIL SCAN

Detail scan yang juga dikenali sebagai fetal anomaly scan, dilakukan pada trimester kedua kehamilan. Waktu paling ideal melakukan detail scan ialah antara minggu ke 18 hingga minggu ke 24 kehamilan, iaitu ketika bayi berada dalam saiz yang sesuai untuk meneliti keseluruhan kepala dan badannya.

Detail scan berupa 2D, tujuan melakukan detail scan kandungan adalah untuk mengetahui beberapa perkara seperti di bawah:

  • Memeriksa tumbesaran keseluruhan bayi
  • Memeriksa struktur, anggota dan organ bayi
  • Menentukan kedudukan uri
  • Menilai jumlah air ketumban
  • Melihat jantina bayi
  • Sekiranya anggota atau organ bayi didapati tidak sempurna atau bermasalah seperti masalah jantung, ibu akan dirujuk kepada pakar berkaitan untuk pengurusan seterusnya seperti menentukan cara rawatan dan hospital yang sesuai untuk melahirkan bayi.

 

APA ITU 2D, 3D, 4D & 5D SCAN

  • 2D Scan adalah gambar dalam bentuk 2 dimensi. Imej berwarna hitam putih.
    • Digunakan untuk memeriksa kesihatan baby, jantina dan lain2.
  • 3D Scan adalah gambar dalam bentuk 3 dimensi. Selalunya berwarna coklat dalam imej.
  • 4D Scan adalah rakaman Video baby bergerak dalam bentuk 3 dimensi (Imej 3D)
  • 5D Scan atau HD Scan adalah teknologi terbaru, tambahan kepada Imej 3d4d, imej kelihatan lebih jelas dan realistik.

 

HARGA SCAN BABY

Berikut adalah merupakan anggaran kadar harga bagi scan baby:

  • 2D Scan: Harga bermula RM40
  • 3D Scan: Harga bermula RM60
  • 4D Scan: Harga bermula RM80
  • 5D HD Scan: Harga bermula RM99

 

NOTA: Kadar harga mungkin berbeza bergantung pada Klinik yang anda kunjungi  beserta pakej yang ditawarkan

 

ARTIKEL LAIN

BERAPA KOS BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN & SWASTA(Semak Harga & Pakej Terkini)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *