HARGA UPAH HAJI UMRAH ( Semak Pakej Badal Haji Berdaftar )

Utama / HARGA UPAH HAJI UMRAH / HARGA UPAH HAJI UMRAH ( Semak Pakej Badal Haji Berdaftar )

HARGA UPAH HAJI UMRAH (Semak Pakej Badal Haji Berdaftar )

Melaksanakan upah haji sangat sinonim dengan masyarakat Melayu Muslim di negara kita. Pelbagai agensi menawarkan perkhidmatan untuk menunaikan Badal Haji. Harga yang ditawarkan oleh setiap pakej amat berpatutan dan mampu milik.

Hukum mengupah haji kepada mereka yang telah meninggal dunia yang tidak sempat untuk menunaikan haji ketika hidup adalah diharuskan syarak namun terlebih afdhal waris sendiri yang melaksanakan upah haji bagi seseorang yang meninggal dengan syarat yang telah disebutkan tadi. Sekiranya tiada waris terdekat barulah boleh mengupah orang lain.

Berapa harga upah Haji Umrah? Bagaimanakah cara nak semak dan pilih pakej Badal Haji yang berdaftar?

 

Info Penting Tentang Badal Haji (Upah Haji)

 Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji yang sering dipromosikan di laman sosial oleh agensi pelancongan dan individu tertentu.

TH amat bimbang dengan kes penipuan badal haji yang berlaku setiap tahun dan meminta orang ramai untuk memastikan ejen atau individu yang menawarkan perkhidmatan ini mempunyai kebenaran menunaikan haji serta berkelayakan dari segi ilmu melaksanakan badal haji itu dengan sempurna.

 

Apa Itu Badal Haji ( Upah Haji)

Badal ertinya ‘ganti ‘. Oleh itu Badal Haji adalah ‘menggantikan orang lain dalam melaksanakan ibadah haji kerana adanya halangan tertentu seperti penyakit ,usia tua (uzur) atau kematian bagi melaksanakan kesemua Rukun Islam

 

Harga Upah Haji Umrah  ( Badal Haji )  Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

Syarikat Andalusia tidak asing lagi dalam menawarkan pakej-pakej umrah dan haji. Kini agensi tersebut turut menawarkan pakel badal haji dengan harga yang berpatuatan.

Anda boleh layari pautan ini :https://www.umrah-ziarah.com/badalhaji.php

Badal HajiRM 2500
Cenderahati Badal Haji
  • Sejadah
  • Tasbih
  • Air zam-zam 1 liter
  • Sijil Badal Haji

 

Harga Upah Haji Umrah  ( Badal Haji )  Nuzha Travel & Tours

Agensi Nuzha Travel telah membuka pendaftaran pakej upah haji untuk tahun 2022/1433h. Anda boleh membuat pilihan pakej mengikut bajet dan keselesaan anda.

Sila layari pautan ini untuk maklumat lanjut: https://nuzhatravel.onpay.my/order/form/badalhaji

Pakej Biasa

RM2000

PAKEJ EKSKLUSIF

RM2400

PAKEJ PREMIUM

RM2900

Upah hajiUpah haji + UmrahUpah haji + Umrah
SijilSijilQurban di kemboja
SejadahSejadahSijil
TasbihTasbihSejadah
Minyak wangiMinyak wangiTasbih
Khatam Al-QuranKhatam Al-QuranMinyak wangi
Telekung/serbanTelekung/serbanKhatam Al-Quran
Air zam-zamAir zam-zamTelekung/serban
Air zam-zam

 

 Harga Upah Haji Umrah  ( Badal Haji )  Salsabila Aflah Tours & Travel

Dengan hanya RM 2500 anda mampu memilih pakej upah haji dengan agensi Salsabila Aflah & Tours. Pelbagai kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan oleh agensi tersebut.

Maklumat lanju boleh berhubung di : https://salsabilaaflah.com/upah-haji/

PAKEJ SALSABILA

RM2500

PAKEJ JAUHAR

RM3000

Pelaksanaan HajiPelaksanaan Haji
Pelaksanaan UmrahPelaksanaan Umrah
Tahlil di Tanah SuciTahlil di Tanah Suci
Waqaf Al-QuranWaqaf Al-Quran
Sijil & cenderahatiSijil & cenderahati
Qurban seekor kambing

 

Syarat Badal Haji Yang Sah

 Walaupun syarat badal haji diharuskan tetapi hendaklah menepati syarat-syarat seperti berikut:

  1. Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri.
  2. Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia.
  3. Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh/sakit/tidak berdaya dan tak sembuh dari penyakitnya itu.
  4. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
  5. Boleh bagi wanita ambil badal haji untuk lelaki dan sebaliknya
  6. Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
  7. Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus.
  8. Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan pula kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
  9. Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorg yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.

 

Penipuan Syarikat Badal Haji

  • Terkini anda dinasihatkan supaya berhati-hati dengan taktik tawaran pakej badal haji terutama yang tidak menyatakan secara jelas siapa pelaksananya. Bukan itu sahaja, pakej harga amat mencurigakan dan tidak berasas sedangkan kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kos permit haji pada kadar tertentu termasuk untuk rakyat tempatan.
  • Lembaga Tabung Haji (TH) yang memainkan peranan penting di Tanah Suci pun tidak melaksanakan badal haji tahun ini kerana menyedari pelbagai peraturan yang ditetapkan Arab Saudi.
  • Syarikat yang melaksanaan taktik tawaran yang tidak munasabah ini akan di Senarai Hitam kan.

 

Tawaran Harga Pakej Badal Haji

  • Anda dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran harga pakej badal haji serendah RM500, RM1,500 bahkan ada yang menawarkan RM2,500 hingga RM3,000.
  • Arab Saudi menetapkan kos permit kira-kira RM12,000 dengan penguatkuasaan ketat dan disebabkan itu adalah mustahil sekiranya pelaksana badal haji mengambil upah terlalu murah. Ini kerana pergi haji pun penguat kuasa Arab Saudi akan teliti permit atau surat kebenaran, pakej itu harganya lebih kurang RM12,000 atau lebih.

 

Isu Badal Haji 1443H/2023M

Dakwaan perlaksanaan Badal Haji dengan kadar upah terlalu rendah dan dikendalikan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Mekah adalah TIDAK BENAR. Persatuan Pelajar Mekah Malaysia (PPM) menafikan dakwaan sebahagian pihak/syarikat/individu yang mendakwa badal haji mereka ambil dilakukan oleh Pelajar Malaysia Mekah, dan menggesa semua pihak yang ingin melaksanakan badal haji, supaya tidak tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab dan amanah.

Ini kerana Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan harga pakej dan permit haji bagi tahun 2022 dengan minimum RM12,000. Ditambah dengan kawalan ketat untuk melaksanakan haji, dan denda bagi yang melaksanakan haji tanpa permit, serta tidak dibenarkan masuk ek Arab Saudi untuk tempoh 10 tahun jika ditangkap.

ARTIKEL LAIN 

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *