HDAS SARAWAK 2024(Permohonan Skim Bantuan Deposit Rumah)

Utama / HDAS SARAWAK / HDAS SARAWAK 2024(Permohonan Skim Bantuan Deposit Rumah)

HDAS SARAWAK (Permohonan Skim Bantuan Deposit Rumah RM10000)

Kepada penduduk warga Sarawak, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memperkenal dan melaksanakan Skim Bantuan Deposit Rumah (HDAS) untuk menangani isu menyediakan deposit dalam kalangan golongan berpendapatan rendah dan menangani kenaikan kos harga rumah bagi membolehkan golongan berkenaan memiliki rumah.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan HDAS Sarawak? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU HDAS SARAWAK

Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS) adalah merupakan Skim Bantuan Deposit Perumahan yang ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 di Sarawak untuk membantu pemilikan kediaman sendiri setelah ramai terjejas akibat COVID-19. Melalui skim itu kerajaan negeri akan membayar deposit RM10,000 untuk pembelian rumah mampu milik.

Bagi pemilik tanah yang diperuntukkan oleh Jabatan Tanah dan Survei dibawah Skim Pembesaran Kampung dan Skim Penempatan Semula pula mereka boleh membuat permohonan melalui Mutiara Mortgage and Credit Sendirian Berhad, sebuah subsidiari milik sepenuhnya Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC), Sarawak.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN HDAS SARAWAK

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin membuat permohonan HDAS:

  1. Pembeli rumah pertama dalam kalangan B40 dan M40 yang membeli hartanah kediaman daripada pemaju yang diluluskan atau mahu membina rumah di atas tanah sendiri.
  2. Kelayakan bagi B40 ialah dengan pendapatan RM3,729 dan ke bawah sebulan dan M40 (RM3,730-RM8,649).
  3. Rakyat Sarawak dengan status tetap dan skim perumahan / projek tergolong di bawah HDAS.

 

KADAR HARGA HARTANAH

Berikut adalah merupakan kadar harga jenis hartanah mengikut katagori:

  • Harga murah dalam lingkungan harga RM50,400 – RM59,220
  • Harga sederhana (RM80,000 – RM100,000)
  • Spektra Lite (RM100,000 – RM120,000)
  • Spektra Medium (RM135,000 – RM168,000)
  • Spektra Plus (RM150,000 – RM198,000)
  • Spektra Permata (RM90,000 -160,000)
  • Sri Pertiwi (RM270,000 – RM295,000)
  • Rumah mampu milik dimajukan oleh agensi kerajaan dan anak syarikatnya termasuk pemaju bersama dengan pemaju swasta di bawah RM300,000.

 

CARA PERMOHONAN HDAS SARAWAK

Sekiranya anda memenuhi kelayakan, berikut adlaah merupakan cara membuat permohonan:

Secara Manual

  • Permohonan untuk HDAS boleh dibuat melalui pemaju perumahan yang disenaraikan atau skim yang diluluskan oleh MUTIARA bagi pemilik tanah diperuntukkan oleh Jabatan Tanah dan Survei (JTS) di bawah Skim Pembesaran Kampung (SPK) dan Skim Penempatan Semula (SPS).
  • Prosedur permohonan dan pelaksanaan seperti mengemukakan dokumen kepada MUTIARA di alamat Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd, Tingkat Bawah Sayap Kiri, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak di talian 082-313035.

Secara Online (terus ke pautan laman web)

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai HDAS Sarawak, anda boleh hubungi Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd melalui:

  • Tingkat Bawah Sayap Kiri, Wisma Sultan Tengah, Taman Sukma, Jalan Sukma Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
  • Talian 082-313035.

 

ARTIKEL LAIN 

RUMAH MAMPU MILIK SARAWAK:CARA PERMOHONAN PPR/PPRP/RSP/SRI PERTIWI(hdc.sarawak.gov.my)

eHEALTH SARAWAK: Cara Isi Borang Pengisytiharan Kesihatan (eHDF)

PERMOHONAN ENTER SARAWAK (Cara Isi Borang Kemasukan Ke Sarawak)

 

 

8 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *