JAMINKERJA PERKESO (Permohonan & Semakan Program Jamin Kerja-Insentif Penggajian (JKIP)

JAMINKERJA PERKESO (Permohonan & Semakan Program Jamin Kerja-Insentif Penggajian (JKIP)

K epada golongan rentan, kini Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah melanjutkan Program Jamin Kerja-Insentif Penggajian (JKIP) selama enam bulan sehingga 31 Disember ini dan menyediakan kira-kira 55,000 peluang pekerjaan. Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan dan semakan, semoga membantu.

 

APA ITU JAMINKERJA PERKESO

JaminKerja PERKESO merupakan salah satu insentif kerajaan untuk di dalam Bajet 2022 untuk memberi manfaat kepada pencari kerja.Insentif ini di jangka akan memberi manfaat kepada 300,000 pencari kerja pelbagai golongan. Kerajaan memperuntukkan RM2 bilion di dalam Bajet 2022 untuk JaminKerja Insentif Penggajian (JKIP).

 

INSENTIF JAMINKERJA KELUARGA MALAYSIA

Di bawah inisiatif ini, majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja, kerajaan akan memberi insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.

Bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), Orang Asli dan banduan, kerajaan juga akan memberi insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya, tertakluk kepada gaji RM1,200 ke atas.

 

CIRI-CIRI PROGRAM JAMINKERJA-INSENTIF PENGGAJIAN:

  • Insentif maksima sebanyak RM36,000 disediakan bagi setiap individu yang diambil bekerja
  • Dibayar dalam tempoh 12 bulan
  • elaun mobiliti RM500 sekali bayar

 

KADAR INSENTIF PENGGAJIAN JAMINKERJA PERKESO

Berikut adalah merupakan kadar insentif penggajian yang telah ditetapkan mengikut katagori:

  • Pencari Kerja/ Ganti Pekerja Asing
    • Kadar insentif: 20% untuk 6 bulan pertama, 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Golongan Rentan/ Wanita/ Sektor ICT/ Sektor Pelancongan
    • Kadar insentif: 30% dari gaji pekerja bagi 6 bulan pertama, 40% dari gaji pekerja bagi 6 bulan terakhir
  • Perantis
    • Kadar insentif: Elaun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan
  • Pekerja Gig
    • Kadar insentif: Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh 6 bulan

 

SYARAT KELAYAKAN JAMINKERJA PERKESO

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan mengikut katagori:

  • Pencari Kerja
    • Individu berumur 18 hingga 50 tahun yang tidak aktif bekerja
  • Ganti Pekerja Asing
    • Penggantian jawatan yang ditawarkan kepada pekerja tempatan bagi menggantikan pekerja asing & pengawal dagang
    • Tambahan 10% daripada gaji akan diberikan kepada pekerja setiap bulan bagi tempoh 12 bulan
  • Golongan Rentan
    • Individu/ Graduan yang menganggur melebihi 180 hari
    • Bekas Tentera
    • Orang Asli
    • Banduan/ orang yang diparoi
    • Golongan Orang Kurang Upaya yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
    • Peserta Program RTW PERKESO
    • Pekerja berumur 50 tahun dan ke atas
  • Wanita
    • Golongan wanita yang tidak bekerja melebihi 365 hari termasuk career break
    • Ibu tunggal/ suri rumah
    • Termasuk tawaran kerja secara fleksibel
  • Sektor Utama
    • Digital Skills Related (ICT)
    • Sektor Pelancongan
  • Perantis
    • Lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun
    • Tawaran pekerjaan adalah untuk jenis jawatan Eksekutif
    • Diploma dan ke atas sahaja
  • Pekerja Gig
    • Orang yang kehilangan pekerjaan
    • Golongan rentan seperti miskin termasuk senarai individu berdaftar dengan eKasih
    • Pekerja yang ditimpa cuti tanpa gaji
    • Individu/ Graduan yang menganggur melebihi 30 hari
    • Golongan suri rumah dan berpendapatan rendah

 

TARIKH PERMOHONAN JAMINKERJA PERKESO

Permohonan di buka bermula  17 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

 

CARA PERMOHONAN JAMINKERJA PERKESO

Kepada majikan majikan yang telah membuat pengambilan pekerja baharu mulai 1 Januari 2022, Permohonan boleh di buat di laman berikut JaminKerja Insentif Penggajian Pekerja

 

CARA SEMAKAN JAMINKERJA PERKESO

Semakan permohonan boleh di buat di laman berikut JaminKerja Insentif Penggajian Pekerja

 

Maklumat Lanjut & Pertayaan

Untuk makluman, informasi dan FAQ terkini bagi bantuan dalam BAJET 2022 yang melibatkan PERKESO akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman web rasmi PERKESO.

Sila rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan:

Facebook : Pertubuhan Keselamatan Sosial

Telefon : 1-300-22-8000

Laman web: http://www.perkeso.gov.my/ atau https://www.perkeso.gov.my/bajet-2022.html

E-mel: [email protected]

 

SOALAN LAZIM (FAQ) JAMINKERJA PERKESESO

Bilakah program JAMINKERJA dilaksanakan?

  • Bermula tahun 2022

Berapakah bayaran gaji program JAMINKERJA ini?

  • pekerjaan bergaji 1,500 ringgit ke atas

Apakah kelebihan jika majikan mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja?

  • Kerajaan akan memberikan insentif sebanyak 20 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 30 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji 1,500 ringgit ke atas.

 

ARTIKEL LAIN

PROGRAM E-START (Cara Daftar Bantuan Ewallet RM150 Untuk Belia)

 

5 Comments

  1. I have contact more than 5 times per day of this number 03-8091 5300. I would like to know more about the “Jaminkerja Perkeso”. Could your officer in-charge return a call to me at 017-379 3515 please! Thanks!

  2. I really appreciate the effort put in by the author in writing this post. It is very informative and I am sure that many people will find it helpful. Keep up the good work!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *