IKSK NEGERI KEDAH(Permohonan & Semakan Pinjaman Perniagaan RM5000)

Utama / IKSK NEGERI KEDAH / IKSK NEGERI KEDAH(Permohonan & Semakan Pinjaman Perniagaan RM5000)

 

IKSK NEGERI KEDAH(Permohonan & Semakan Pinjaman Perniagaan RM5000)

Untuk makluman anda, jika anda penduduk negeri kedah dan menjalankan perniagaan, anda boleh memohon Inisiatif Kedah Sejahtera Kerajaan (IKSK) Negeri Kedah. IKSK  ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu usahawan di negeri tersebut yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalankan perniagaan yang terkesan semasa pandemik.

 

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Usahawan negeri kedah yang berminat perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah berumur 18-60 tahun.
  2. Syarikat pemohon mestilah berpusat dan beroperasi di Negeri Kedah sahaja.
  3. Empunya syarikat mestilah dilahirkan di Negeri Kedah.
  4. Permohonan terbuka kepada semua kaum yang merupakan anak jati Kedah.
  5. Syarikat pemohon sama ada Bumiputera dan Bukan Bumiputera layak memohon.
  6. Syarikat tersebut mestilah mempunyai keupayaan membayar balik pinjaman yang diberikan.
  7. Syarikat telah mendaftar perniagaan melalui SSM
  8. Perniagaan adalah milik sendiri.
  9. Hanya satu permohonan dari satu syarikat sahaja dibenarkan.

 

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Jika anda ingin membuat permohonan, anda boleh ikuti langkah-langkah dan perkongsian berikut :

  1. Pemohon perlu layari laman web https://isejahtera.kedah.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan pada bahagian yang telah disediakan
  4. Klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  6. Setelah berjaya masuk, klik pada butang ‘Permohonan Baru.’
  7. Isi maklumat pemohon
  8. Isi maklumat perniagaan dengan lengkap.
  9. Muat naik dokumen sokongan.
  10. Klik butang ‘Simpan’ untuk menghantar permohonan.

 

DOKUMEN SOKONGAN

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik semasa memohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Gambar premis perniagaan.
  3. Salinan akaun bank.
  4. Salinan bil utiliti.
  5. Salinan lesen permit/pendaftaran perniagaan yang masih aktif.

 

PERTANYAAN LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan mengenai IKSK Negeri Kedah, anda boleh bertanya dengan menghantar email ke alamat [email protected].

 

ARTIKEL LAIN 

RUMAH AMAN MAKMUR KEDAH (RAMK):CARA PERMOHONAN PAKR/PPR/RKRS(ijanji.kedah.gov.my)

 

 

 

10 Comments

  1. Saya telah menyemak permohonan iSEJAHTERA saya status nya tidak lengkap…bagaimana cara untuk melengkapkan nya?

  2. Saya ada buat permohonan, semua dokumen saya dh submit..tp kenapa bila buat semakan tertera dokumen tidak lengkap, saya x dpt mesej, email ataupun tel dri pihak UPUK utk membetulkan dokumen yg tidak lengkap tu..saya mohon pencerahan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *