IHSAN-i PERMOHONAN PINJAMAN KWSP MBSB (FSA2)

Utama / IHSAN-i KWSP MBSB / IHSAN-i PERMOHONAN PINJAMAN KWSP MBSB (FSA2)

IHSAN-i PERMOHONAN PINJAMAN KWSP MBSB (FSA2)

Kepada pencarum KWSP, Kerajaan telah memperkenalkan satu kaedah baharu iaitu untuk membenarkan urusan cagaran bank menggunakan wang caruman KWSP yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2). Melalui FSA2, anda boleh membuat permohonan pinjaman menerusi bank yang terlibat antaranya MBSB. Kini MBSB telah membuka permohonan ini melalui Ihsan-i. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan Ihsan-i KWSP MBSB, semoga membantu.

 

APA ITU IHSAN-i MBSB

Kemudahan Ihsan-i yang disediakan oleh MBSB Bank ini bertujuan membantu ahli KWSP yang berusia 40 hingga 55 tahun, yang memiliki i-Akaun KWSP dan mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 di dalam Akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi patuh Syariah ini dengan kadar kompetitif.

 

KELEBIHAN IHSAN-i MBSB

Berikut adalah merupakan antara kelebihan kepada pencarum KWSP yang membuat pinjaman iaitu:

  • Ansuran bulanan Ihsan-i pada tahun pertama adalah lebih rendah kerana pelanggan hanya perlu membayar kadar keuntungan saja.
  • Ihsan-i oleh MBSB Bank adalah berlandaskan Syariah dan mengguna pakai konsep Tawarruq.
  • Kadar keuntungan pinjaman KWSP oleh MBSB Bank yang rendah, tiada caj proses dan tiada caj penamatan awal.
  • Pemberian rebat atau Ibra’ atas kadar keuntungan bank sekiranya pembayaran baki pembiayaan ditamatkan lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui.

 

SYARAT KELAYAKAN IHSAN-i MBSB

Anda boleh membuat semakan kelayakan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP dengan i-Akaun
  • Berumur 40 hingga 54 Tahun
  • Pembayaran keuntungan untuk 12 bulan pertama. Kemudian prinsipal + pembayaran keuntungan (Ansuran penuh)
  • Tiada tempoh berkunci. Tiada penjamin dan cagaran diperlukan
  • Cara bayaran: Dikaunter dan Arahan Tetap

 

KADAR BAYARAN BULANAN IHSAN-i MBSB

Ahli KWSP yang layak mendapatkan pembiayaan ini masih perlu membuat bayaran semula setiap bulan bergantung kepada jumlah pembiayaan dan tempoh yang dipilih.

 

CIRI-CIRI PEMBIAYAAN IHSAN-i MBSB

Berikut adalah merupakan ciri-ciri pembiayaan ini iaitu:

  1. Kadar pembiayaan yang kompetitif KAS + 1.75% setahun (KAS semasa 2.75%)
  2. Jumlah pembiayaan dari RM3,000 sehingga RM50,000
  3. Tempoh pembiayaan sehingga 10 Tahun
  4. Konsep Tawarruq (Murabahah Komoditi)
  5. Perlindungan takaful akan ditolak dari pembiayaan (Group Credit Term Takaful)

 

TARIKH PERMOHONAN IHSAN-i MBSB

Ahli KWSP boleh membuat permohonan Ihsan-i KWSP ini bermula pada 7 April 2023  secara online menerusi laman web rasmi MBSB Bank.

 

CARA PERMOHONAN IHSAN-i KWSP MBSB

Kepada ahli KWSP yang memenuhi kelayakan dan ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MBSM Bank: https://www.mbsbbank.com/
  2. Klik pada Ihsan-i
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan tepat dan klik Hantar
  4. Permohonan anda akan disemak untuk diberikan kelulusan

 

SEMAKAN PERMOHONAN IHSAN-i KWSP MBSB

Kepada pemohonan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP yang membuat permohonan melalui Bank MBSB, kini semakan boleh dibuat secara online melalui portal khas yang disediakan iaitu:

NOTA: Anda hanya boleh menyemak status permohonan tertentu 5 kali sehari.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Ihsan-i MBSB, anda boleh melayari portal rasmi MBSB Bank di pautan https://www.mbsbbank.com/

ARTIKEL BERKAITAN:

19 Comments

  1. nak bagi penjelasan.kaedah bayaran potongan bulanan melalui slip gaji atau kaunter pembayaran di mbsb atau umur 50/55 tahun baru mbsb kolek kat kswp kita org.

  2. Hello Mbsb bila hangpa nak bagi result application? Kata cepat kalau apply online. Ni da nak Rayo, hangpa buat apa?

  3. Hari ni buat checking status permohonan tapi bila submit, Error mesej.. memanjang cmtu.. boleh somebody let us know. Kalau boleh percepatkanlah process, next week da nk raya🙏🏼

  4. Call mbsb semalam, kata nya kita akan dapat sms keputusan permohonan pada 15hb… skrg dah nak kol 3petang.. x dak sms apa pun… tah betui tah idak..

    • saya pun sama. Dah dapat sms lulus tapi duit kat mana tak tau. Dalam bank MBSB ke atau KWSP. Duit masuk account bank kita ke atau kena buat account baru kat MBSB ke? Semuanya tak ada jawapan. Cari dalam google pun buat penat aje. Tak ada jawapan. Call customer service lagi la teruk, tak ada orang jawap.

  5. Maaf berranya…sya kurg pngetahuan dn ingin tahu…Sya dh lulus i-ihsan so bgaimana nk dptkn duit tu…sy buat di MBSB bank…adakah sy perlu pergi ke KWSP atau ke MBSB bank?…sila beri pncerahan….
    #insanxtawpape

  6. application saya dah lulus n dah submit photo IC mcm diminta tapi kenapa saya masih tak dapat untuk buat akaun bank MBSB untuk pengeluaran

  7. saya sdah memohon pinjaman ni sejak 7 hb april tpi sampai skrang belum ada jawapan, saya selau semak status dlam web site tpi jawaban sentiasa dalam proses, lagi pun nama saya dieja dengan salah nama saya pendzon Bin Giansing dan bukan pendzon bin giansiang.

  8. Salam sejahtera, saya dh apply pada 12hb July smpai sekarang masih dalam proses, perlu masa lama untuk ya tuan/puan.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *