i-RAHMAN RMR TERENGGANU (Cara Permohonan Skim Pembiayaan Perumahan)

i-RAHMAN RMR TERENGGANU (Cara Permohonan Skim Pembiayaan Perumahan)

Kepada warga penduduk Negeri Terangganu  yang ingin memilik rumah sendiri, Untuk pengetahuan, permohonan i-RAHMAN bagi bina rumah atas tanah sendiri / beli rumah dari pihak ketiga (RMR RAHMAN) bagi tahun 2023 kini boleh dibuat menggunakan sistem e-Perumahan Versi III. Bagaimana cara memohon i-RAHMAN RMR Terangganu? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU i-RAHMAN RMR TERENGGANU

Rumah Mesra Rakyat Darul Iman (i-RAHMAN RMR) adalah Satu reka bentuk konsep rumah yang patuh syariah, berkeluasan 1000 kps yang akan dibina oleh pihak SPNB.

Pembiayaan i-Rahman ini adalah pembiayaan tanpa faedah dimana penawaran dan kutipan balik pembiayaan akan diuruskan oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu yang mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan Rumah Mampu Milik di negeri Terengganu.

 

TEMPOH PERMOHONAN I-RAHMAN RMR TERENGGANU

Permohonan akan dibuka bermula mulai 5 Januari 2023 sehingga 15 Februari 2023.

 

SYARAT KELAYAKAN i-RAHMAN RMR TERENGGANU

Berikut adalah merupakan syarat permohonan skim i-RAHMAN:

  1. Pemohon berumur 21 Tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak).
  2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan.
  3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri.
  4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon adalah bermula RM2,000.00 sehingga RM4,500.00.
  5. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.
  6. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.
  7. Isteri kedua/ketiga/keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  8. Penerima hanya layak memiliki RMM/RPMM/RMR RAHMAN sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

Syarat Beli Rumah

Syarat bagi kategori beli rumah penswastaan adalah:

  • Pemohon yang tidak melepasi kelayakan pinjaman melalui bank perlu disertakan surat penolakan daripada bank (sekurang-kurangnya dua bank).

Syarat Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Syarat tanah (RMR RAHMAN) adalah:

  • Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50’ lebar x 72’ panjang)
  • Tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian atau bebanan ke atasnya (siap tambun).

 

SEGMEN i-RAHMAN RMRTERENGGANU

Terdapat 2 segmen di bawah iRAHMAN iaitu:

  1. Segmen Membina Rumah RMR Rahman
    • Kerajaan negeri akan berkerjasama dengan dengan Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan rumah yang dibina akan dikenali sebagai RMR Rahman.
    • Rumah ini berharga RM75 ribu, tetapi akan mendapat subsidi sebanyak RM20 ribu daripada pihak Kementerian Kewangan Malaysia.
    • Rumah yang bakal dibina masih lagi mematuhi konsep patuh syariah tetapi berbeza dari segi keluasan iaitu 1,000 kps dan tidak mempunyai parkir kereta.
    • Pemohon hanya akan membuat pinjaman sebanyak RM55,000 dengan deposit sebanyak RM3,500 sahaja.
    • Tempoh pembiayaan adalah selama 15 tahun dan ansuran bulanan dijangka sekitar RM286 sebulan.
  2. Segmen Pembelian Rumah i-Rahman
    • Peserta yang telah terpilih tetapi tidak layak mendapat pembiayaan bank komersial akan ditawarkan dengan bukti secara bersurat penolakan daripada bank.
    • Rumah yang akan dijual di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja. Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebnayak RM266.70.

 

KADAR PEMBIAYAAN i-RAHMAN RMRTERENGGANU

Berikut adalah merupakan kadar pembiayaan:

  1. Kadar pembiayaan pembinaan rumah
    • Subsidi daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang akan dibina.
    • Kos yang akan ditanggung oleh pemohon adalah berjumlah RM55,000 dengan bayaran balik bulanan RM286.00 sebulan selama 15 tahun.
  2. Kadar pembiayaan pembelian rumah
    • Rumah yang akan ditawarkan di bawah skim ini ditawarkan dengan harga maksima sebanyak RM80,000 sahaja.
    • Tempoh pembiayaan selama 25 tahun dan ansuran bulan sebanyak RM266.70.

 

CARA PERMOHONAN i-RAHMAN RMR TERENGGANU

Untuk memohon i-Rahman secara atas talian, berikut adalah merupakan caranya:

  • Layari laman web https://eperumahan.terengganu.gov.my/.
  • Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  • Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  • Isi nama pengguna dan kata laluan diikuti dengan klik ‘Log Masuk.’
  • Isi maklumat yang diperlukan dan lengkapkan permohonan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Rahman RMR Terangganu, anda boleh layari https://eperumahan.terengganu.gov.my

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *