KAD PERAKUAN NIKAH SELANGOR (JAIS):Cara Permohonan Baru / Gantian

Utama / KAD PERAKUAN NIKAH SELANGOR / KAD PERAKUAN NIKAH SELANGOR (JAIS):Cara Permohonan Baru / Gantian

KAD PERAKUAN NIKAH SELANGOR (JAIS):Cara Permohonan Baru / Gantian

Kepada pasangan yang bernikah di negeri Selangor ATAU perkahwinan yang didaftarkan di negeri Selangor anda boleh memohon Kad Perakuan Nikah sebagai bukti perkahwinan untuk dibawa ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

Bagaimana cara untuk membuat permohonan baru atau gantian kad perakuan nikah? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU KAD PERAKUAN NIKAH

Kad Perakuan nikah merupakan dokumen perkahwinan yang bersaiz kecil seperti kad pengenalan. Kad nikah ini lebih memudahkan pasangan yang bernikah di negeri Selangor ATAU perkahwinan yang didaftarkan di negeri Selangor untuk membawanya bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

 

SYARAT PERMOHONAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR

Berikut adalah merupakan syarat-syarat permohonan:

  • Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah di Negeri Selangor sahaja ATAU perkahwinannya telah didaftar di negeri Selangor.
  • Pasangan mestilah sudah menerima Surat Perakuan Nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. Satu salinan Surat Perakuan Nikah (suami ATAU isteri)
  2. Gambar berukuran passport:
    1. Suami (1 keping, pakaian bersesuaian)
    2. Isteri (1 keping, pakaian menutup aurat & bertudung litup)

 

KADAR BAYARAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR

Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang dikenakan:

  • RM40.00 untuk 2 keping kad(suami dan isteri)
  • Bayaran tunai dijelaskan di kaunter semasa permohonan dibuat

 

NOTA: Pemohon boleh mengambil Kad Perakuan Nikah Pintar di Kaunter OSC selepas 10 hari waktu bekerja (tidak termasuk cuti am) dengan membawa resit pembayaran.

 

CARA PERMOHONAN KAD PERAKUAN NIKAH PINTAR

Kad Perakuan Nikah Pintar boleh dimohon di:

  1. Pemohon/wakil perlu hadir ke kaunter:
    • One Stop Centre (OSC), Aras Bawah (G), Menara Selatan, Jabatan Agama Islam Selangor, Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid Bukit SUK, 40676 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
  2. Waktu Operasi Kaunter
    • Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum) : 8.00 pagi – 4.30 petang
  3. Pastikan anda membuat temujanji dahulu di pautan:

Panduan Temujanji:

  • Tuan/puan hendaklah hadir mengikut tarikh dan masa yang dipilih. Sila hadir 10 minit lebih awal.
  • Kebenaran masuk ke pejabat bagi tujuan pengambilan kad hanya kepada mereka yang telah mempunyai temujanji sahaja.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan mengenai kad perakuan nikah Selangor, anda boleh:

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN HARGA MAS KAHWIN (Harga Mahar Mengikut Negeri)

JPN ESERVICES(PERMOHONAN CABUTAN/SALINAN SIJIL KELAHIRAN,KAD PENGENALAN KANAK-KANAK 12 TAHUN & PERKAHWINAN TANPA LESEN ONLINE)

SEMAKAN STATUS PERKAHWINAN GUNA IC (CHECK BUJANG KE BERKAHWIN)

3 Comments

  1. Assalamualaikum,
    Saya Said Bin Ahmad cuba untuk mendaftarkan untuk mendapatkan kad pintar nikah. Malangnya portal sudah tidak menerimanya.Mohon bantuan cara bagaimana untuk saya ingin dapatkan kad tersebut

  2. assalamualikum boleh saya tanya,berapa lama kad kahwin boleh siap iyaa??sebab sekali pergi pejabat agama bangi kata orang yang buat kad belum hantar??

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *