INFO JALAN DITUTUP DBKL Istiadat Pertabalan(Senarai Laluan Alternatif)

CARA SEMAK INFO JALAN DITUTUP DBKL(Senarai Laluan Alternatif)

Kepada anda yang berada di Kuala Lumpur, seharusnya perlu mengethai info semasa jalan ditutup DBKL bagi memudahkan perjalanan anda. Disini kami akan kongsikan kepada anda info jalan DBKL yang ditutup kini beserta senarai jalan alternatif yang boleh dilalui, semoga membantu.

TUJUAN JALAN DITUTUP DBKL

sempena istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara

TEMPOH JALAN DITUTUP DBKL

Sabtu ini (20 Julai)

SEMAKAN INFO JALAN DITUTUP DBKL

Berikut adalah 14 jalan di ibu kota yang akan ditutup sementara secara berperingkat sempena istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu ini (20 Julai):

  1. Jalan Tun Razak
  2. Jalan Kia Peng
  3. Jalan Raja Chulan
  4. Jalan Ampang
  5. Jalan Sultan Ismail
  6. Lebuhraya Sultan Iskandar
  7. Jalan Tuanku Abdul Halim
  8. Jalan Semantan
  9. Jalan Damansara
  10. Jalan Istana
  11. Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
  12. Jalan Kuching (arah selatan)
  13. Bulatan Dato Onn
  14. Jalan Parlimen

Jalan-jalan ini akan ditutup sementara secara berperingkat mulai jam 8 pagi untuk Istiadat Pertabalan dan pada jam 8 malam untuk Majlis Santapan Diraja. Total 387 anggota trafik akan dikerahkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur untuk pengiringan tetamu kehormat, kawalan lalu lintas, serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan trafik.

MAKLUMAT LANJUT

Unttuk dapatkan maklumat lanjut mengenai info jalan di tutup DBKL, anda boleh melayari portal rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *