KAD KESIHATAN WARGA EMAS NEGERI PAHANG (Cara Daftar & Permohonan)

Utama / KAD KESIHATAN WARGA EMAS NEGERI PAHANG / KAD KESIHATAN WARGA EMAS NEGERI PAHANG (Cara Daftar & Permohonan)

KAD KESIHATAN WARGA EMAS NEGERI PAHANG (Cara Daftar & Permohonan)

 

Kepada warga emas di negeri pahang, Kerajaan negeri Pahang telah memperkenalkan Kad Kesihatan Warga Emas sebagai tanda komitmen kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan asas rakyat daripada segenap usia yang menjadi antara asas Belanjawan Pahang 2022 yang dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri.

 

APA ITU KAD KESIHATAN WARGA EMAS

Kad Kesihatan warga emas ini diberikan kepada golongan yang bersasar di negeri Pahang bagi membolehkan mendapatkan rawatan prosedur am atau urusan perubatan di 50 klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel. Ini memberikan mereka alternatif dalam mendapatkan rawatan selain daripada fasiliti kesihatan kerajaan,

 

KADAR KAD KESIHATAN WARGA EMAS 

Pelaksanaan kad kesihatan warga emas itu yang bernilai RM500 bagi setiap penerima

 

PERMOHONAN KAD KESIHATAN WARGA EMAS PAHANG

Tiada permohonan yang diperlukan kerana pemberian kad kesihatan ini adalah kepada golongan warga emas yang bersasar iaitu penerima bantuan orang tuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga embabitkan warga emas yang dikenal pasti oleh pejabat daerah sebagai mereka yang memerlukan bantuan berkenaan.

 

TEMPOH PEMBERIAN  KAD KESIHATAN WARGA EMAS

Tempoh pemberian kad kesihatan ini melibatkan dua peringkat iaitu:

  1. Fasa pertama membabitkan 9,009 penerima Bantuan Orang Tua Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang bermula 18 Januari 2022
  2. Fasa kedua bermula Mac ini, membabitkan warga emas yang dikenal pasti oleh pejabat daerah sebagai mereka yang memerlukan bantuan berkenaan.

 

PANEL SWASTA KAD KESIHATAN WARGA EMAS

Sebanyak 50 klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel sehingga kini. Kemungkinan juga jumlah klinik swasta terbabit akan ditambah sekiranya ia bergantung kepada permintaan dan penambahbaikan berdasarkan situasi semasa. Ini bertujuan bagi memberikan keutamaan adalah memastikan keselesaan dan kebajikan warga emas yang menerima manfaat itu.

 

SASARAN PENERIMA KAD KESIHATAN WARGA EMAS

Sehinga kini berdasarkan data penerima fasa satu adalah seperti berikut:

  • Daerah Kuantan seramai 1,829
  • Daerah Temerloh seramai 1,408 orang
  • Daerah Pekan seramai 1,347 orang
    Daerah Lipis seramai 996 orang
  • Daerah Bentong seramai 762 orang.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai kad kesihatan warga emas Pahang, anda boleh layari portal rasmi Kerajaan Negeri Pahang di pautan https://www.pahang.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN PROGRAM ANAK KEBANGGAAN PAHANG & KAD PELAJAR KEBANGGAAN PAHANG

RUMAH MAMPU MILIK PAHANG:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/Prima/Makmur (eperumahan.pahang.gov.my)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *