CARA SEMAK STATUS HOTEL PEMEGANG SIJIL HALAL JAKIM DI MALAYSIA

Utama / HOTEL HALAL JAKIM MALAYSIA / CARA SEMAK STATUS HOTEL PEMEGANG SIJIL HALAL JAKIM DI MALAYSIA

CARA SEMAK STATUS HOTEL PEMEGANG SIJIL HALAL JAKIM DI MALAYSIA

Kepada anda yang berhasrat untuk melancong atau urusun peribadi, semestinya anda ingin mencari hotel yang terbaik dan bersesuaian dengan kemampuan anda. Tetapi bagi hotel yang tersedia sekali makanan, semestinya bagi umat islam pastinya ingin mengetahui status hotel tersebut samaada pemegang sijil halal Jakim di Malaysia atau tidak.

Brsempena bulan Ramadan ini juga semestinya anda dikalangan anda yang ingin menganjur majlis berbuka puasa di hotel-hotel atau restoren-restoren, jadi sebaiknya anda membuat semakan terlebih dahulu. Disini kami akan kongsikan cara membuat semakan, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU ADA SIJIL HALAL?

Dengan adanya sijil halal yang dikeluarkan oleh pihak berwajib, ini membuktikan bahawa produk yang hasilkan adalah halal mengikut syarak’ yang ditetapkan. Untuk membuat permohonan sijil halal ini adalah sangat mudah cara pemprosesannya.

Bagi hotel, restoran dan premis makanan yang adanya sijil ini dapat membuat promosi:

  • Makanan Orang Islam
  • Buffet Ramadhan
  • Iftar Ramadhan
  • Jom Sahur
  • Set Ramadhan

 

ANTARA SEBAB PERMOHON SIJIL HALAL DITOLAK

Sekiranya permohonan anda tidak menepati syarat, permohonan akan ditolak dan tidak layak. Anataranya seperti:

  • Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal.
  • Produk yang tidak halal.
  • Bahan semulajadi yang tidak melibatkan sebarang pemerosesan.
  • Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Pewarna rambut (hair color / hair dye).
  • Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara.
  • Baja dan makanan binatang.

 

CARA SEMAKAN STATUS HOTEL HALAL JAKIM MALAYSIA

Berikut adlaah merupakan cara untuk membuat semakan status hotel yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia:

  1. Layari website rasmi JAKIM: http://www.halal.gov.my/
  2. Pilih negeri atau masukkan maklumat carian anda.\
  3. Pilih kategori Hotel / Resort yang anda ingin semak
  4. Tarikh pendaftaran / tarikh luput sijil halal akan disenaraikan
  5. Carian ini juga boleh digunakan untuk membuat semakan kepada premis makanan seperti restoran-restoran.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai pemegang sijil halal jakim di malaysia , anda boleh layari pautan www.halal.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS HALAL JAKIM ONLINE:CARA CHECK PRODUK & PREMIS MAKANAN(halal.gov.my/)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *