CARA KELUARKAN DUIT DARI LAZADA eWALLET (Withdraw Ke Akaun Bank )

Utama / LAZADA eWALLET / CARA KELUARKAN DUIT DARI LAZADA eWALLET (Withdraw Ke Akaun Bank )

CARA KELUARKAN DUIT DARI LAZADA eWALLET (Withdraw Ke Akaun Bank )

Lazada merupakan salah satu platform pembelian yang terkenal dan sering digunakan untuk membeli pelbagai barangan.Lazada kini mula memperkenalkan Lazada Wallet sebagai alternatif untuk pembayaran untuk anda melakukan pembelian di Lazada.

 

Tetapi bagaimana sekiranya duit refund pembelian anda ke dalam lazada wallet dan ingin dikeluarkan ke akaun bank? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu

 

APA ITU LAZADA WALLET

 

Lazada Wallet adalah kaedah pembayaran digital yang digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan di Lazada melalui transaksi  elektronik dan ia merupakan dompet elektronik bagi menyimpan wang secara dalam talian

 

 

MUAT TURUN APLIKASI LAZADA

 

Sekiranya anda belum mempunyai aplikasi Lazada, anda boleh memuat turun(download) aplikasi lazada di sini:

 

CARA KELUARKAN DUIT DARI LAZADA eWALLET

 

Nota penting: anda hanya boleh keluarkan duit yang telah di REFUND / dipulangkan semula sahaja. Deposit, Top Up atau rebate dalam eWallet tak dapat dikeluarkan.

Berikut adalah merupakan cara withdraw duit dari eWallet lazada yang DIREFUND:

  1. Buka aplikasi Lazada atau layari website di pautan lazada.com.my
  2. Log masuk akaun Lazada anda
  3. Pada paparan utama, klik pada menu Account.
  4. Scroll ke bawah dan klik pada bahagian Lazada Wallet
  5. Akan tepapar jumlah yang ada dalam akaun lazada wallet anda..klik pada Top Up
  6. Seterusnya klik pada Available Blance dan klik pada Withdraw
  7. Klik pada jumlah duit yang tertera untuk masuk ke bahagian pengeluaran.
  8. Untuk keluarkan, teruskan untuk sentuh pada butang ‘Withdraw‘.
  9. Seterusnya masukkan butir-butir akaun bank. Lengkapkan maklumat akaun bank anda, nama bank, no akaun dan sebagainya. (Sebaiknya guna bank yang tersenarai dalam Lazada sahaja)
  10. Setelah lengkap semuanya klik pada ‘WITHDRAW‘.
  11. Untuk proses verifikasi terdapat 2 kaedah untuk terima kod iaitu:
    1. Email – yang telah daftar dengan Lazada
    2. Telefon – yang telah daftar dengan Lazada
  12. Pilih salah satu, klik Send Code.
  13. Masukkan Kod yang anda terima dan klik pada Verify Code.
  14. Tunggu sehingga duit masuk ke dalam akaun anda dalam jangka masa 5-15 hari bekerja.

SOALAN LAZIM

 

Bagaimana saya membayar dengan lazada Wallet?

Klik pada ‘Lazada Wallet’ dan kemudian pada butang ‘Bayar Sekarang’. Sekiranya dana anda tidak mencukupi di Lazada Wallet anda, anda akan dapat menambah dan membuat pembayaran. Klik “Lazada Wallet” dan kemudian pada butang ‘TopUp and Pay’.

 

Bolehkah saya mengeluarkan wang saya dari Lazada Wallet?

Setelah anda membuat pembayaran di Lazada Wallet anda, harap diingatkan bahawa anda tidak boleh mengeluarkan jumlahnya lagi. Anda hanya boleh mengeluarkan jumlah penuh dari kupon bayaran balik / baucar bayaran balik. Pengeluaran sebahagian tidak disokong buat masa ini.

 

Apakah kelebihan sekiranya saya menggunakan Lazada Wallet?

Dengan menggunakan Lazada Wallet anda untuk semua pembelian, anda dapat memperoleh ganjaran khas yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk diskaun, baucar, kod promo, dll. Aktifkan Dompet anda untuk mengakses Pinjaman Lazada. Anda boleh membeli sekarang, bayar kemudian dalam talian terima kasih kepada pelbagai penyedia pinjaman mudah alih yang bekerjasama dengan Lazada

 

ARTIKEL LAIN

CARA GUNA MYKAD SEBAGAI TOUCH ‘N GO( Link & Semak Baki Di TnG eWALLET)

LUPA NOMBOR PIN eWALLET Touch ‘n Go Boost (Cara Reset Jika Terlupa)

CARA DAFTAR LAZADA WALLET MALAYSIA (AKTIFKAN DAN TOP UP SEBELUM GUNA)

3 Comments

  1. Saya telah lama buka lazada pada handphone baru,setelah mcm biasa saya ingin membuat pilihan belian,dan telah buka ewallet lazada rm 30.setelah itu saya ingin guna namun tiada dapat .selalu jawap pembayaran gagal.bagaimana saya hendak buat belian?tq

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *