CARA BUAT JANJI TEMU PERKHIDMATAN KAUNTER TABUNG HAJI

CARA BUAT JANJI TEMU PERKHIDMATAN KAUNTER TABUNG HAJI

Kepada pelanggan Tabung Haji yang ingin membuat urusan di mana-mana cawangan kaunter Tabung Haji, sebaiknya membuat janji temu terlebih dahulu bagi memudahkan urusan. Disini kami akan kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU BUAT JANJI TEMU TH

Berikut adalah kelebihan sekiranya memnbuat janji temu terlebih dahulu:

  • Pendeposit boleh memilih masa dan tarikh yang sesuia mengikut keselesaan
  • Menggelakkan kesesakkan di kaunter
  • Tidak perlu menunggu lama untuk berurusan
  • Sesuai dengan transaksi yang memerlukan tempoh urusan yang lama.

 

URUSAN JANJI TEMU KAUNTER TH

Berikut adalah merupakan urusan yang di khaskan melalui janji temu ini:

  1. Tuntutan Pusaka
  2. Permohonan Hibah Amanah
  3. Kemaskini Maklumat Peribadi
  4. Pembukaan akaun Tabung Haji.

Nota: Bagi urusan yang lain, pendeposit boleh terus hadir ke cawangan Tabung Haji yang berhampiran.

 

CARA MEMBUAT JANJI TEMU KAUNTER TABUNG HAJI

Pendeposit boleh membuat janji temu seperti berikut:

  1. Layari website Janji Ttemu TH
  2. Pada paparan utama klik pada Link Janji Temu : Daftar Janji Temu Anda Di sini dan klik Seterusnya.
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan seperti berikut:
    • Maklumat peribadi
    • Lokasi
    • Sesi
  4. Semak kembali maklumat anda, sekiranya tepat anda boleh menghantar permohonan janji temu tersebut.
  5. Selesai, anda boleh mencetak slik temu janji sebagai rujukan anda

 

MUAT TURUN BORANG BERKAITAN

Bagi memastikan urusan andaa menjadi lebih mudah dan pantas, anda boleh Muat turun borang transaksi Tabung Haji yang berkaitan di rumah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengisi borang di kaunter:

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan lagi maklumat lanjut mengenai perkhidmatan janji temu Tabung Haji,anda boleh melayari website rasmi TH di pautan https://www.tabunghaji.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA POTONGAN GAJI TABUNG HAJI(Direct Debit Setiap Bulan)

3 Comments

  1. saya ada buat temu janji dengan pihak bank pada 12/7 tapi sampai sekarang saya belum menerima apa2 panggilan. bagaimana yaaa

  2. salam saya dah buat temu janji dengan pihak tabung haji pada minggu lepas dan saya belum menerima apa apa panggilan

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *