Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor(Semak & Check Status)

Utama / Kad Peduli Sihat Selangor / Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor(Semak & Check Status)

Permohonan Kad Peduli Sihat Selangor(Semak & Check Status)

Kad Peduli Sihat Selangor merupakan kad keahlian kepada penduduk Selangor yang untuk mendapatkan bantuan kesihatan di bawah tanggungan kerajaan negeri Selangor.

 

Pemegang Kad Peduli Sihat Selangor serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun layak menerima rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang mengikut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Kad Peduli Sihat Selangor ini.

 

Kategori Penerima

Kad bantuan ini mempunyai dua (2) kategori penerima:

 

Kategori A

  • Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun)
  • Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah sebulan

Kelebihan

Mendapat isi kad bernilai RM500.00 setahun

Had gunaan sehingga RM50 setiap kali rawatan

Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan

Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan untuk satu keluarga di atas nama pemegang akaun utama

Kategori B

  • Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
  • Pendapatan individu RM1,500.00 ke bawah sebulan

Kelebihan

Mendapat isi kad bernilai RM200.00 setahun

Had gunaan RM50 setiap kali rawatan

Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan

Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan kepada seorang individu di atas nama pemegang akaun

 

Syarat Kelayakan

Warganegara Malaysia

Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun

Pendapatan seisi rumah RM3000 dan ke bawah bagi pemohon Kategori A (Keluarga)

Pendapatan individu RM1500 dan ke bawah bagi pemohon Kategori B (Individu)

Cara Memohon

Pendaftaran Skim Peduli Sihat boleh dibuat melalui 2 cara :

 

  1. Secara Manual

Pendaftaran secara manual boleh dibuat melalui Pejabat Dewan Negeri Selangor atau Penyelaras Dewan Negeri Selangor.

 

  1. Secara Atas Talian

Layari https://pedulisihat.com/pendaftaran.html untuk langkah pendaftaran.

 

Dokumen Tambahan

Berdaftar sebagai pemohon BSH atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pangkalan data eKasih.

Bukti penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)

Lokasi Klinik Terpilih

Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

 

Senarai penuh klinik panel boleh dirujuk di pautan berikut : https://secure.pedulisihat.com/site/providerLocator

 

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut tentang skim ini boleh diajukan ke talian 03 – 5525 6600 atau e-mel : [email protected].

Artikel Lain

SKIM PEDULI JANTUNG SELANGOR(Permohonan Rawatan Sehingga RM50000)

4 Comments

  1. Saya diberi tahu oleh klink, duit dalam Kad Peduli Sihat Selangor dah habis. Macham mana saya cek Dan minta tambahan. TK.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *