KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA (CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENJAGA UTAMA DAN KEDUA)

Utama / KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA / KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA (CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENJAGA UTAMA DAN KEDUA)

KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA (CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENJAGA UTAMA DAN KEDUA)

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) adalah pangkalan data tunggal yang digunakan oleh semua aplikasi yang berasaskan penjaga utama dan kedua di Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bagi memastikan data penjaga utama dan kedua sentiasa terkini dan mudah diakses, pengemaskinian data pengguna boleh dilaksanakan secara atas talian (online) sepanjang tahun. Hal ini amat penting agar data tersebut mudah diperolehi untuk dibuat tapisan bagi sebarang bantuan yang akan disalurkan kepada murid yang layak menerima.

Namun tidak semua keluarga memppunyai capaian internet yang baik untuk menyelesaikan proses kemaskini. Sekiranya berlaku masalah tiada capaian internet dan komputer, ibu bapa boleh memohon budi bicara dan kerjasama guru kelas anak, serta penyelaras tahun untuk membantu dalam mengemaskini maklumat tersebut.

 

IQ-NILAM ANAK SUDAH KEY IN ATAU BELUM???

BACA PANDUAN IQ-NILAM LOGIN  dan log in melalui id  DELIMa

 

PERANTI UNTUK KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

Ibu bapa dan penjaga boleh mengemaskini maklumat APDM KPM secara atas talian sama ada melalui telefon pintar (handphone) , komputer meja (desktop) atau computer riba (laptop).

 

TUJUAN KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

  • Mengelakan pengisian berulang kali
  • Mendapatkan paparan dan maklumat anak yang bersekolah
  • Mengetahui status kewangan pelajar
  • membantu sekolah dalam menguruskan kebajikan pelajar

nota: ibubapa diluar sana harus BERTANGGUNGJAWAB membantu pihak sekolah mengemaskini maklumat dengan memasukkan maklumat pendapatan yang betul agar dapat dibuat tapisan bagi pelajar yang layak menerima sebarang bantuan. Maklumat mestilah SAH DAN BENAR.

 

CARA KEMASKINI MAKLUMAT PENJAGA UTAMA DAN KEDUA

1.Layari laman web public.moe.gov.my

2. Daftar masuk (Untuk pengguna kali pertama)

KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

3.Selepas daftar, boleh Login.

4. Sila log masuk dengan memasukkan nombor KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN.

5. Sila klik ikon KEMASKINI MAKLUMAT.

KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

6. Maklumat yang perlu dikemaskini adalah seperti berikut:

  • Profil Anak Jagaan
  • Alamat Anak Jagaan
  • Maklumat Penjaga

KEMASKINI APDM KPM IBU BAPA

7. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat, anda perlu membuat Perakuan Maklumat dan Cetak Borang APDM.

 

MAKLUMAT LANJUT

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila hubungi nombor telefon Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM di talian berikut: 03-888 49 225.

Anda juga boleh menghantarkan pertanyaan dan aduan melalui e-mel: [email protected]

21 Comments

  1. Baru-baru ini kemaskini maklumat APDM bagi sesi 2022/2023 telah saya buat untuk anak saya Nur Amyra Alya binti Fazry. Tetapi ada maklumat Yang TIDAK BETUL pada maklumat anak jagaan saya. Terdapat Nama murid lain iaitu NUR FARAZILA BINTI DICSON TALLO BUKAN anak saya. Laporan polis juga telah saya buat Dan Di bahagian JABATAN PENDAFTARAN NEGARA juga telah dibuat bagi memastikan kad pengenalan saya atau maklumat diri saya tidak Di Salah guna oleh individu lain saya usul Kan masalah ini agar pihak Dari KPM dapat MENGELUARKAN NAMA INDIVIDU yang telah menggunakan Nama saya sebagai penjaga kerana individu ini bukan lah anak saya (NUR FARAZILA BINTI DICSON TALLO) DIharap pihak KPM dapat membantu saya dengan kadar segera supaya tidak berlaku masalah Yang TIDAK Di ingini dimasa Yang akan datang. Mohon kerjasama Dari pihak KPM untuk tindakan segera. Terima kasih

  2. Assalammualaikum..saya Nak daftar masuk tapi tak dapat2..tolong simpan Nama Dan emel saya ini supaya senang saya boleh mengulas kembali pada masa hadapan..terima kasih

  3. Saya dah berapa kali cuba kemaskini maklumat tak dapat buat, kami wargaemas berserabut kepala bila semua buat online ,

  4. kami try banyak kali pun tak boleh nak kemaskini. dah boleh log in tapi maklumat anak jagaan kosong. Pergi buat dekat cyber cafe pun tak boleh.

  5. untuk makluman pihak tuan/puan, saya tidak lagi menggunakan email lama dan no. telefon yang lama. bila saya reset semula, maklumat tersebut akan masuk ke email lama dan nordin lama. saya mohon bantuan pihak tuan dan puan untuk dapatkan semula kata laluan dan Password bagi saya mengemaskini maklumat anak dan pekerjaan ibu bapa. segala bantuan di ucapkan terima kasih.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *