KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB:CARA TUKAR/UPDATE TAC(CAWANGAN & KIOSK)

KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB:CARA TUKAR/UPDATE TAC(CAWANGAN & KIOSK)

 

Amanah Saham Bumiputra (ASB) merupakan salah satu medium pelaburan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan bumiputra. Mungkin ramai diantara kita tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengemaskini nombor telefon ASB.

Bagaimana saya hendak mengemaskini nombor telefon ASB? Bolehkah melalui cawangan ASB atau kiosk ASB berdekatan? Kesemua cara tersebut boleh kita gunakan. Berikut adalah perkongsian tentang cara untuk mengemaskini nombor telefon anda.

 

CARA TUKAR/UPDATE NOMBOR TELEFON ASB DI CAWANGAN ASB

Terdapat beberapa cara untuk mengemaskini nombor telefon ASB anda. Pertama, jika anda berkesempatan bolehlah mengunjungi mana-mana cawangan ASB berdekatan untuk mengemaskini nombor telefon.

Pastikan anda membawa kad pengenalan dan salinan kad pengenalan untuk berurusan dikaunter. Jangan risau, pegawai bertugas akan memudahkan urusan anda!

Berikut adalah cawangan-cawangan ejen ASNB yang terpilih iaitu :-

Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Alliance Bank, Ambank, Bank Muamalat, Hong Leong Bank, Bank Islam dan POS Malaysia.

 

CARA TUKAR/UPDATE NOMBOR TELEFON ASB DI KIOSK ASB

Kiosk adalah cara yang mudah dan ringkas untuk anda mengemas kini nombor telefon. Namun begitu anda perlu mencari kiosk ASB berdekatan dengan anda terlebih dahulu. Ikuti Langkah-langkah mengemaskini nombor telefon di kiosk seperti berikut :

  1. Pergi ke kiosk ASB yang berdekatan dengan anda.
  2. Masukkan kad pengenalan anda di MyKad Reader untuk pengesahan.
  3. Klik SAHKAN MYKAD dipaparan dan masukkan cap jari anda.
  4. Skrin akan memaparkan CAP JARI ANDA BERJAYA DISAHKAN. Seterusnya klik HANTAR untuk meneruskan transaksi.
  5. Pada paparan MENU PILIHAN TRANSAKSI, klik pada pilihan KEMAS KINI MAKLUMAT dan masukkan nombor telefon anda.
  6. Klik HANTAR dan klik TAMAT TRANSAKSI.
  7. Beri maklumbalas kajian kepuasan pelanggan ketika menggunakan kiosk ASB dan ambil kad pengenalan anda.

 

SOALAN LAZIM KEMASKINI NOMBOR TELEFON ASB

Adakah boleh kemaskini no telefen ASB di portal MyASNB?

Tidak boleh

Berapa nombor telefon ASB?

03–7730 8899

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai cara kemaskini nombor telefon ASB,sila berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian Tel:03–7730 8899, atau melalui Facebook Amanah Saham Nasional Berhad atau ASNBTweet.

 

 

 

 

 

 

9 Comments

  1. Saya nak tolong beliau saya tukar daftar nombor telefon untuk asnb dia secara online sebab beliau saya tengah sakit sekarang tidak boleh pergi cawangan asnb terdekat, saya pula tengah kerja susah ambil cuti musim mco ni.. bileh tolong saya daftar online ? Terima kasih kerana beri kerjasama..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *