HARTANI-I AGRO BANK (Permohonan Pembiayaan Tanah Pertanian)

Utama / HARTANI-I AGRO BANK / HARTANI-I AGRO BANK (Permohonan Pembiayaan Tanah Pertanian)

HARTANI-I AGRO BANK (Permohonan Pembiayaan Tanah Pertanian)

Kepada sesiapa yang ingin membeli dan memiliki tanah tetapi tidak mempunyai mempunyai modal bagi mengusahakan tanaman pertanian, Agrobank menawarkan pembiayaan tanah pertanian menerusi Hartani-i.

Bagaimana cara untuk permohonan pembiayaan tanah pertanian menerusi Hartani-i Agro Bank? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU HARTANI-I

Hartani-i ialah kemudahan pembiayaan kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta individu berpendapatan stabil untuk tujuan membeli tanah pertanian. Pembelian tanah tersebut termasuklah pembelian terus daripada penjual atau melalui lelongan awam atau pembelian tanah yang akan atau telah dilelong oleh Agrobank.

Tanah yang hendak dibeli mempunyai geran hak milik individu (Individual Title) atau tanah-tanah yang telah dipecah bahagi mengikut bahagian dan/atau yang akan mendapat hak milik individu sahaja yang boleh dipertimbangkan.

 

KONSEP SYARIAH HARTANI-I

  • Pembiyaan ini menggunakan konsep Tawarruq iaitu melibatkan dua kontrak jual beli.
  • Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya pembeli bagi urusan penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lani.

 

SYARAT KELAYAKAN HARTANI-I

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi permohonan Hartani-i:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas sehingga 60 tahun pada tarikh tamat tempoh pembiayaan.
  2. Terbuka kepada individu yang berpendapatan tetap dan stabil.

 

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN HARTANI-I

Kelebihan produk ini adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan kasar bulanan minimum pemohon:
    • Kakitangan sektor kerajaan: RM1,500
    • Kakitangan sektor swasta: RM2,000
  2. Bayaran ansuran pembiayaan adalah melalui Biro Perkhidmatan ANGKASA, arahan tetrap, potongan gaji, atau cek tertunda.
  3. Pemohon digalakkan mengambil Pelan Takaful Gadai Janji (MRTT) atau Pelan Takaful Gadai Janji Berkelompok (GCTT).
  4. Tiada penalti bagi penyelesaian awal.
  5. Margin Pembiayaan sehingga 90% mengikut had kelayakan pemohon.

 

TEMPOH PEMBIAYAAN HARTANI-I

Tempoh pembiayaan adalah maksimum adalah 240 bulan (20 tahun) atau sehingga pemohon berumur 60 tahun pada tarikh matang pembiayaan (mana-mana yang lebih awal).

 

YURAN & CAJ LAIN HARTANI-I

Berikut adalah merupakan yuran dan caj lain yang dikenakan:

  1. Bayaran Duti Setem – Seperti yang termaktub di bawah Akta Setem 1949 (Disemak 1989)
  2. Caj Guaman & Pembayaran – Termasuk caj guaman untuk dokumentasi pembiayaan, pendaftaran gadaian, carian tanah, carian kebankrapan/muflis dan yuran-yuran lain yang berkaitan (sekiranya berkaitan)
  3. Fi Broker – RM30.00 bagi setiap transaksi

 

DOKUMEN DIPERLUKAN PERMOHONAN HARTANI-I

Berikut adalah dokumen yang diperlu disediakan untuk dibawa bersama bagi permohonan Hartani-i seperti berikut:

  • 3 bulan slip gaji terkini bagi individu yang berpendapatan tetap.
  • 6 bulan penyata bank bagi individu yang berpendapatan stabil.
  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan geran tanah
  • Perjanjian jual beli.
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah.

 

 CARA PERMOHONAN HARTANI-I AGRO BANK

Kepada yang memenuhi kelayakan dan ingin membuat permohonan, boleh hadirkan diri dengan membawa  bersama dokumen-dokumen yang diperlukan mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Hartani-i Agro Bank, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

BAYAR CUKAI TANAH ONLINE (Cara Semak Kadar Cukai Setiap Negeri)

SEMAKAN CUKAI TANAH ONLINE SETIAP NEGERI (Kadar Bayaran)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *