JANJI TEMU LHDN ONLINE(e-Janji Temu)PERMOHONAN TEMU JANJI RAYUAN STR

Utama / JANJI TEMU LHDN ONLINE / JANJI TEMU LHDN ONLINE(e-Janji Temu)PERMOHONAN TEMU JANJI RAYUAN STR

JANJI TEMU LHDN ONLINE(e-Janji Temu)PERMOHONAN TEMU JANJI RAYUAN STR

Untuk pengetahuan anda mulai 29 Januari 2024, pemohon boleh mula membuat rayuan STR  di perkhidmatan kaunter STR yang akan beroperasi sepenuhnya melalui janji temu yang boleh dipohon secara dalam talian (online).

Sebagai makluman anda, hanya pemohon yang membuat janji temu secara dalam talian sahaja dibenarkan berurusan di kaunter STR LHDNM. Jika anda tidak membuat janji temu, anda mungkin tidak dibenarkan untuk membuat urusan rayuan di kaunter.

 

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN JANJI TEMU LHDN ONLINE (E-JANJI TEMU)

Perkhidmatan STR yang ditawarkan secara janji temu adalah seperti berikut:

  • Semakan Status / Bayaran
  • Permohonan
  • Lain – lain

Walau bagaimanapun pemohon dinasihatkan untuk lebih memberi keutamaan kepada  untuk mengakses secara dalam talian di Portal Rasmi STR tanpa hadir ke kaunter.

Janji temu hanya diberi keutamaan kepada Permohonan Rayuan STR 2024 yang tidak boleh dibuat secara dalam talian atau situasi yang memerlukan semakan yang lebih teliti oleh pegawai LHDNM.

 

SYARAT PERMOHONAN JANJI TEMU

  • Hanya satu tarikh sahaja di benarkan bagi setiap No MyKad Pemohon
  • Kemaskini dibenarkan selewatnya tiga hari sebelum tarikh janji temu.
  • Permohonan janji temu adalah tidak dibenarkan bagi tarikh cuti umum dan tarikh yang sama dengan tarikh permohonan.
  • Captcha mestilah disi sebelum menghantar permohonan
  • Slot masa akan dipaparkan berdasarkan kekosongan masa janji temu. Satu slot masa diperuntukkan hanya untuk tiga (3) orang pemohon.

 

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN JANJI TEMU LHDN

  1. Anda perlu layari laman web STR. Permohonan janji temu boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR (https://bpr.hasil.gov.my).
  2. Klik pada menu e-janji temu
  3. Isikan butiran permohonan janji temu online
  4. Isikan butiran janji temu dalam talian seperti maklumat berikut:
  • Nama
  • No Mykad
  • Negeri
  • Cawangan
  • Pengesahan Captcha
  • Tujuan Janji Temu
  • Tarikh
  • E-mel
  • No Telefon
  1. Setelah selesai, tekan butang HANTAR dan cetak

 

 

PEMBATALAN & TUKAR TARIKH JANJI TEMU DI KAUNTER STR

Sebagai maklumat kepada anda, anda boleh membuat penukaran tarikh atau membatalkan janji temu selewat-lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh yang telah dipilih.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya semua slot penuh atau anda tidak dapat membuat janji temu dengan pihak LHDN, silahubungi talian Cawangan LHDNM atau Hotline

  • BPR LHDNM 1-800-88-2747
  • Hotline BPR MOF 03-8882 4565 / 03-8882 4566.

 

ARTIKEL LAIN

LOGIN EPCB (ID CARA GUNA & KEMASKINI  SISTEM POTONGAN CUKAI BULANAN)

SENARAI PELEPASAN CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU 

 

8 Comments

  1. saya Norhidayah, saya nak minta cop Pusat Khidmat Hasil untuk dokumen perjanjian antara syarikat dan Jps Petaling.

    Terimakasih

  2. My Appointment Was Cancelled due To Cyberjaya Branch was closed on that date for the BPR/BSH aid stopped suddenly in 2021 and the reason was my marital status information given by the online status checking system. I am married since 2009 and need to update in the LHDN database for corrections and update.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *