CARA DAFTAR KAD MESRA PETRONAS ONLINE & SMS (Check & Tebus Mata Ganjaran)

Utama / KAD MESRA PETRONAS / CARA DAFTAR KAD MESRA PETRONAS ONLINE & SMS (Check & Tebus Mata Ganjaran)

CARA DAFTAR KAD MESRA PETRONAS ONLINE & SMS  (Check & Tebus Mata Ganjaran)

Sebagai pengguna Petronas, semesti anda mempunyai KadMesra yang boleh didapati secara percuma. Tetapi untuk membolehkan penggunaannya anda seharusnya daftar terlebih dahulu. Bagimana cara untuk daftar Kad Mesra  Disini kami kongsikan cara untuk daftar secara online dan juga SMS, semoga membantu.

 

APA ITU KAD MESRA PETRONAS

Satu program kesetiaan atau loyalty program seperti Bonuslink yang dibuat khas untuk pengguna Petronas.

 

CARA GUNA KAD MESRA PETORNAS UNTUK DAPATKAN MATA GANJARAN

Untuk pengetahuan anda, setiap kali anda membuat pembelian di stesen minyak Petronas, sama ada mengisi  minyak mahupun membeli barang-barang dalam stesen, anda akan diberi pulangan point dalam bentuk mata ganjaran.

Mata ganjaran ini boleh digunakan dengan menebusnya semula untuk membeli petrol  ataupun barang-barang lain yang dijual dalam Petronas.

 

KELEBIHAN MENGGUNAKAN KAD MESRA PETRONAS

Berikut adalah merupakan kelebihan yang anda perolehi sekiranya menggunakan kad mesra potronas:

  1. Anda memperolehi mata ganjaran setiap kali pembelian
  2. Anda bolehmengisi minya percuma dengan menebus mata ganjaran tersebut
  3. Anda akan mendapat 3 mata ganjaran untuk setiap RM1 untuk pembelian minyak (contoh RM10 = 30 mata ganjaran)
  4. Sekiranya anda membeli dalam kedai stesen petronas, anda mendapat 1 mata ganajran setiap RM1 yang dibelanjakan
  5. Kad mesra anda tidak perlu diperbaharui setiap tahun.
  6. Mata ganjaran yang dikumpul boleh ditebus dengan mudah.
  7. Kad Mesra yang hilang atau rosak boleh dapatkan yang abru secara percuma.

 

CARA DAFTAR KAD MESRA PETRONAS ONLINE

Untuk mendaftar kad mesra anda secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MyMesra: https://www.mymesra.com.my/bm/mesra-visa-kasih-bonanza
  2. Klik pada Log Masuk Mesra kemudia klik pada Register
  3. Masukkan No Telefon anda kemudian tekan Continue
  4. Isikan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Mesra Card Number – masukkan Nombor yang tertera pada kad mesra anda
    • Full Name – nama penuh anda.
    • Identyty Type – pilih jenis pengenalan anda
    • No (New) – masukkan no kad pengenalan anda
    • Mobile Phone Number – nombor telefon anda yang aktif.
    • Email Address – email anda uang sah.
    • Password – ciptakan kata lalauan anda
    • Re-Type Password – masukkan Kata laluan anda sekali lagi
  5. Setelah lengkap semuanya, tekan Submit
  6. Anda akan terima email pengesahan, klik pada link yang diberi untuk pengaktifan Kad Mesra anda
  7. Pendaftaran anda Berjaya, selesai

 

CARA DAFTAR KAD MESRA PETRONAS GUNA SMS

 Untuk daftar kad mesra anda secara SMS, ikuti seperti berikut:

  1. Taip: KADMESRA <jarak> 17 digit no kad <jarak> No kad Pengenalan anda <jarak> Nama anda
  2. Hantar ke 36732
  3. Contoh: KADMESRA 12345678912345678 123456781234 AHMAD DAUD dan hantar ke 36732

 

CARA CHECK MATA GANJARAN KAD MESRA PETRONAS

Untuk membuat semakan mata ganajaran Kad Mesra anda, berikut adlaah caranya:

  1. Layari pautan MyMesra: https://www.mymesra.com.my/bm/mesra-visa-kasih-bonanza
  2. Log masuk akaun anda
  3. klik pada bahagian points
  4. mata ganjaran anda akan terpapar

 

CARA TEBUS MATA GANJARAN KAD MESRA PETRONAS

Sekiranya anda ingin tebus mata ganjaran Kad Mesra anda, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke stesen minyak Pertonas berhampiran anda
  2. Tunjuk je kad Mesra pada cashier stesen Petronas
  3. Maklumkan bahawa anda nak tebus mata ganjaran.
  4. Casher tersebut akan check jumlah mata ganjaran yang ada.
  5. Kemudian anda boleh membuat penebusan mengikut jumlah mata ganjaran anda

 

MASALAH PENDAFTARAN KAD MESRA PETRONAS

Sekiranya anda hadapai masalah untuk daftar kad  anda, anda boleh menghubungi Petronas Mesralink di talian 1300-88-8181 untuk sebarang bantuan.

 

CARA GUNA NOMBOR TELEFON DI PAM MINYAK (Kumpul Mata Mesra Petronas)

Kepada pengguna setia PETRONAS, anda kini boleh mengumpul ganjaran Mesra semasa isi minyak dengan lebih mudah tanpa kad fizikal Mesra. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pergi ke stesen minyak Pertonas berhampiran anda
  2. Semasa di skrin mesin Pump minyak, anda hanya boleh masukkan saja nombor telefon (yang didaftarkan pada kad mesra) untuk mendapatkan ganjaran Mesra dan tidak perlu lagi cucuk kad fizikal Mesra.

Nota: Jika anda menggunakan Setel, lebih mudah kerana perbelanjaan dan ganjaran anda akan dikira secara automatik apabila anda sudah pautkan kad Mesra dengan akaun Setel.

 

PERKHIDMATAN TERSEDIA SETEL

Pada masa kini terdapat banyak perkhidmatan yang tersedia emlalui aplikasi Setel antaranya:

  • Pembaharuan cukai jalan
  • Bantuan kecemasan jika kereta rosak di tengah jalan
  • Gantian bateri
  • Gantian tayar
  • Bayaran parkir

 

ARTIKEL LAIN

12 Comments

  1. saya Mahadi daud no kad mesra 70838155 9766
    bagai mana cara saya dapat ganti balik .hilang sudah satu bulan, tk

    • sama ngan saya….baru nak tebus hari ini…cashier kata point ada tapi ada masalah teknikal..apa lah petronas ni…bikin malu jer

  2. Saya nak diadakan Petronas keluarkan banyak lagi kad Mesra. Sudah ada di Shell,Caltex,BP petrol dan banyak lagi. Industri minyak mereka maju kerana ada mata ganjaran. Oleh itu saya syorkan pihak Petronas edarkan dan keluarkan lagi kad Mesra.Penting bagi ekonomi yang mencabar ini.Malah Petronas adalah pereka sistem ganjaran yang paling berjaya pada mulanya diperkenalkan didunia.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *