JOM MASUK TENTERA (Permohonan Pengambilan Pegawai ATM 2022)
Kepada individu lepasan Ijazah yang berminat dan ingin berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), permohonan kini mulai dibuka.
Bagaimana cara membuat permohonan Pegawai ATM? Disini kami kongsikan cara membuat permohonan menggunakan Portal Jom Masuk Tentera (JMT), semoga membantu.
APAKAH PORTAL JOM MASUK TENTERA (JMT)?
Portal Jom MasukTentera (JMT) membuka peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya calon lepasan Ijazah Sarjana Muda menyertai Perkhidmatan ATM. Melalui portal ini juga boleh menyemak keputusan permohonan melalui atas talian sahaja.
SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI ATM
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan Pegawai ATM seperti dalam iklan di bawah disertakan.
TARIKH PERMOHONAN
Permohonan dibuka mulai sekarang sehingga 30 April 2022.
CARA PERMOHONAN PEGAWAI ATM
Untuk membuat permohonan Pegawai Atm adalah seperti berikut:
- Layati pautan JMT: https://jmt.mod.gov.my/#
- Pada paparan utama klik pada Pegawai Kadet Graduan
- Kepada pengguna baru klik pada Daftar Akaun, untuk panduan Daftar boleh rujuk DI SINI
- Seterusnya anda boleh Log Masuk akaun anda
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- Untuk panduan membuat permohonan anda boleh rujuk DI SINI
SEMAKAN PERMOHONAN PEGAWAI ATM
Berikut adalah merupakan cara membuat semakan status permohonan:
- Layari pautan JMT: https://jmt.mod.gov.my/#
- Log Masuk menggunakan ID dan kata laluan anda
- Keputusan status permohonan anda akan dipaparkan
- Untuk panduan lengkap cara semakan anda boleh rujuk DI SINI
NOTA:
- Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Port Dickson, Negeri Sembilan, Kapal Diraja Sultan Idris 1 (KDSI 1), Lumut, Perak dan Sekolah Latihan Pegawai – Akademi Tentera Udara (SLP-ATU), Alor Setar, Kedah.
- Sila semak tarikh kehadiran pemilihan akhir dan hadir ke lokasi mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Pastikan anda bawa bersama dokumen yang berkaitan semasa hadir.
- Sila muat naik surat kelulusan dan cetak.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai Jom Masuk Tentera,anda boleh merujuk:
- Facebook Tentera Darat Malaysia : https://www.facebook.com/TenteraDaratMY
- Hubungi: 03-2071 2197
- Portal Jom Masuk Tentera di pautan https://jmt.mod.gov.my/
ARTIKEL LAIN
PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT SIRI 195 / 2022 (PERMOHONAN ONLINE)
E-PENGAMBILAN TUDM 2022:CARA DAFTAR LOGIN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
tuan saya minta kerja tentera itu cita-cita saya tuan
Saya berminat tapi sijil saya gagal mcm mne boleh tk nk sangat ii nih