ipr.epu.gov.my (Permohonan Daftar Inisiatif Pendapatan Rakyat)

ipr.epu.gov.my (Permohonan Daftar Inisiatif Pendapatan Rakyat)

Kepada warga golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar, kerajaan kini telah memperkenalkan inisiatif baharu untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya keluarga miskin tegar dan B40 iaitu Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR). Disini kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan dan syarat kelayakan, semoga membantu.

 

APA ITU IPR

Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) menfokuskan dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.

IPR menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan. IPR akan mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

 

OBJEKTIF IPR

Inisiatif Pendapatan Rakyat atau IPR ini telah dijalankan oleh Kementerian Ekonomi bagi mencapat tiga (3) objektif berikut:

  1. Fokus dengan strategi serampang dua mata untuk menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 pada masa yang sama berusaha menyelesaikan masalah ekonomi harian menerusi inisiatif-inisiatif IPR.
  2. Menumpukan usaha membasmi kemiskinan dan menambah pendapatan rakyat menerusi inisiatif pertanian, perniagaan makanan dan operator perkhidmatan
  3. Mewujudkan ekosistem antara pemohon, pemegang taruh dan masyarakat setempat.

 

KELEBIHAN IPR

Melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat ini, kerajaan menyasarkan peserta akan berupaya untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan bagi membolehkan mereka keluar daripada garis kemiskinan. Kerajaan telah menetapkan sasaran 100,000 penerima yang akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

 

SYARAT KELAYAKAN IPR

Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan kepada pemohon iaitu:

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah daripada golongan berpendapatan B40 dan miskin tegar

 

KATEGORI IPR

Berikut adalah merupakan katagori IPR yang disasarkan iaitu:

  • Usahawan Tani
  • Usahawan Makanan
  • Operator Perkhidmatan

 

SASARAN PENGGERAK IPR

Berikut adalah merupakan sasaran penggerak IPR untuk membantu atau dipadankan dengan golongan pemohon ini iaitu:

INISIATIF USAHAWAN TANI (INTAN)
  • Syarikat pertanian
  • Rantaian peruncitan makanan
  • Pengeksport
  • Agensi-agensi kerajaan berkaitan
  • Koperasi
INISIATIF USAHAWAN MAKANAN (INSAN)
  • Pengusaha mesin menjual (vending machine)
  • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja-pekerja mereka
  • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan pada peringkat Persekutuan dan Negeri
  • Institusi pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pelajar, staf dan pelawat
  • Stesen-stesen LRT
  • Hospital dan kemudahan kesihatan yang berhasrat untuk menggunakan mesin menjual untuk menyediakan makanan kepada pesakit, pelawat dan staf
INISIATIF OPERATOR PERKHIDMATAN (IKHSAN)
  • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis
  • Premis-premis agensi kerajaan

 

CARA DAFTAR IPR (ipr.epu.gov.my)

Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda mendaftar terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Pendaftaran Inisiatif Pendapatan Rakyat
  2. Isikan maklumat yang diperlukan sepeti:
    • Nama Penuh
    • E-mel
    • Kata Lalaun
    • Pengesahan Kata Laluan
  3. Setelah lengkap klik pada hantar

 

CARA PERMOHONAN IPR (ipr.epu.gov.my)

Setelah selesai proses pendaftaran, berikut adlaah merupakan cara membuat permohonan:

  1. Layari pautan Permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat
  2. Log masuk menggunakan e-mel dan kata laluan anda
  3. Pilih katagori yang anda inginkan
  4. Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi segala butiran yang perlu dilengkapkan dan tekan butang HANTAR.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai IPR, anda boleh melayari portal rasmi Inisiatif Pendapatan Rakyat di pautan ipr.epu.gov.my

ARTIKEL BERKAITAN:

28 Comments

  1. Saya daftarkan sejak tahun 1979 semasa tinggal diSeberang OPerai Selatan
    UNTUK MENDAPAT SEBUAH RUMAH KOS RENDAH ATAU SEDERHANA YANG DIBINA OLEH KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
    SEHINGGA SEKARANG TIDAK ADA SEBARANG BALASAN DARIPADA PIHAK YANG BERKENAAN

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *