ILTIZAM SELANGOR SIHAT (ISS) PERMOHONAN SEMAKAN KELAYAKAN

BAGAIMANAKAH CARA DAPAT MANFAAT ILTIZAM SELANGOR SIHAT (ISS)

Iltizam Selangor Sihat (ISS) diperkenalkan yang merupakan skim insurans kesihatan sebelum ini yang telah ditambahbaik.  Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan ISS, semoga membantu.

APA ITU ISS

Iltizam Selangor Sihat (ISS)  merupakan antara program perlindungan kesihatan rakyat yang sangat member manfaat kepada rakyat di Selangor. Rakyat dijamin menerima rawatan asas untuk masalah kesihatan.

Program ini menyasarkan 100,000 penerima dan keluarga berdaftar. Selain rawatan dan perubatan, Kerajaan Negeri juga menawarkan vaksinasi bagi memastikan lebih ramai rakyat Selangor mendapat perlindungan sebaiknya.

Jumlah terbabit merangkumi penganjuran Sembilan lagi program lain iaitu Skim Rawatan Jantung, Bantuan Sihat Selangor dan Saring Selangor. Turut terkandung Saringan Barah, Nutrisi Makanan Kanak-kanak, Cakna Kesihatan Mental, Rawatan Tuberculosis, Pemeriksaan Kesihatan Mata dan Skim Kesihatan Wanita.

Manfaat Program Iltizam Selangor Sihat

  1. Manfaat Asas:
    • Rawatan Asas & Vaksinasi: Termasuk rawatan gigi di klinik panel Iltizam Selangor Sihat (ISS).
    • Peruntukan: RM 500/setahun (Kategori Keluarga) atau RM 250/setahun (Kategori Individu).
  2. Manfaat Hospitalisasi:
    • Had Tahunan: RM 10,000 (Pemohon Utama sahaja).
    • Polisi Manfaat Hospitalisasi:
      • Perlindungan serta merta.
      • Had Umur: 80 tahun ke bawah.
      • Perlindungan untuk rawatan kecemasan di Hospital Kerajaan sahaja.
  3. Manfaat Tambahan Perlindungan:
    • Pemohon Utama:
      • Kematian Semulajadi: RM 5,000 sekali tuntutan.
      • Penyakit Kritikal: RM 5,000 sekali tuntutan (tidak termasuk penyakit sedia ada).
    • Keluarga Berdaftar:
      • Penyakit Kritikal: RM 2,000 sekali tuntutan (tidak termasuk penyakit sedia ada).

Kelayakan

  • Warganegara dan Taraf Pemastautin: Warganegara Malaysia; lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun; pengundi berdaftar di Negeri Selangor.
  • Pendapatan Isi Rumah:
    • Kategori A (Iltizam Selangor Sihat): Bawah RM 3,000 sebulan.
    • Kategori B (Bukan Iltizam Selangor Sihat): Pendapatan isi rumah bawah RM 8,000 sebulan.

Cara Permohonan

Kategori A (Iltizam Selangor Sihat)

  1. Saringan:
    • Pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Rangkaian SELCARE atau Klinik/Hospital Kerajaan (KKM).
    • Hantar surat rujukan dan kad pengenalan melalui emel ke [email protected] dengan tajuk “PERMOHONAN SARINGAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A”.
    • Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
  2. Prosedur Pembedahan:
    • Muat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor: https://iltizamselangorsihat.com/cvs.html.
    • Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan melalui emel [email protected].
    • Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
    • Permohonan yang lulus layak mendapat 2 kali rawatan susulan (tertakluk terma dan syarat).

Kategori B

  1. Prosedur Pembedahan:
    • Muat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor: https://iltizamselangorsihat.com/cvs.html.
    • Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan melalui emel [email protected].
    • Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon.
    • Setiap permohonan hanya lulus layak untuk prosedur dan pembedahan sahaja (tertakluk terma dan syarat).

Semak Status Permohonan ILTIZAM SELANGOR SIHAT (ISS)

Setelah menghantar permohonan, anda boleh semak status sama ada permohonan anda telah diluluskan di: https://www.iltizamselangorsihat.com/kelayakan.html.

Maklumat Lanjut ILTIZAM SELANGOR SIHAT (ISS)

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan lanjut, kunjungi laman web mereka di https://www.iltizamselangorsihat.com atau hubungi talian 24 jam di 1-800-22-6600.

ARTIKEL LAIN

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *