CARA KELUARKAN DUIT PAYPAL (Masuk Ke Akaun Bank)

CARA KELUARKAN DUIT PAYPAL (Masuk Ke Akaun Bank)

Sekiranya anda mempunyai akaun PayPal tahukah anda bahawa sebenarnya anda boleh withdraw atau keluarkan duit anda dalam akaun Paypal terus masuk ke akaun bank tempatan anda tidak kira la Maybank, CIMB, Bank Rakyat, Bank Islam atau apa-apa perbankan pun.

Semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan, semoga membantu.

 

APA ITU PAYPAL

Paypal adalah digital wallet, disebabkan penggunaan paypal sangat meluas di internet, malaysia juga menjadi negara yang mengunakan paypal sebagai option untuk membeli di internet. Dengan itu, anda boleh shopping online seluruh dunia kerana kebanyakkan seller menerima pembayaran melalui akaun Paypal. Tambahan pula nak daftar pun mudah iaitu menggunakan emel sahaja dan paling best ianya percuma.

 

HAD LIMIT WITHDRAW DUIT PAYPAL

Had minima baki yang perlu ada dalam akaun paypal anda adalah sebanyak RM30. Jadi anda mengeluarkan duit dalam akaun Paypal anda yang selebihnya.

 

CARA WITHDRAW PAYPAL

Berikut adalah merupakan cara untuk keluarkan duit dalam akaun PayPal anda ke akaun bank tempatan:

  1. Layari pautan PayPal: https://www.paypal.com/my/signin
  2. Log masuk menggunakan username dan password anda
  3. Kemudian klik pada bahagian Wallet
  4. Pastikan anda sambungkan (link) akaun bank anda terlebih dahulu dengan klik pada Link a Bank.
  5. Seterusnya klik pada Transfer Funds. Untuk Bank Routing Code, anda boleh rujuk DI SINI
  6. Kemudian klik pada Transfer To You Bank
  7. Pilih dari matawang MYR atau USD dan klik Next
  8. Pilih akaun bank yang telah anda daftar dan sambungkan dengan akaun Paypal. Klik Next
  9. Masukkan jumlah yang anda mahu keluarkan. Atau anda boleh keluarkan kesemuanya (pastikan baki minima yang anda RM30) dan klik Next
  10. Paparan maklumat akaun bank, jumlah pengeluaran dan caj (jika ada) akan tertera, semak kembali maklumat tersebut dan Klik Transfer Now
  11. Proses pemindahan wang akan mengambil masa dalam 2-3 hari bekerja sahaja.
  12. Kemudian barulah anda boleh withdraw di mesin ATM untuk keluarkan tunai atau pembayaran menggunakan online banking.

ARTIKEL LAIN 

CARA DAFTAR PAYPAL MALAYSIA (Hantar & Terima Duit PayPal Guna Kad Debit/Kredit)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *