HELLOGOLD SMART SAVER:CARA BUKA AKAUN (BELI & JUAL EMAS KELUAR DUIT)

Utama / HELLOGOLD / HELLOGOLD SMART SAVER:CARA BUKA AKAUN (BELI & JUAL EMAS KELUAR DUIT)

HELLOGOLD SMART SAVER:CARA BUKA AKAUN (BELI & JUAL EMAS KELUAR DUIT)

Sekiranya anda berminat untuk membeli dan menjual emas secara online, semestinya antara pilihan anda ialah HelloGold. Tetapi bagi yang permulaan, mesti ingin mengetahui cara buka akaun, cara jual & cara keluarkan duit menggunakan Hello Gold. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

 

APA ITU HELLOGOLD

 

Hello Gold adalah aplikasi membeli emas mudah alih patuh syariah yang pertama di dunia, membolehkan anda membeli dan menjual emas serendah RM1 di satu platform. Anda boleh menguruskan akaun anda secara mudah dan menikmati harga pembelian dan penjualan yang kompetitif dalam pasaran. Kini anda tidak perlu lagi bersusah-payah untuk menyimpan emas fizikal kerana emas gred pelaburan dengan ketulenan 99.99% anda dijamin sepenuhnya dan disimpan di bilik kebal di Singapura dengan kawalan keselamatan yang terkini.

 

APA ITU HELLOGOLD SMARTSAVER

 

Hello Gold SmartSaver adalah untuk menggalakkan orang ramai agar menyimpan dalam bentuk emas pada harga harian terendah dalam tempoh tertentu untuk membantu mereka mencapai simpanan yang diinginkan. Hello Gold SmartSaver adalah cara mudah untuk menentukan matlamat dan seberapa cepat anda mahu mencapainya. Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Pilih matlamat yang anda inginkan
  • Berikan jumlah nilai wang yang anda ingin simpan

Setiap kali anda menambah nilai ke akaun SmartSaver anda, Hello Gold akan membeli emas untuk anda setiap hari bekerja, pada harga terendah setiap hari untuk satu bulan kalendar.

 

 

MUAT TURUN APLIKASI HELLOGOLD

 

Anda seharusnya memuat turun dan install aplikasi Hello Gold di telefon terlebih dahulu untuk memudahkan penggunaan anda. Berikut adalah pautan aplikasi HelloGold:

  • Play Store bagi pengguna Android (https://play.google.com/store/apps/details?id=com.hellogold.app&hl=en&gl=US)
  • Apple Store bagi pengguna IOS (https://apps.apple.com/my/app/hellogold-gold-savings-app/id1193095204)

 

 

CARA BUKA AKAUN HELLOGOLD

 

Sebagai permulaan, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu untuk membuka akaun Hello Gold anda. Berikut adalah caranya:

  1. Buka aplikasi Hello Gold anda
  2. Tekan SmartSaver ikon di laman utama.
  3. Klik “Daftar Sekarang” di SmartSaver skrin.
  4. Pilih Matlamat.
  5. Isikan jumlah dana yang ingin anda masukkan.
  6. Tetapkan pilihan cara pembayaran (Baki Tunai, Perbankan Online, Boost atau Touch ‘n Go).
  7. Sahkan transaksi dan selamat menabung.

 

NOTA: Setelah pendaftaran, untuk sebulan akan datang Hello Gold akan membeli emas bagi pihak anda pada hari bekerja berikutnya dengan harga terendah harian. Sebelum akhir bulan, anda akan diingatkan untuk menambah nilai untuk mencapai matlamat simpanan anda yang seterusnya. Menjelang bulan yang ke-12, pelan tersebut akan selesai. Emas yang dibeli semasa tempoh tersebut akan dipindahkan secara automatik ke akaun utama HelloGold anda.

 

CARA BELI EMAS DI HELLOGOLD

 

Sebaik sahaja anda menambah jumlah wang, anda sudah boleh mula membeli emas.

  1. Masukkan amaun emas yang anda ingin beli.
  2. Sahkan tempahan anda.
  3. Masukan OTP yang dihantar kepada anda dan teruskan.
  4. Emas anda akan disimpan dengan serta-merta.

 

CARA JUAL EMAS DI HELLOGOLD

 

Untuk menjual di Hello Gold, pastikan anda menyemak terlebih dahulu harga jual supaya dapat menguntungkan anda. Berikut adalah cara jual di HelloGold:

1.Masukkan amaun emas yang anda ingin jual,

  1. Sahkan tempahan anda,
  2. Masukan OTP yang dihantar kepada anda dan teruskan,
  3. Wang tunai anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda dengan serta-merta

 

CARA KELUARKAN DUIT HELLOGOLD MASUK AKAUN/eWALLET

 

Setelah anda menjual emas di Hello Gold, wang jual anda akan berada di bahagian cash balance akaun Hello Gold anda. Untuk membuat pindahan masuk ke dalam akaun bank anda atau ewallet, berikut adalah caranya:

  1. Pastikan anda tukar dari akaun Hello Gold Biasa ke HelloGold PRO. Lakukannya dengan mengesahkan identiti anda mengikut 3 langkah:
    1. Ambil gambar bahagian hadapan MyKad / halaman biometrik pasport anda
    2. Ambil gambar bahagian belakang MyKad / pas residen anda
    3. Ambil swafoto
  2. Setelah selesai, anda perlu klik pada Withdraw Cash
  3. Isikan jumlah yang ingin dikeluarkan
  4. Pilih bank dan isikan nombor akaun anda
  5. Ambil gambar / muat naik penyata bank anda dan pastikan nama, akaun bank, alamat dan nombor akaun dan tarikh penyata dapat dilihat dengan jelas
  6. Sahkan pesanan Pengeluaran Tunai anda
  7. Wang anda akan dipindahkan dari akaun Hello Gold ke dalam akaun bank peribadi anda di Malaysia.
  8. Untuk tujuan keselamatan, piha Hello Gold akan memadankan penyata bank anda dengan nama di atas MyKad atau pasport yang didaftarkan dengan akaun HelloGold anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Hello Gold, anda boleh:

  1. Layari website rasmi Hello Gold: https://www.hellogold.com/my/smartsaver/
  2. Hubungi Khidmat pelanggan HelloGold: 1 300 130 888 (Malaysia) atau +603 7661 6228 (luar negara).

 

ARTIKEL LAIN

LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa)

SEMAKAN STATUS BAKI TOUCH N GO:CARA CHECK BALANCE ONLINE

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *