PERMOHONAN INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN NEGERI PAHANG 2023 (Muat Turun Borang)

PERMOHONAN INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN NEGERI PAHANG 2023 (Muat Turun Borang)

Kepada pasangan muda Negeri Pahang yang akan melangsungkan perkahwinan kali pertama, kini Jabatan Agama Islam Pahang telah menyediakan satu inisiatif kepada pasangan pengantin yang dikenali  Insentif Khas Pasangan Pengantin. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenai inisiatif ini dan cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN

Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Pahang khususnya kepada pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5000 dan ke bawah. Matlamat insentif khas ini diwujudkan adalah untuk membantu pasangan yang berpendapatan rendah untuk mendirikan rumah tangga di Negeri Pahang.

 

SYARAT PERMOHONAN INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN

Insentif ini disediakan untuk pasangan yang pengantin lelakinya berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditentukan.

  • Hanya anak-anak Pahang sahaja yang layak menerima insentif ini.
  • Samada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang.
  • Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5000.00 dan ke bawah layak menerima insentif
  • Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
  • Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah.
  • Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (dimana tempat permohonan).
  • Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras.
  • Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
  • Setiap permohonan perlu hantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan di buat.

 

PEMOHON YANG TIDAK LAYAK INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN

Berikut adalah merupakan antara pemohon yang tidak layak memohon inisiatif ini:

  • Poligami
  • Nikah semula (pasangan yang sama selepas tamat tempoh iddah)
  • Nikah tanpa kebenaran
  • Kedua pasangan bukan asal Pahang
  • Pendapatan lelaki melebihi RM 5,000.00

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Permohonan mestilah disertakan dengan:

  • 2 Salinan Kad Pengenalan pemohon (depan dan belakang).
  • 1 Salinan catatan akad nikah pemohon.
  • 2 Salinan penyata akaun bank pemohon

 

CARA PERMOHONAN INSENTIF KHAS PASANGAN PENGANTIN PAHANG

Sekiranya anda berkelayakan, permohonan inisiatif ini boleh dibuat dengan cara seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://emunakahat.pahang.gov.my/fail/borangikpp.pdf
  2. Isikan dengan lengkap segala maklumat yang diperlukan
  3. Kepilkan sekali dengan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan berserta dokumen yang diperlukan ke pejabat agama islam daerah masing-masing.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Khas Pasangan Pengantin, sila layari laman website rasmi e-Munakahat Jabatan Agama Islam Negeri pahang di pautan https://emunakahat.pahang.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PROGRAM ANAK KEBANGGAAN PAHANG & KAD PELAJAR KEBANGGAAN PAHANG

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *