i-SARAAN KWSP (CARA DAFTAR PERMOHONAN & TERIMA RM 250 CARUMAN TAMBAHAN)
Adakan anda mengetahui KWSP telah memperkenalkan Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan yang dikenali sebagai i-Saraan KWSP bagi membolehkan pencarum yang bekerja sendiri dan tiada penyata gaji untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan.
Lebih menarik lagi mengenai perkara ini, pencarum yang mencarum akan menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
I-SARAAN KWSP ITU APA ?
Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.
*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Tujuan i-Saraan KWSP
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri mencarum dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan .
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
SIAPA YANG BOLEH MEMOHON ???
- Warganegara Malaysia
- Berumur 55 tahun ke bawah
- Orang yang bekerja sendiri
- Ahli KWSP
- Telah membuat pilihan i-Saraan dengan menghantar borang KWSP 16G(M)
*Contoh Orang Yang Bekerja Sendiri
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam
- Pengasuh bayi
- Ejen menerima komisen
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
- Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
- Suri rumah
- Pekerja Berpencen
CARA DAFTAR I-SARAAN
Jika anda layak dan menepati syarat-syarat di atas, sebagai ahli KWSP/i-Saraan anda boleh pendaftaran di mana-mana kaunter KWSP berdekatan dan berhampiran di tempat anda.
APA YANG SAYA PERLU UNTUK PENDAFTARAN i-SARAAN KWSP ???
- MyKad
- Borang i-Saraan @ KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
- Borang i-Saraan @ KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet dari bank yang aktif
CARA & SALURAN PEMBAYARAN
Tiada caruman minimum yang ditetapkan kepada pemohon bagi setiap bulan. Caruman boleh dibuat melalui saluran berikut:
- Perbankan Elektronik
- Maybank @ maybank2u
- Public Bank @ PBE
- Bank Muamalat
- CIMB Bank @ CIMBclik
- RHB Bank
- Kaunter Ejen Bank (Tunai Cek)
- BSN
- Public Bank
- RHB Bank
- Maybank
CARA RM 250 CARUMAN TAMBAHAN KERAJAAN DIKREDITKAN
- KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun
- Tempoh pertama (Januari hingga Jun)
- Tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
- Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada pihaK Kerajaan.
- Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai iSaraan KWSP boleh disalurkan melalui:
Talian Khidmat Pelanggan KWSP: 03-896226000
ATAU
ARTIKEL LAIN
Nak tahu TUTORIAL SEMAK BAKI AKAUN 1 & 2 KWSP
Jika ingin tukar / KEMASKINI NO TELEFON KWSP
Baca juga CARA BAYAR LOAN RUMAH GUNA KWSP
Nak guna e-Payroll KWSP:KEMASKINI & URUS REKOD GAJI(Guna i-Akaun)
Saya juga kena buang kerja, tapi apa pun tak dapat,
Tolong lah jangan lupa bagi hak saya.