SEMAKAN JALAN DITUTUP & LALUAN ALTERNATIF (Cara Check Portal Bencana JKR)

Utama / SEMAKAN JALAN DITUTUP & LALUAN ALTERNATIF / SEMAKAN JALAN DITUTUP & LALUAN ALTERNATIF (Cara Check Portal Bencana JKR)

SEMAKAN JALAN DITUTUP & LALUAN ALTERNATIF (Cara Check Portal Bencana JKR)

Terkini dengan cuaca yang tidak menentu dan sukar untuk dijangka sekarang, pelbagai kejadian yang boleh berlaku semasa dalam perjalanan anda ketika ini. Boleh dikatakan ada sahaja berita kenaikan air di jalan raya serta kejadian tanah runtuh, jalan mendap dan jambatan runtuh di serata negara.

Sekiranya anda ingin meneruskan perjalanan, sebaiknya anda membuat semakan terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada jalan ditutup atau terdapat lalaun alternatif yang lain menggunakan Portal Bencana JKR. Bagaimana cara untuk membuat semakan tersebut? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU PORTAL BENCANA JKR

Bagi memudahkan perjalanan orang ramai ke destinasi serata negara, Pengurusan Bencana JKR telah mengambil inisiatif untuk membina sebuah laman web khas iaitu portal bencara JKR bagi pengguna jalan raya untuk memantau keadaan semasa jalan raya.

Laman web ini juga pasti sangat berguna untuk para sukarelawan yang sudah merancang untuk turun padang membantu di kawasan yang dilanda banjir dan dapat mengenalpasti laluan semasa yang terjejas dengan bencana.

Portal ini juga memberikan butiran lain seperti laluan alternatif sekiranya ada bagi memudahkan pengguna jalan raya ke destinasi yang ingin dituju melalui laluan lain yang lebih selamat. Hanya klik pada “Laluan Alternatif” pada Laluan Alternatif 1 atau 2 dan sebuah pop-up akan keluar untuk menunjukkan laluan alternatif.

NOTA: Sekiranya tiada laluan alternatif yang ditunjukkan, maka anda dinasihatkan untuk elak melalui kawasan tersebut untuk elakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

 

CARA CHECK PORTAL BENCANA JKR

Berikut adalah merupakan cara semakan menggunakan portal bencana JKR:

  1. Layari laman pautan: http://bencanaalam.jkr.gov.my/index.php
  2. Sila lihat pada peta yang tertera dan pilih laluan yang anda ingin semak.
  3. Sekiranya laluan tersebut terbabit dengan bencana seperti banjir atau tanah runtuh, semak jika ada laluan alternatif untuk melancarkan perjalanan anda ke destinasi.
  4. Anda juga akan diberikan maklumat tentang status krisis terkini tentang bencana yang sudah dinyatakan di peta. (scroll pada bahagian bawah)

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai semakan jalan ditutup & laluan alternatif secara online, anda boleh layari website rasmi Pengurusan Bencana JKR di pautan http://bencanaalam.jkr.gov.my/index.php

 

ARTIKEL LAIN

TALIAN KECEMASAN LEBUHRAYA MALAYSIA (HIGHWAY HOTLINE)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *