i-MADANI KWSP (Permohonan & Semakan Pengeluaran)

Utama / i-MADANI KWSP / i-MADANI KWSP (Permohonan & Semakan Pengeluaran)

i-MADANI KWSP (Permohonan & Semakan Pengeluaran)

Berhubung isu simpanan KWSP. Setelah negara dibelenggu dengan musibah pandemik COVID-19, rakyat terpaksa beberapa kali mengorbankan simpanan hari tua mereka bagi menampung keperluan hidup sewaktu pandemik. Kini setelah rakyat beransur-ansur bangkit untuk membina semula kehidupan, kebanyakan rakyat menggunakan pendapatan yang diterima untuk menyera kehidupan sementara simpanan hari tua masih rendah. Melalui ini kerajaan telah memperkenalkan i-MADANI KWSP. Disini kami akan kongsikan cara permohonan dan pengeluaran, semoga membantu.

 

APA ITU i-MADANI KWSP

Inisiatif ini diperknalkan oleh kerajaan bagi menggalakkan ahli mengumpul dan membina semula simpanan persaraan serta membolehkan mereka mempunyai masa depan yang lebih baik, khususnya dari segi pendapatan persaraan untuk menjalani kehidupan yang bermakna.

 

SYARAT KELAYAKAN i-MADANI KWSP

Pada masa kini KWSP belum lagi memperincikan lagi syarat kelayakan bagi inisiatif Tambahan KWSP ini. Namun syarat kelayakan asas yang diumumkan adalah:

  1. Ahli KWSP
  2. Berumur antara 40 hingga 54 tahun
  3. Simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1

 

KADAR TAMBAHAN i-MADANI KWSP

Sebanyak RM500 kepada ahli KWSP yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam akaun satu

 

CARA PERMOHONAN i-MADANI KWSP

Tiada pesebarang permhonan yang dilakukan kerana Kepada ahli yang berumur antara 40 hingga 54 tahun dengan simpanan KWSP kurang 10 ribu ringgit di dalam Akaun 1 mereka, Kerajaan bersetuju untuk menambah caruman simpanan KWSP Akaun 1 mereka sebanyak 500 ringgit.

 

CARA PENGELUARAN i-MADANI KWSP

Tiada pengeluaran yang dapat dilakukan kerana Kerajaan beriltizam untuk membantu rakyat membina semula simpanan persaraan mereka bagi memastikan simpanan yang ada kelak mencukupi untuk membiayai hari persaraan.

Pada masa yang sama, Kerajaan berharap Rakyat yang mempunyai simpanan persaraan yang mencukupi akan terus menyumbang supaya semua lapisan pencarum mendapat manfaat.

 

CARA SEMAKAN BAKI AKAUN KWSP

Berikut adalah merupakan beberapa cara untuk anda menyemak baki akaun KWSP iaitu:

  • Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
  • Semakan melalui kiosk KWSP
  • Secara online melalui i-Akaun

 

INISITIF PENCARUM KWSP MENERUSI BELANJAWAN 2023

Selain itu antara inisiatif lain yang diumumkan bagi mengumpul dan membina simpanan persaraan adalah;

  • Inisiatif Caruman Padanan (i-Saraan).
  • Menaikkan had caruman sukarela KWSP daripada RM60,000 kepada RM100,000 setahun.
  • Meluaskan skop pelepasan cukai bagi premium insurans nyawa atau caruman takaful hayat untuk meliputi caruman sukarela kepada KWSP sehingga RM3,000.
  • Penambahbaikan Simpanan Konvensional & Simpanan Syariah.

ARTIKEL BERKAITAN:

11 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *