CARA BOOKING LAWATAN PENJARA MALAYSIA (ivisit.prison.gov.my)
Jabatan Penjara Malaysia membenarkan lawatan antara banduan dengan individu-individu yang dibenarkan bagi mewujudkan hubungan yang positif, penyelesaian masalah dan mengurangkan tekanan semasa dalam tahanan.
Bagi memudahkan urusan melawat, satu potal tempahan secara online diwujudkan melalui sistem i-Visit (ivisit.prison.gov.my) bagi memudahkan pelawat untuk membuat temujanji. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU i-VISIT
i-Visit adalah satu sistem lawatan berjadual diperkenalkan bagi penambahbaikan kepada sistem yang ada untuk membuat tempahan secara online bagi pelawat untuk berjumpa dengan banduan.
SYARAT-SYARAT LAWATAN
Berikut adalah merupakan syarat-syarat lawatan yang ditetapkan
- Pelawat adalah terdiri daripada ibubapa/isteri/anak-anak atau keluarga terdekat sahaja.
- Cukup tempoh/tarikh seperti yang tercatat di dalam Kad Lawatan.
- Kad Lawatan dan Kad Pengenalan atau Lesen Memandu atau Pasport atau lain-lain pengenalan diri hendaklah dibawa bersama pada hari lawatan.
- Berpakaian kemas dan sopan
- Sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lawatan.
TUJUAN LAWATAN
- Banduan berpeluang mengetahui perkembangan semasa, rumahtangga dan keluarga serta mewujudkan kesedaran dan keinsafan
- Membuat perancangan dan persediaan awal bagi menghadapi masa depan setelah dibebaskan
- Mengurangkan perasaan bosan, terasing dan rendah diri
- Memudahkan pihak-pihak tertentu seperti polis, peguam dan badan-badan kebajikan untuk mengendalikan sesuatu kes
- Menggalakkan banduan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan penjara
NOTA: Ahli keluarga banduan digalakkan melawat banduan/penghuni yang sedang menjalani hukuman supaya mereka tidak merasa tersisih dan sebagai galakan kepada mereka untuk mengubah sikap menjadi warga yang berguna setelah dibebaskan kelak.
CARA LOGIN i-Visit (ivisit.prison.gov.my)
Berikut adalah merupakan cara untuk log masuk i-Visit:
- Layari pautan i-Visit
- Masukkan User Email dan Password.
- Tick pada kotak Im Not A Robot.
- Kemudian klik SIGN IN.
- Ikuti arahan selanjutnya dan buat tempahan sehingga selesai
NOTA: Anda perlu daftar terlebih dahulu sebelum login sistem i-Visit ini. Sila rujuk dengan Pegawai Penjara untuk maklumat lanjut.
PANDUAN SEKIRANYA TERLUPA PASSWORD i-VISIT
Sekiranya anda terlupa kata laluan kata laluan, berikut adalah cara untuk dapatkan kembali
- Layari pautan Forget Password i-Visit
- Masukkan Email Account
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau No Passport
- Tekan butang Reactivate My Account
- Selesai
SOALAN LAZIM
Sekiranya selepas membuat tempahan melalui i-Visit, apa yang perlu dilakukan seterusnya?
- Pihak institusi Jabatan Penjara Malaysia akan menetapkan tarikh dan juga sesi perjumpaan.
Berapa orang ahli keluarga yang boleh melawat?
- Pada masa kini, hanya dua orang pelawat sahaja yang dibenarkan dalam satu-satu masa.
Berapa lama tempoh yang diberikan semasa lawatan?
- Sesi lawatan yang dibenarkan ialah tidak lebih 30 minit.
Adakah warga emas boleh melawat?
- Warga emas dibenarkan untuk melawat. Walaubagaimanapun, ia adalah bersyarat. Warga emas yang tidak bergejala Covid-19 dan masih lagi dalam keadaan sihat akan dibenarkan melawat.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai cara booking lawatan penjara malaysia, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Penjara Malaysia di pautan https://www.prison.gov.my/
ARTIKEL LAIN
eZAKATPAY (Cara Daftar Login Zakat Selangor Online)
Cara daftar i visit
CARA DAFTAR I VISIT
Cara daftar i visit
Slm..nk daftar i visit
Salam..
Saya nak daftar i-Visit..
Tq
nak daftar i-visit .nak booking melawat tunang saya .dari penjara kluang
sy nak daftar ivisit