CARA JUAL PRODUK DIGITAL DI SHOPEE(Ebook/Audiobook/Online Courses/Potret/Lukisan/Baucer)

Utama / PRODUK DIGITAL SHOPEE / CARA JUAL PRODUK DIGITAL DI SHOPEE(Ebook/Audiobook/Online Courses/Potret/Lukisan/Baucer)

 CARA JUAL PRODUK DIGITAL DI SHOPEE(Ebook/Audiobook/Online Courses/Potret/Lukisan/Baucer)

Jika anda ingin menjual produk digital di Shopee,macam mana korang nak print Airway Bill (AWB) yang dilakukan secara automatik dan hantar barang ke J&T, Pos Laju dan sebagainya,sedangkan anda menjual produk digital.

Anda ingin menjual lukisan digital anda yang hanya sekadar penghantaran menggunakan emel sahaja dengan format gambar dan sebagainya. Sebenarnya ada cara Shopee sediakan untuk seller iaitu menerusi saluran Penghantaran Non-Shopee Supported Logistics Shipping (Non-SSL).

Kaedah ini jika anda mempunyai pembekal perkhidmatan logistik sendiri atau tidak membuat sebarang delivery. Ini kerana anda tidak akan mencetak AWB dari Seller Centre.

Disebabkan itu, pengiraan penghantaran perlu dimasukkan secara manual ke dalam sistem jika anda ingin kenakan caj tambahan terhadap lukisan anda tersebut. Jika tidak, biarkan sahaja kosong.

Baca juga CARA BELI BARANG SHOPEE

 

CARA PERMOHONAN DAFTAR SALURAN NON-SHOPEE SUPPORTED LOGISTICS SHIPPING (NON-SSL)

Pertama sekali, anda perlu membuat permohonan Non-SSl melalui borang DISINI.

Jika sudah diluluskan, barulah anda boleh pilih pada saluran Non-SSL pada ‘More shiping Options’ ketika buat produk placement di dalam Shopee.

Anda boleh pilih untuk on kan Others (West Malaysia) dan Others (East Malaysia).

 

 

SIAPAKAH YANG LAYAK GUNA NON-SSL(SHIPPING OTHERS)?

 

Sebaiknya anda menggunakan saluran Non-SSL apabila :

 

  • Anda ingin post atau hantar dengan penghantaran sendiri.
  • Anda menggunakan penghantaran lain (selain J&T, Pos Laju, DHL…) kerana anda menjual barang besar, barang segar, barang mudah rosak atau jenis produk yang tidak menyokong SSL Shopee.
  • Anda menjual produk digital seperti lukisan, potret, kaligrafi, tiket, baucer yang tidak perlukan penghantaran. Hanya sekadar email sahaja.

 

SOALAN LAZIM

Apakah contoh produk digital yang boleh dijual di Shopee?

Contohnya ebook,audiobook, online courses

Bagaimanakah cara nak dapatkan produk digital?

Anda boleh beli di FIVERR atau UPWORK.Anda juga boleh buat sendiri produk digital.

Bagaimanakah cara jual produk digital di Shopee?

  1. Klik ADD NEW PRODUCT
  2. Masukan NAME PRODUCT
  3. Pilih CATEGORIES PRODUCT
  4. Klik NEXT
  5. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan
  6. Paling PENTING,anda perlu tutup SHIPPING FEE (Hanya ON Shipping Fee Included)
  7. Klik SAVE & PUBLISH

Ketahui CARA GUNA & DAPAT SHOPEE COINS

 

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *