JKPJ JPA:PERMOHONAN PROGRAM KHAS(PENAJAAN PBU LEPASAN SPM)
Pada 10 Jun 2021, telah diumumkan keputusan SPM 2020 oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin. Semestinya pelajar lepasan SPM 2020 ingin meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi melalui program pengajian yang menarik.
Untuk itu, satu Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) bagi tahun 2021 telah dibuka bagi lepasan SPM 2020. Program ini adalah dibawah tajaan JPA. Menarik bukan?
Di sini, kami kongsikan kepada anda maklumat lanjut dan syarat kelayakan untuk membuat permohonan.
Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tajaan JPA
Program ini merupakan satu program dibawah tajaan JPA. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara yang dinyatakan.
Penajaan program ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU). Walaupun dalam bentuk PBU, anda boleh mengubahnya ke biasiswa JPA jika bekerja dalam Perkhidmatan Awam (sektor kerajaan ) setelah habis belajar kelak.
Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah Kejuruteraan dan Teknikal, Sains dan Teknologi serta Sains Sosial. Seperti yang sedia maklum, empat negara untuk melanjutkan pengajian adalah Jepun, Korea, Perancis dan Jerman! Rebut peluang anda!
Nak MUAT TURUN SLIP PENUH SPM 2020?
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JKPJ JPA 2021
- Mesti mempunyai kewarganegaraan Malaysia.
- Kesihatan yang baik.
- Permohonan hanya dibuka untuk calon-calon lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 buat kali pertama.
- Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
- Tidak menerima mana-mana bantuan tajaan daripada pihak lain diperingkat pengajian yang sama.
- Memenuhi syarat minimun pencapaian akademik diperingkat SPM mengikut bidang dan negara pengajian.
- Ibubapa/Penjaga tidak disenarai hitam oleh JPA atas sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
SYARAT KHUSUS
Maklumat lanjut mengenai syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan perlu dirujuk melalui Laman Rasmi Pembangunan Modal Insan JPA :
TARIKH PEMOHONAN JKPK JPA 2021
Pemohonan mula dibuka pada 10 hingga 23 Jun 2021. Pastikan anda membuat reminder untuk tidak terlepas tarikh permohonan.
CARA PERMOHONAN JKPJ JPA 2021
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian melalui Laman Rasmi Pembangunan Modal Insan JPA :
SEMAKAN STATUS KELULUSAN JKPJ JPA 2021
Calon boleh membuat semakan panggilan ke program SAC mulai 1 Julai 2021 secara dalam talian iaitu https://esilav2.jpa.gov.my/ dan calon perlu menghadiri Pusat SAC sebagaimana yang dinyatakan dalam surat panggilan.
Apakah Pusat SAC?
Student Assessment Centre (SAC) merupakan kaedah pemilihan pelajar bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Penilaian SAC ini adalah untuk melihat keadaan fizikal, penampilan, kesesuaian, kerjasama, ketahanan, kematangan, daya kreativiti, komunikasi, kepimpinan dan minat calon dalam bidang pengajian dan Perkhidmatan Awam.
MAKLUMAT LANJUT MENGENAI PROGRAM KHAS JKPJ 2021
Sepanjang tempoh permohonan, terdapat sesi soal jawab secara langsung bagi menjawab sebarang persoalan.
Tarikh : 11 hingga 23 Jun 2021
(kecuali Sabtu, Ahad & cuti umum)
Masa : 10.00 – 11.00 pagi (sesi pertama) dan 2.30 – 3.30 petang (sesi kedua)
Pautan google meet :
https://meet.google.com/axz-ojpu-fwe
TARIKH – TARIKH PENTING PERMOHONAN JKPJ JPA 2021
| AKTIVITI | TARIKH / HARI |
| Permohonan dibuka | 10 Jun 2021 (Khamis) |
| Permohonan ditutup | 23 Jun 2021 (Rabu) |
| Semakan Panggilan SAC | 1 Julai 2021 (Khamis) |
| Tempoh SAC | 5 – 9 Julai 2021 |
| Jangkaan Keputusan | 30 Julai 2021 (Jumaat) |
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut boleh emailkan ke [email protected] (email ini hanya akan aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 hingga 23 Jun 2021). Selamat maju jaya kepada semua lepasan SPM 2020!
1 thought on “JKPJ JPA:PERMOHONAN PROGRAM KHAS(PENAJAAN PBU LEPASAN SPM)”