i-INVEST KWSP(Cara Daftar & Guna Skim Pelaburan Pencarum)

Utama / i-INVEST KWSP / i-INVEST KWSP(Cara Daftar & Guna Skim Pelaburan Pencarum)

i-INVEST KWSP(Cara Daftar & Guna Skim Pelaburan Pencarum)

Adakah anda pelanggan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)? Tahukan anda kini, KWSP telah memperkenalkan satu lagi ciri tambahan bagi meningkatkan simpanan persaraan pencarum melalui pelaburan iaitu i-Invest.

Bagaimana cara untu daftar i-invest KWSP? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU i-INVETST KWSP?

i-Invest adalah Skim Pelaburan Ahli yang memberikan pilihan dan fleksibiliti kepada pencarum KWSP untuk mempelbagaikan portfolio dan meningkatkan simpanan persaraan.

Melalui i-Invest, ahli yang mempunyai simpanan secukupnya boleh memindahkan sebahagian dari dana dalam Akaun 1 untuk dilaburkan melalui Institusi-institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik, termasuk Syarikat Pengurusan Unit Amanah dan Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang.

 

SYARAT KELAYAKAN i-INVEST KWSP

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bagi pemohoni-Invets:

  1. Warganegara Malaysia, ATAU Penduduk Tetap (PR) ATAU Bukan Warganegara (Berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
  2. Umur 55 tahun ke bawah
  3. Mempunyai simpanan KWSP yang secukupnya
  4. Permohonan melalui kaunter/agen IPD atau i-Akaun (Ahli)

 

KADAR PENGIRAAN KELAYAKAN i-INVEST

Berikut adalah merupakan cara pengiraan kadar kelayakan:

  • Amaun simpanan yang boleh dilaburkan adalah sebanyak 30% daripada jumlah lebihan simpanan asas di dalam Akaun 1.
  • Formula:
    • Amaun yang boleh dilaburkan = (Baki dalam Akaun 1 – Simpanan Asas) x 30%
  • Amaun yang boleh dilaburkan adalah jumlah anggaran pengiraan kasar bagi pengeluaran pelaburan dan tertakluk kepada amaun minima pengeluaran sebanyak RM1,000.00.
  • Contoh:
AHLIiUMURSIMPANAN DI

AKAUN 1 (RM)

SIMPANAN ASAS

BAHARU (RM)

PENGIRAAAN UNTUK

PELABURAN (30%)

KELAYAKAN
A224,00010,000Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada Simpanan Asas baharu
B2211,00010,00011,000 – 10,000 x 30% = RM300Ahli tidak layak memohon. Kelayakan minimum adalah RM1,000.00
C2524,00018,00024,000 – 18,000 x 30% = RM1,800Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum adalah RM1,000.00 dan maksimum adalah RM1,800.00

 

SENARAI IPD DILANTIK i-INVEST KWSP

Berikut adalah merupakan senarai IPD yang dilantik:

  1. Affin Hwang Asset Management Berhad
  2. Amanah Saham Nasional Berhad
  3. Amanah Saham Sarawak
  4. Amara Investment Management Sdn Bhd
  5. AmFunds Management Bhd
  6. Apex Investment Services Bhd
  7. Principal Asset Management Bhd
  8. Eastspring Investments Bhd
  9. Hong Leong Asset Management Bhd
  10. KAF Investment Funds Bhd
  11. Kenanga Investors Bhd
  12. Manulife Investment Management (M) Berhad
  13. MIDF Amanah Asset Management Bhd
  14. BOS Wealth Management Malaysia Berhad
  15. Pheim Unit Trusts Bhd
  16. Phillip Capital Management Sdn Bhd
  17. PMB Investment Bhd
  18. Public Mutual Bhd
  19. RHB Asset Management Sdn Bhd
  20. TA Investment Management Bhd
  21. RHB Islamic International Asset Management Berhad

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan:

  1. Permohonan melalui ejen/kaunter ipd
    • Dokumen Pengenalan Diri atau Pasport
    • Borang Permohonan KWSP 9N (AHL) dan senarai semak dokumen
  2. Permohonan melalui platform i-invest
    • Ahli mendaftar sebagai pengguna i-Akaun (Ahli)
    • Ahli mempunyai nombor yang berdaftar bagi penerimaan nombor TAC

 

CARA PERMOHONAN i-INVEST KWSP

Berikut adalah merupakan cara permohonan:

Permohonan Melalui Ejen/Kaunter IPD:

  1. Borang KWSP 9N (AHL) dan Senarai Semak Dokumen  (Borang ini perlu diperolehi dari IPD yang berkenaan)
  2. Dokumen Pengenalan atau Pasport (Untuk Bukan Warganegara yang telah menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998)

NOTA: KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

 

Permohonan Melalui i-Akaun (Ahli)

  1. Layari pautan i-Akaun KWSP: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login.
  2. Log masuk ke akaun anda
  3. Pada menu utama, kik pada Pelaburan
  4. Seterusnya pada bahagian Beli, klik pada IPD yang anda diinginkan.
  5. Sahkan transaksi untuk melengkapkan pelaburan.
  6. Selesai

 

PEMBATALAN PERMOHONAN i-INVETS KWSP

Permohonan yang telah dihantar kepada KWSP melalui IPD/ IUTA atau secara dalam talian melalui platform i-Invest tidak boleh dibatalkan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Invest KWSP, anda boleh melayari pautan:

  1. Website rasmi KWSP: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/investment
  2. Risalah i-Invest

 

ARTIKEL LAIN

i-SARAAN KWSP(CARA DAFTAR PERMOHONAN & TERIMA RM 250 CARUMAN TAMBAHAN)

e-Payroll KWSP:KEMASKINI & URUS REKOD GAJI(Guna i-Akaun)

5 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *