JATUH MUFLIS BANKRAP( Apakah Tindakan Yang Patut Anda Buat?)

Utama / JATUH MUFLIS BANKRAP / JATUH MUFLIS BANKRAP( Apakah Tindakan Yang Patut Anda Buat?)

JATUH MUFLIS BANKRAP( Apakah Tindakan Yang Patut Anda Buat?)

Membuat pinjaman agak mudah pada masa kini, tetapki pernahkah anda terfikir sekiranya hutang yang dibuat lebih pada pendapatan sehingga sampai mahkamah keluarkan perintah muflis/bankrap. Sekiranya telah jatuh muflis/bankrap mesti ingin mengetahui tindakan yang harus dilakukan disini kami kongsikan tindakan yang perlu dibuat.

 

APA ITU  MUFLIS/BANKRAP

 

Kebankrapan merujuk kepada satu proses di mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap melalui perintah mahkamah atas petisyen pemiutang atau petisyen penghutang sendiri. Segala harta kepunyaan bankrap yang tidak bercagar adalah terletak hak kepada Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) dan KPI bertanggungjawab untuk menghasilkan semua harta tersebut. Hasil jualan harta akan diagihkan kepada pemiutang yang telah memfailkan borang bukti hutang dan bukti hutang tersebut telah diperakukan oleh KPI.

 

Pihak pemiutang boleh memfailkan tindakan kebankrapan sekiranya keberhutangan melebihi RM50,000.00. Namun, dengan pengenalan Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Penyakit Coronovirus (Covid-19) 2019 [Akta 829] yang berkuat kuasa pada 23.10.2020, amaun minimum keberhutangan daripada RM50,000 telah dinaikkan kepada RM100,000. Peruntukan ini hanya berkuat kuasa sehingga 31.8.2021.

 

TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT SEKIRANYA MUFLIS/BANKRAP

 

Setelah mendapat perintah kebankrapan dan sepanjang tempoh kebankrapan, seorang bankrap hendaklah memberi kerjasama penuh dengan KPI dalam pentadbiran kebankrapannya. Bankrap perlu menyediakan maklumat mengenai aset, liabiliti, transaksi atau penyata kewangan, maklumat harta dan perkara lain yang berkaitan. Berikut adalah panduan sekiranya telah jatuh muflis/bankrap:

  1. Lapor ke cawangan MDI terdekat
    1. Pengawai-pengawai MDI ni akan guide anda untuk isi borang Pernyataan Hal Ehwal Bankrap Disamping itu sediakan dokumen penting seperti Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap 6 bulan.
  2. Menyerahkan semua maklumat aset kepada KPI;
    1. MDI akan sita harta yang bernama anda untuk kurangkan hutang anda yang tertunggak. Pengecualian akan diber seperti  alat perdagangan dan pakaian keperluan isteri dan anak-anak (tak lebih dari RM5,000!).
  3. Mengemukakan Penyataan Hal Ehwal Bankrap yang lengkap;
  4. Mengemukakan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan setiap enam (6) bulan;
  5. Menghadiri semua mesyuarat pemiutang;
  6. Membuat sumbangan/bayaran terhadap estet kebankrapan daripada 10% pendapatan peribadi;
  7. Anda dilarang menerima sebarang pemberian wang/kredit sebanyak RM1,000.00 atau lebih daripada mana-mana pihak tanpa memaklumkan pihak tersebut status beliau sebagai seorang bankrap;
  8. Tidak membuat pembayaran secara terus kepada pemiutang
    1. Setiap bayaran hendaklah dibayar kepada MDI untuk dibahagikan anatara pemiutang.
    2. Contohnya, setiap pemiutang harus dibayar RM200. Melalui MDI akan minta anda membayar sebanyak 10% dari pendapatan anda. Sekriannyagaji anda RM2,000, anda hanya bayar kepada MDI dalam RM200 dan pihak MDI akan bahagikan kepada pemiutang.
  9. Memaklumkan kepada KPI atas perubahan nama, alamat, nombor telefon, pendapatan, harta dan maklumat lain yang berkaitan; dan
  10. Memberi maklumbalas atas pertanyaan KPI dalam masa yang ditetapkan.

 

KAEDAH UNTUK DILEPASKAN DARIPADA MUFLIS/BANGKRAP

 

Terdapat 4 kaedah untuk seseorang bankrap dilepaskan daripada kebankrapannya iaitu:

  1. Perintah Pembatalan di bawah seksyen 105 Akta Insolvensi 1967;
    1. Permohonan ini difailkan oleh bankrap ke Mahkamah apabila keseluruhan tuntutan hutang dibayar sepenuhnya oleh bankrap melalui KPI kepada pemiutang-pemiutang yang telah membuktikan hutang dalam kebankrapan berserta fi dan kos pentadbiran kes. Mahkamah akan membatalkan kes kebankrapan apabila mahkamah berpuas hati bahawa hutang bankrap telah diselesaikan sepenuhnya.
  2. Pelepasan Melalui Perintah Mahkamah di bawah seksyen 33 Akta Insolvensi 1967;
    1. Permohonan ini difailkan oleh bankrap pada bila-bila masa ke mahkamah selepas perintah kebankrapan. Mahkamah akan meneliti laporan KPI mengenai sikap dan kelakuan bankrap sepanjang tempoh pentadbiran kebankrapan. Mahkamah juga akan membuat keputusan sama ada untuk memutuskan pelepasan mutlak, pelepasan bersyarat atau pun menolak permohonan pelepasan.
  3. Pelepasan Melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi di bawah seksyen 33A Akta Insolvensi 1967
    1. Bankrap boleh memohon untuk pelepasan melalui Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) jika suatu tempoh 5 tahun telah tamat dari tarikh perintah kebankrapan. Antara faktor yang diberi pertimbangan oleh KPI ialah alasan permohonan, peratusan dividen yang boleh dibayar, kerjasama dan sikap bankrap sepanjang pentadbiran kes dan kepentingan pihak pemiutang.
    2. Namun, KPI boleh melepaskan empat (4) kategori bankrap tanpa bantahan daripada pemiutang di bawah seksyen 33A yang dibaca bersama seksyen 33B(2A). Empat (4) kategori tersebut ialah:
      1. bankrap atas alasan sebagai penjamin sosial;
      2. bankrap didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah Akta Orang Kurang Upaya 2008;
      3. bankrap yang telah meninggal dunia; dan
      4. bankrap yang mengidap penyakit serius yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
  1. Pelepasan Automatik di bawah seksyen 33C Akta Insolvensi 1967.
    1. Melalui pindaan Akta Insolvensi 1967 yang berkuat kuasa pada 6.10.2017, bankrap boleh memohon untuk dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pemfailan Pernyataan Hal Ehwal (PHE) dengan syarat-syarat tertentu.

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN PEMAJU HARTANAH BLACKLIST (Check Pemaju Tanpa Lesen Projek Terbengkalai )

SEMAKAN STATUS NAMA BLACKLIST ONLINE:CHECK SENARAI HITAM

One comment

  1. Persoalan saya, tarikh petisyen bankrap pada 3 Mac 2020 dan tarikh perintah bankrap pada 1 April 2021 dengan nilai hanya RM 70000.00
    Apakah akta 829 dan Jabatan Insolvency masih boleh daftar bankrap atau sebaliknya.please advise

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *