INISIATIF CERDIK : CARA MOHON & SEMAKAN STATUS LAPTOP PDPR

Utama / BANTUAN / INISIATIF CERDIK : CARA MOHON & SEMAKAN STATUS LAPTOP PDPR

INISIATIF CERDIK : CARA MOHON & SEMAKAN STATUS LAPTOP PDPR

Menerusi Belanjawan 2021 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 November lepas oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kerajaan telah mengumumkan sumbangan sebanyak RM150 juta ke dalam Tabung CERDIK oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) bagi pemberian komputer riba kepada 150 ribu murid di 500 sekolah sebagai projek rintis yang akan diselia oleh Yayasan Hasanah.

Bantuan ini bertepatan dan sejajar dengan norma baharu, di mana kaedah pembelajaran secara dalam talian yang kini sudah mula menjadi satu amalan dan dipraktikkan di negara Malaysia.

Mohon juga SKIM PINJAMAN KOMPUTER PELAJAR (SKIP) MARA : CARA PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & AMAUN PINJAMAN

 

SYARAT KELAYAKAN INISIATIF CERDIK

Untuk pengetahuan anda, semua murid yang berkelayakan dari kohort terpilih di sekolah-sekolah terpilih akan dibekalkan dengan peranti digital. Antara kelayakan adalah seperti berikut:

Buat juga SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI KPM 2021/2022 : PERMOHONAN, SYARAT DAN CARA SEMAK STATUS

 

Kriteria murid:

  • Golongan terpinggir (B40, ibu bapa tunggal, keperluan khas, Orang Asli)
  • Dari isi rumah dengan pendapatan ≤ RM4,849/bulan
  • Tidak mempunyai akses terhadap pembelajaran atas talian

 

Kriteria sekolah :

  • Pemilihan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah berdasarkan pendapatan isi rumah dan tahap akademik murid.
  • Sekolah-sekolah haruslah berada dalam kawasan yang mempunyai capaian internet sedia ada, serta berada dalam lingkungan jarak yang wajar antara satu sama lain

 

JENIS PERANTI DAN TALIAN

  • Sekolah terpilih dan murid terpilih akan menerima komputer riba (i3 atau setara) atau iPad.
  • Peranti ini akan dibekalkan dengan tempoh jaminan sekurang-kurangnya 12 bulan.
  • Peranti akan dibekalkan dengan sambungan rangkaian 3G/4G bersama data sebanyak 15GB/bulan untuk tempoh minimum 12 bulan.

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  • Anda tidak perlu membuat permohonan
  • Peranti akan diedarkan kepada murid dari kohort terpilih di sekolah yang terpilih dan bukannya melalui permohonan.
  • Data dan maklumat di ambil dari e-operasi yang telah dikemaskini
  • Murid yang layak serta ibu bapa akan dimaklumkan sebelum tarikh pengagihan oleh pihak sekolah

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk anda mengetahui maklumat yang lebih lanjut mengenai inisiatif Cerdik ini, sila ajukan pertanyaan anda kepada Yayasan Hasanah melalui saluran berikut:

Laman web: https://www.cerdik.org/

Facebook: https://www.facebook.com/yhasanahmy

Instagram: https://www.instagram.com/yayasan_hasanah/

Twitter: https://twitter.com/YayasanHasanah

 

 

 

 

 

 

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *