PERMOHONAN STATUS BUMIPUTERA SARAWAK(Apply Native Certificate)

Utama / PERMOHONAN STATUS BUMIPUTERA SARAWAK / PERMOHONAN STATUS BUMIPUTERA SARAWAK(Apply Native Certificate)

PERMOHONAN STATUS BUMIPUTERA SARAWAK(Apply Native Certificate)

Status Bumiputera merupakan klasifikasi sosio-ekonomi yang ketara di Malaysia. Bagi penduduk di negeri Sarawak, adalah penting untuk memahami kepentingannya dan prosedur untuk pengesahannya. Disini kami akan kongsikan kepada anca cara permohonan status bumiputera Sarawak, semoga membantu.

 

APA ITU STATUS BUMIPUTERA SARAWAK

Bumiputera atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu. Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu (menurut takrifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak. Taraf Bumiputera di Malaysia merupakan taraf istimewa yang diberikan kepada etnik Melayu dan orang asli.

Untuk diiktiraf sebagai penduduk asal Sarawak, seseorang itu mestilah warganegara Malaysia, anak kandung kaum asli Sarawak dan sama ada ibu atau bapanya adalah kaum asli Sarawak. ‘Penduduk asal’ juga membawa maksud ‘Bumiputera’ status khas.

 

KEISTIMEWAAN STATUS BUMIPUTERA SARAWAK

Bermula November 2023, kanak-kanak hasil perkahwinan campur boleh memiliki tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mendapat status ‘penduduk asal’ (Bumiputera/Peribumi) boleh melanjutkan pengajian di universiti-universiti awam atau institusi pengajian tinggi.

Keistimewaan ini boleh termasuk layanan keutamaan dalam bidang seperti pendidikan, perumahan, kewangan, perniagaan dan pekerjaan.

 

SYARAT PERMOHONAN BUMIPUTERA SARAWAK

Rakyat Malaysia, anak kandung dan salah seorang ibu atau bapa mestilah Bumiputera adalah antara kriteria permohonaen untuk mendapatkan pengiktirafan status Bumiputera Sarawak. Syarat-syarat iini selaras dengan peruntukan Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022 dan permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Daerah di Sarawak

 

TARIKH PERMOHONAN BUMIPUTERA SARAWAK

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri dan Persekutuan) memaklumkan rakyat Sarawak yang memenuhi tiga kriteria itu boleh mengemukakan permohonan mulai 1 November 2023.

 

KADAR BAYARAN PERMOHONAN BUMIPUTERA SARAWAK

Kadar bayaran akan dikenakan sebanyak RM100 bagi setiap permohonan.

 

CARA PERMOHONAN STATUS BUMIPUTERA SARAWAK

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat permohonan iaitu:

  • Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Daerah di Sarawak
  • Kerajaan Sarawak akan menubuhkan satu jawatankuasa diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri bagi mempertimbang setiap permohonan.

 

ARTIKEL LAIN:

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *