JENDELA COVERAGE CHECK (Semak Telco Celcom Digi)

Utama / JENDELA COVERAGE CHECK / JENDELA COVERAGE CHECK (Semak Telco Celcom Digi)

JENDELA COVERAGE CHECK (Semak Telco Celcom Digi)

 

Untuk pengetahuan anda, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melancarkan peta JENDELA, di mana ia membolehkan anda untuk memeriksa liputan talian syarikat telekomunikasi di sesuatu kawasan.

Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai tempat menerima aduan jika tidak ada perkhidmatan di tempat tersebut dan SKMM akan bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk mempercepatkan permohonan.

Dengan pengenalan Peta Jendela ini, ia memudahkan lagi pengguna dalam mengetahui kawasan liputan – dan tidak perlu lagi risau atau menghabiskan masa lama dalam menyemak liputan di sesuatu kawasan di Malaysia. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak portal khas PETA JENDELA hari ini.

 

APA ITU PETA JENDELA

PETA JENDELA menawarkan antaramuka khas yang membolehkan anda menyemak kawasan melalui paparan peta. Seterusnya, pada bahagian tepi, ia menyertakan informasi berkaitan liputan perkhidmatan jalur lebar tetap, perkhidmatan selular, akses jalur lebar tanpa wayar, dan juga siaran TV percuma.

Peta Jendela telah pun melalui kemaskini, sekaligus turut menawarkan paparan liputan rangkaian 5G ni adalah termasuk 4G dan juga 2G, serta membuang liputan rangkaian 3G.

Untuk liputan 5G, buat masa ini, hanya Yes sahaja yang menyediakan perkhidmatan mereka kepada pengguna awam, dan syarikat telekomunikasi lain dijangka menyusul selepas ini.

 

CIRI UTAMA

ciri utama JENDELA Map ialah orang ramai boleh memeriksa kawasan liputan rangkaian; maklum balas lokasi; menghantar maklum balas bagi meningkatkan perkhidmatan liputan; mendapat maklumat mengenai Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan akses serta meninjau tempat menarik di kawasan liputan.

 

CARA AKSES PETA JENDELA (JENDELA COVERAGE CHECK)

  1. Portal JENDELA hadir dengan beberapa fungsi untuk pengguna seperti menyemak perkhidmatan rangkaian yang tersedia, kekuatan sambungan rangkaian, lokasi WiFi atau internet yang tersedia di sekitar kawasan tersebut dan lain-lain lagi.
  2. Anda perlu masuk ke web https://jendela.my/

 

CARA MENYEMAK LIPUTAN (JENDELA COVERAGE CHECK)

  1. Lihat lapisan liputan
  2. Pilih semak liputan
  3. Pilih lapisan liputan
  4. Klik pada Lapisan liputan

 

CARA MENGHANTAR MAKLUM BALAS

  1. Masukkan lokasi anda
  2. Semak liputan
  3. Tekan Ya ingin menghantar maklum balas
  4. Pilih jenis servis dan pembekal servis
  5. Semak Alamat
  6. Masukkan maklumat perhubungan
  7. Semak maklum balas servis
  8. Hantar maklum balas

 

SOALAN LAZIM

Bagaimanakah saya boleh akses portal ini?

Adakah terdapat aplikasi mudah alih untuk portal yang boleh dimuat turun?

  • Muat turun Aplikasi Mudah Alih JENDELA daripada Google Play Store dan Apple App Store (Akan Datang).

Berapa lamakah masa yang diambil untuk memproses maklum balas saya?

  • Maklum balas anda akan dihantar secara automatik kepada pihak penyedia perkhidmatan untuk diproses.

Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan sekiranya saya menghadapi masalah dalam mengakses Portal atau Aplikasi Mudah Alih JENDELA?

  • Sila e-melkan masalah yang dihadapi bersama butiran lanjut kepada pihak IT Helpdesk MCMC di Tanya AIDA.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS BLACKLIST TELCO (Cara Check & Clearkan Nama)

CARA SEMAK NO TELEFON TELCO MALAYSIA(Check Status Rangkaian)

SEMAKAN BIL TERTUNGGAK TELCO (DIGI/CELCOM/MAXIS/YES 4G/REDONE/UMOBILE/TUNETALK)

 

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *