JUAL BAHAN KITAR SEMULA (Semakan Senarai Tempat Pembelian Barangan Terpakai)

Utama / BAHAN KITAR SEMULA / JUAL BAHAN KITAR SEMULA (Semakan Senarai Tempat Pembelian Barangan Terpakai)

JUAL BAHAN KITAR SEMULA (Semakan Senarai Tempat Pembelian Barangan Terpakai)

 

Sekiranya anda berada di sekitar Putrajaya Dan Cyberjaya dan anda ingin menjual barangan milik anda  yang boleh dikitar semula, anda boleh menyemak senarai tempat pembelian yang disediakan.

Bagaimana ingin mengetahui senarai tempat yang boleh dijual bahan kitar semula? Disini kami kongsikan lokasi pembelian bahan kitar semula beserta kadar harga, semoga membantu


KENAPA PERLU JUAL BAHAN KITAR SEMULA  

Ini kerana sekiranya anda memiliki barangan yang boleh kita semula, daripada anda buang lebih baik anda jual di tempat-tempat yang disediakan untuk mendapatkan hasil.

Sebenarnya mungkin kita tak perasan sebenarnya banyak sahaja sampah yang berada di rumah kita sebenarnya boleh ditukarkan kepada wang ringgit melalui jualan barang kitar semula. Jadi daripada anda buang di tong sampah, apa kata anda kumpul dan pergi jual.

Tetapi di pusat kitar semula yang menerima barangan tersebut, anda hendaklahmengikut kemahuan pusat tersebut berlandaskan barangan yang boleh dikitar semula. Sebagai contoh, keras, surat khabar, kotak, tin, besi, plastik, minyak masak terpakai pun boleh dijual dan dikitar semula.

 

SEMAK TEMPAT JUAL BAHAN KITAR SEMULA

Berikut adalah merupakan lokasi dan waktu operasi pusat Buy Back Centre (BBC) yang dikendalikan oleh Alamflora:

LOKASI HARI MASA
Persint 9Isnin – Ahad8.30 am – 5.30 pm
Persint 8Sabtu & Ahad8.30 am – 5.30 pm
Persint 16Sabtu8.30 am – 5.30 pm
Persint 14Ahad8.30 am – 5.30 pm
Persint 11 & 18Ahad8.30 am – 5.30 pm
Jalan Bunus 6Isnin, Rabu & Ahad11.00 am – 4.00 pm
CyberjayaIsnin, Rabu & Ahad9.30 am – 4.30 pm

 

 HARGA BAHAN KITAR SEMULA

Antara bahan kitar semula yang diterima seperti surat khabar, kotak, majalah, tin, besi, tin aluminium, plastik, minyak masak terpakai, bateri dan beberapa lagi. Untuk harga bagi setiap jenis bahan boleh rujuk dibawah:

JENIS BAHANHARGA (RM/KG)
Surat Khabar0.35
Hitam Putih0.40
Kotak0.26
Majalah0.28
Kertas Campur0.18
Tetrapak0.25
Tin / besi0.44
Tin Aluminium0.50
Plastik0.40
Minyak Masak Terpakai1.10
Bateri Kereta1.00
Lain-Lain0.20

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai tempat jual bahan kita semula, anda boleh layari pautan dhes buy back centre http://www.dhes.com.my/buy-back-center.html

 

ARTIKEL LAIN

CARA SEMAK PARAS AIR SUNGAI ONLINE (Check  di publicinfobanjir.water.gov.my)

 

8 Comments

  1. saya nak tanya botol ubat batuk warna hitam mmg tak boleh jual k???contoh ubat uphadyl..saya tanya kedai kitat semula dia cuma ckap x boleh jual je..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *