iTEKAD 2024 Permohonan Syarat Dokumen

iTEKAD 2024 Permohonan Syarat Dokumen

iTEKAD adalah platform yang membolehkan usahawan dengan pendapatan rendah dan golongan B40 mendapatkan akses kewangan untuk memajukan sumber pendapatan mereka. Sebanyak lebih daripada 6,000 perniagaan kecil dan sederhana (PKS) telah mendapat manfaat dari inisiatif ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abdul Rasheed Ghaffour, dalam sidang perasmian Simposium Sasana BNM 2024 petang tadi, telah berkongsi bahawa terdapat peningkatan hampir 90% dalam jualan bulanan peniaga yang menggunakan platform iTEKAD. Kejayaan ini juga telah mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dalam komuniti PKS negara.

Untuk makluman umum, di bawah iTEKAD terdapat beberapa akses kewangan yang disediakan, termasuk modal permulaan, pembiayaan mikro, dan latihan kewangan serta kemahiran dalam struktur perniagaan.

Melalui inisiatif ini, usahawan negara berupaya mendapatkan pembiayaan dalam julat RM5,000 hingga RM50,000. Platform ini telah mendapat sokongan daripada 11 institusi kewangan termasuk Bank Muamalat, Bank Rakyat, BSN, Public Bank, SME Bank, Agro Bank, RHB Islamic Bank, Ambank Islamic, CIMB Islamic, dan Maybank Islamic.

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PINJAMAN

Berikut adalah syarat kelayakan pinjaman perniagaan bagi permulaan program loan pembiayaan bank untuk SME mikro dan PKS:

  • Perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSMo
  • Usahawan mikro sekitar Wilayah Persekutuan di kalangan B40 dan asnaf
  • Peniaga kecil-kecilan yang mempunyai 5 orang pekerja tetap dan pendapatan jualan tahunan di bawah RM300,000.

Contohnya :

  • Peniaga yang menjual air balang, kuih-muih, nasi lemak, dan pisang goreng di warung
  • Peniaga yang membuat kuih, makanan secara kecil-kecilan, kek di rumah untuk dijual di pejabat dan kedai.
  • Tukang jahit yang membuka sudut niaga jahitan kecil atau mengambil upah menjahit dari rumah; dan pelbagai lagi usahawan mikro meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan dan lain-lain.

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Kad pengenalan
  • Maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat perniagaan,
  • pendapatan setahun, maklumat pemilik perniagaan, bilangan
  • pekerja, dll.
  • Bukti pendapatan perniagaan (contoh: Borang B Cukai Pendapatan,
  • penyata bank 6 bulan terkini)
  • Bukti operasi perniagaan (contoh: pendaftaran perniagaan, permit
  • berniaga);
  • Bil utiliti; dan
  • Lain-lain dokumen yang relevan.

AMAUN PEMBIAYAAN

Jumlah amaun pembiayaan Minimum adalah RM1,000 manakala Maksimum: RM50,000

TEMPOH PEMBIAYAAN

Di antara 6 bulan sehingga 5 tahun.

PERMOHONAN iTEKAD

Anda boleh menghubungi bank yang terlibat ataupun datang terus ke bank-bank tersebut untuk memohon.

SOALAN LAZIM iTEKAD

Bilakah permohonan Program iTEKAD ini dibuka?

Dibuka sepanjang tahun

Apakah maksud usahawan mikro dalam iTEKAD?

Peniaga kecil-kecilan dengan pendapatan jualan tahunan di bawah RM300,000 atau mempunyai kurang daripada 5 orang pekerja tetap

Apakah beza antara iTEKAD dengan pembiayaan mikro bankbank lain untuk perniagaan yang terjejas oleh COVID-19?

iTEKAD ini ialah gabungan di antara dana kewangan sosial Islam (seperti zakat, wakaf dan sedekah) dengan pembiayaan mikro. Peserta yang layak dan berjaya terpilih juga akan mengikuti program latihan pembangunan perniagaan secara percuma tertakluk kepada terma dan syarat.

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI BANK ISLAM ONLINE(Cara Buat Permohonan & Booking Slot Janji Temu)

CARA BANK IN DUIT (CIMB/BANK ISLAM)

CARA BUKA AKAUN BANK ( CIMB/BANK ISLAM)

CARA DAFTAR BANK MUAMALAT ONLINE(Active  Di i-muamalat.com.my)

CARA TUKAR NO HP BANK MUAMALAT (Update Mobile Phone Number)

Share your love

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *