HARGA TAMPAL GIGI(Check Klinik Kerajaan & Swasta)

Utama / HARGA TAMPAL GIGI / HARGA TAMPAL GIGI(Check Klinik Kerajaan & Swasta)

HARGA TAMPAL GIGI (Check Klinik Kerajaan & Swasta)

Sekiranya gigi anda telah berlubang, sebaiknya anda pergi ke klinik gigi untuk membuat tampalan. Semestinya anda ingin mengetahui kadar harga tampal gigi bagi klinik kerajaan dan swasta. Disini kami akan kongsikan sedikit mengenai kadar harga, semoga membantu.

 

APA ITU TAMPAL GIGI

Tampalan gigi adalah rawatan untuk memulihkan gigi yang berlubang dengan menutupkan ruang di mana bakteria boleh masuk menggunakan bahan tampalan seperti resin komposit dan amalgam. Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada kesesuaian rawatan.

 

KENAPA PERLU TAMPALGIGI

Antara sebab kenapa perlu tampal gigi adalah:

  1. Tiba-tiba muncul sakit gigi, jika tiada pencetus
  2. Sakit apabila menggigit makanan atau minuman yang manis, sejuk, atau panas
  3. Gigi sensitif
  4. Perubahan warna gigi kepada coklat coklat atau coklat hitam
  5. Membaiki gigi yang retak, patah, atau terhakis akibat tabiat tertentu, seperti mengisar gigi atau menggigit kuku.

 

JENIS BAHAN TAMPALGIGI

Bahan tampalan yang digunakan bergantung kepada kesesuaian rawatan dan ia bergantung kepada keadaan orang yang ingin melakukan tampal gigi. Berikut adalah merupakan antara jenis bahan yang digunakan:

  1. Komposit
    • Bahan yang merupakan campuran resin akrilik dan serbuk kaca. Bahan ini adalah bahan tampalan yang paling kerap digunakan sekarang.
  2. Amalgam
    • Campuran beberapa logam, iaitu merkuri, perak, tembaga dan timah. Amalgam biasanya digunakan untuk mengisi gigi belakang.
  3. Lonomer
    • Campuran asid akrilik dengan serbuk kaca. Biasanya digunakan untuk tampalan kecil di bahagian gigi yang tidak sering digunakan untuk menggigit.
  4. Lonomer Resin
    • Campuran asid akrilik dan resin akrilik. Ionomer resin biasanya digunakan untuk mengisi permukaan gigi yang tidak digunakan untuk mengunyah, atau untuk mengisi gigi pramatang pada bayi.
  5. Porselin
    • Porselin atau seramik bukan sahaja digunakan sebagai bahan untuk mengisi gigi, tetapi juga mahkota pergigian dan venir pergigian.
  6. Aloi emas
    • Campuran emas, tembaga, dan beberapa logam lain. Aloi emas lebih kerap digunakan untuk mengatasi lubang gigi yang besar dan luas.

 

HARGA TAMPALGIGI DI KLINIK KERAJAAN

Berikut adalah merupakan kadar harga tampal gigi bagi klinik kerajaan:

Jenis TampalanKelas IKelas IIKelas IIIPesakit Luar
Tampalan gigi kekalRM 50RM 40PercumaRM 2
Tampalan gigi desidusRM 20RM 15PercumaRM 2
Tampalan sementaraRM 20RM 15PercumaRM 2

Nota: Caj Rawatan Pergigian & Harga MyHealth Gov

 

HARGA TAMPAL GIGI DI KLINIK SWASTA

Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih pantas, seharusnya anda akan dapatkan di klink swasta. Berikut adalah merupakan anggaran kadar harga tampal gigi di klinik swasta:

Jenis TampalanDewasaKanak-Kanak
1. Amalgam
-SimpleRM 150-180RM 50-60
-ComplexRM 100-170RM 50-70
-Dentine pinRM 50
2. Composite
-AnteriorRM 90-200RM 50-70
-PosteriorRM 90-200RM 60-80
-Composite veneersRM 300-350
3. Tampalan sementaraRM 70-90

NOTA: Kadar harga mungkin berbeza bergantung pada Klinik Swasta setiap kawasan yang anda kunjungi

 

PANDUAN SELEPAS TAMPAL GIGI

Berikut adalah merupakan panduan selepas anda membuat tampalan gigi:

  • Makan makanan dengan gizi seimbang
  • Memberus gigi dengan ubat gigi yang mengandungi fluorida dengan kerap, 2 kali sehari
  • Membersihkan jurang gigi dengan kerap dengan benang gigi
  • Periksa dan bersihkan gigi anda dengan kerap di doktor gigi
  • Menggunakan bahagian mulut yang bertentangan dengan gigi yang ditampal untuk mengunyah
  • Jangan makan makanan atau minuman yang terlalu panas, sejuk, manis, dan masam
  • Memberus gigi anda di sekeliling pengisian dengan lembut

 

ARTIKEL LAIN

HARGA RAWATAN AKAR GIGI (Check Klinik Kerajaan & Swasta)

4 Comments

      • Dicawangan mana kita boleh buat semua, contoh gigi kita ada yang perlu tampal, cabut atau scalling gigi. Dr di klinik sll akan beri pilihan kerana kapasiti pelanggan yg ramai, jadi perlu didahulukan rawatan paling perlu oleh pesakit.

  1. Saya pernah tampal gigi masa kecik kt sekolah rendah.. Skrg umur saya 19 thn .. Gigi geraham atas yg tampal tu berlubang semula ..nk tampal kali kedua risiko tinggi x? Lagi sakit atau sama sakit mcm tampal yg pertama kali ? ..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *