Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP 2024(Terkini)

Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP 2024(Terkini)

Jawatan Kosong Personel MySTEP

 

Inisiatif ‘Malaysia Short-Term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2024 dengan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam bentuk kontrak di sektor awam dan syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC).Dengan sukacitanya diberitahu bahawa mulai tahun 2024, pencari kerja berpeluang memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan di bawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif melalui Portal MYFutureJobs!Berikut adalah maklumat terkini dan butiran lanjut mengenai jawatan kosong Personel Program MySTEP yang diteruskan bagi tahun 2024.

Apakah MySTEP?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan satu inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan kontrak dalam pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), dan Rakan Strategik.

MySTEP diperuntukkan khas bagi warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dari pelbagai latar belakang akademik, bertujuan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberikan pengalaman kerja untuk meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Pada keseluruhannya, pada tahun 2021, MySTEP mencatatkan lebih daripada 64,921 penyertaan, melebihi sasaran asal sebanyak 50,000 penempatan pekerjaan.

 

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

  • Tempoh minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan.
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2024 (bagi sektor awam).

Cara Permohonan MySTEP 2024

Mulai tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan di bawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif melalui Portal MYFutureJobs.

Untuk melihat senarai kekosongan, sila layari https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ dan taipkan ‘MyStep’ dalam ruang kosong.

Anda akan menjumpai pelbagai tawaran jawatan terkini sebagaimana yang dipaparkan di bawah ini.

Selain itu, anda juga boleh membuat tapisan mengikut negeri dan kelayakan berkaitan.

Iklan jawatan kosong personel MyStep ini akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh Portal MyFutureJobs.

Sila daftar dan lengkapkan profil MYFutureJobs anda sekarang untuk mendapatkan kemas kini dan tawaran pekerjaan.

Pautan Pendaftaran

Anda hanya perlu memasukkan alamat e-mel dan nombor kad pengenalan, kemudian tetapkan kata laluan. Setelah log masuk, anda boleh memohon jawatan yang diiklankan.

 

Artikel Lain

MySTEP 2024(Semak Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini)

4 thoughts on “Permohonan Jawatan Kosong Personel MySTEP 2024(Terkini)”

  1. Memandangkan tiada ketetapan umur di dalam garis panduan mystep, mohon pencerahan bagi pegawai pendidikan yang telah berpencen, adakah layak untuk memohon mystep?

    Balas

Leave a Comment