CARA DAFTAR i-RAKYAT(Pendaftaran Kali Pertama)
Adakah anda pelanggan kepada Bank Rakyat? Sekiranya ya, tahukan anda bahawa Bank Rakyat menawarkan kepada pelanggannya sistem perbankan Internet yang dipanggil i-Rakyat. Dengan menggunakan –Rakyat anda dapat membuat pelbagai transaksi yang disediakan secara online seperti check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit
Tetapi bagi pengguna kali pertama yang ingin menggunakan i-Rakyat, anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Disini kami kongsikan cara pendaftaran kali pertama, semoga membantu
CARA DAFTAR i-RAKYAT(Pendaftaran Kali Pertama)
Sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan i-Rakyat, seharusnya anda mempunyai akaun Bank Rakyat yang aktif. Berikut adalah proses dan langkah cara pendaftaran kali pertama i-Rakyat
Langkah 1
Anda dikehendaki kemaskini atau masukkan No telefon anda yang aktif di ATM Bank Rakyat terlebih dahulu
- Pergi ke mesin ATM BANK RAKYAT berhampiran anda.
- Masukkan PIN ATM
- Tekan menu
- Tekan menu Internet Banking TPIN.
- Masukkan NOMBOR TELEFON dan TPIN.
Langkan 2
- Layari laman web rasmi: irakyat.com.my.
- Klik LOGIN > PERSONAL BANKING
- Pilih FIRST TIME REGISTRATION / Register
- Pilih KAD ATM(my debit card) atau gunakan temporary ID.
- Isikan segala MAKLUMAT yang terdapat pada Kad Bank anda
- Masukkan NO TELEFON anda yang daftar di ATM
- Masukkan TPIN yang anda daftarkan pada ATM
- Isikan nombor TAC yang dihantar ke telefon anda.
- Masukkan USERNAME anda kehendaki.
- Masukkan PASSWORD anda kehendaki
- Masukkan EMAIL anda
- Masukan SECURE PHRASE yang anda kehendaki
- Baca TERMA Dan Syarat, kemudian tekan
- Pendaftaran anda telah berjaya.Selesai.
CARA LOGIN i-RAKYAT(Pendaftaran Kali Pertama)
Selepas selesai pendaftaran di atas, anda sekrang sudah boleh Log masuk akauni-Rakyat anda. Berikut adalah cara login:
- Layari laman web rasmi: irakyat.com.my.
- Klik LOGIN > PERSONAL BANKING
- Masukkan USERNAME anda pada ruangan kemudian tekan Login.
- Sahkan SECURE PHRASE anda
- Masukkan PASSWORD
- Masukkan CAPTCHA yang tertera dengan betul, Kemudian tekan LOGIN.
- Anda telah berjaya akses ke akaun i-Rakyat anda
NOTA: Bagi mengelakkan scam atau apa-apa perkara yang tidak diingini dari berlaku, jangan sesekali teruskan transaksi jika Secure Phrase yang diberikan tidak sepadan
MASALAH BERKAITAN PENDAFTARAN i-RAKYAT KALI PERTAMA
Bagaimana jika saya lupa PIN Kad saya (untuk Kali Pertama atau Tetapkan Semula Kata Laluan)?
- Sekiranya anda tidak dapat mengingat atau mengetik PIN Kad anda dengan salah, anda tidak akan dapat mendaftar ke perkhidmatan Perbankan Internet kami. Anda dibenarkan hingga 3 percubaan, setelah itu akaun anda akan disekat.
Apakah yang harus dilakukan sekiranya akaun saya disekat?
- Sekiranya pelanggan lupa PIN Kad mereka, mereka harus menukar kad ATM (MyDebit) / Debit / Kredit mereka di cawangan Bank Rakyat. Sekiranya pelanggan salah memasukkan PIN Kad lebih dari 3 percubaan, mereka harus menghubungi pusat panggilan kami.
Sekiranya saya tidak dapat mengakses iRakyat saya, apa yang harus saya lakukan?
- Anda boleh menghubungi Pusat Hubungan Bank Rakyat kami di talian 1-300-80-5454 atau + 603-5526-9000 (Antarabangsa) atau e-mel di [email protected] untuk sebarang bantuan.
Apa yang berlaku sekiranya saya memasukkan TAC yang salah?
- Permintaan akan dipaparkan dan jika anda memasukkan TAC yang tidak sah selama 3 kali, TAC anda akan segera disekat. Anda boleh menghubungi Pusat Perhubungan Bank Rakyat kami di 1-300-80-5454 (Tempatan) atau + 603-5526-9000 (Antarabangsa) atau e-mel di [email protected] untuk mendapatkan bantuan untuk membuka blokir TAC anda. Anda juga harus meminta TAC baru untuk meneruskan transaksi anda.
CARA ATASI MASALAH iRAKYAT NOT YET REGISTER & YOU HAVE ALREADY LOGIN
Sekiranya anda pengguna iRakyat, semestinya menghadapi masalah semasa menggunakan website ataupun aplikasi bank rakyat. Antaranya ialah anda tidak boleh log masuk dan keluar status you have already login atau not yet register. Berikut adalah merupakan cara untuk atasi masalah sebegini:
- You Have Already Login
- Masalah sebegini kebiasaannya terjadi apabila anda keluar / log out dari iRakyat tanpa menekan ikon ataupun butang log out.
- Untuk mengatasinya, anda perlu clear cache atau browsing history
- Klik titik tiga pada penjuru atas sebelah kanan pada google anda
- Klik pada history > History
- Kemudian klik pada clear browsing data
- Pastikan tick pada ruangan browsing history, Cookies & other side data, cached images & file
- Kemudian klik pada Clear Data
- Tunggu sehingga selesai dan anda akan boleh log in kembali
- Not Yet Register
- Masalah sebegini kebiasaannya akaun iRakyat anda telah disekat oleh sistem keselamatan iRakyat
- Untuk mengatasinya, anda seharusnya menghubungi telerakyat di talian 1-300-80-5454 untuk anda membuka semula sekatan akaun irakyat anda
- Panduan untuk elakkan akaun anda disekat, pastikan apabila anda log masuk kati pertama tidak dapat, untuk log masuk kali ke dua dan seterusnya anda dikehendaki untuk menunggu dalam masa 5 atau 10 minit dan baru lah log masuk kembali
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut atau masalah berkaitan, sila rujuk:
- Custemor Services: 1-300-80-5454
- International calls: 03-55269000
- Email: [email protected]
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR NO HP BANK RAKYAT(Update Mobile Phone Number)
CARA PAJAK GADAI EMAS Di Ar-Rahnu Bank Rakyat(Buat Temujanji dulu)
LOGIN BANK RAKYAT i-RAKYAT:CARA DAFTAR ONLINE BANKING(irakyat.com.my)
2 thoughts on “CARA DAFTAR i-RAKYAT(Pendaftaran Kali Pertama)”