SEMAK KADAR NISAB TERKINI SETIAP NEGERI (Duit Simpanan Emas Perak)

Utama / KADAR NISAB / SEMAK KADAR NISAB TERKINI SETIAP NEGERI (Duit Simpanan Emas Perak)

SEMAK KADAR NISAB TERKINI SETIAP NEGERI (Duit Simpanan Emas Perak)

Sekiranya anda ingin membayar zakat, semestinya anda ingin mengetahui kadar nisab bagi negeri yang anda diami. Disini kami akan kongsikan kadar nisab bagi setiap negeri, semoga membantu.

 

APA ITU NISAB

Zakat hanya perlu dikeluarkan apabila cukup Nisab. Nisab ialah jumlah atau kadar minimum sesuatu harta yang kita ada untuk diwajibkan mengeluarkan zakat ke atas harta tu. Nisab adalah sandaran kepada harga 85gram emas pada tahun tersebut. Nisab akan diumumkan oleh institusi zakat negeri pada setiap awal tahun.Nisab pada tahun ini ialah RM 12,335.Maksudnya, lebih banyak kita ada maka lebih banyaklah zakat dapat dikeluarkan dan membantu golongan asnaf.

 

SEMAK KADAR NISAB 2022

Berikut adalah merupakan kadar yang telah ditetapkan bagi setiap negeri:

PECAHAN KADAR NISAB HARTA BAGI NEGERI DI MALAYSIA
NEGERIKADAR NISAB (RM)
Johor20,614.20
Kedah20,402.25
Kelantan20,520.00
Melaka20,361.59
Negeri Sembilan20,970.96
Pahang20,312.26
Pulau Pinang20,370.00
Perak20,614.20
Perlis20,614.20
Selangor19,973.00
Terangganu20,331.05
Sabah20,600.00
Sarawah20,137.07
Wilayah Persekutuan20,361.00

 

SITUASI PENGIRAAN WAJIB ZAKAT

Berikut adalah merupakan situasi simpanan untuk kadar bayaran zakat:

  • Simpanan dalam Tabung Haji : RM15,332
  • Simpanan dalam ASB : RM 10,000
  • Simpanan dalam Maybank :RM5,000
  • Simpanan dalam KWSP: RM100,000

Soalan:

  1. Berapakah jumlah simpanan yang perlu dibayar zakat dalam situasi di atas?
    • RM15,000.
  2. Kenapa bukan RM135,332(jumlah keseluruhan)?
    • Duit simpanan dalam KWSP tidak wajib zakat kerana belum memiliki pemilikan secara sempurna jumlah tersebut. Sekiranya duit simpanan dalam KWSP sudah diberi hak sepenuhnya untuk pengeluaran sama ada jumlahnya semua sekali atau sebahagiannya maka perlu dikira zakatnya.
    • Simpanan di tabung haji sudah dibayar zakatnya oleh Lembaga Tabung Haji.
    • Simpanan yang belum dibayar zakat oleh pihak bank maka kita perlu mengeluarkan 1/40 daripada jumlah simpanan yang telah cukup nisab(kadar) dan haul (setahun tahun Hijri)
  3. Apakah kesilapan yang sering berlaku?
    • Tidak bayar zakat dalam simpanan selain Tabung Haji dengan alasan tidak cukup nisab. Sedangkan jika ditambah jumlah simpanan dalam tabung haji dan dalam bank yang lain sudah melebihi nisab yang ditetapkan oleh Ulil Amri (pihak berkuasa).

 

SOALAN LAZIM

Adakah wajib seseorang membayar zakat.

  • Ya

Berapakah jumlah minimum (nisab) yang wajib dikeluarkan zakat apabila sudah cukup haulnya?

  • Berbeza mengikut negeri. Sila rujuk majlis agama Islam negeri yang menguruskan zakat jumlah dan kadarnya. Secara asasnya ia adalah dengan nilai harga semasa 85gram emas.

Bagaimana cara penggiraan?

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN HARGA EMAS 999 916 TERKINI (Check Harga Hari Ini)

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *