KENA AUDIT LHDN? (Contoh Dokumen & Jawapan Selamat Elak Kena Penalti)

Utama / KENA AUDIT LHDN / KENA AUDIT LHDN? (Contoh Dokumen & Jawapan Selamat Elak Kena Penalti)

KENA AUDIT LHDN? (Contoh Dokumen & Jawapan Selamat Elak Kena Penalti)

Setiap individu yang boleh dikenakan cukai dikehendaki melaporkan kesemua pendapatan kepada LHDNM.  Individu tersebut adalah bertanggungjawab untuk Daftar Nombor Cukai Pendapatan / Kemaskini Maklumat, Lapor Pendapatan Tahunan dan Bayar Cukai Pendapatan.

Untuk memastikan pematuhan itu, LHDN akan melakukan audit. LHDN berhak untuk memilih siapa sahaja untuk diaudit pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, sekiranya pembayar cukai telah dipilih untuk diaudit LHDN ini tidak bermaksud pembayar cukai tersebut telah melakukan kesalahan.

Bagaimana sekiranya kena audit LHDN? Disini kami kogsikan dokumen dan juga tips, semoga membantu.

 

DAFTAR NOMBOR CUKAI PENDAPATAN / KEMASKINI MAKLUMAT

Anda perlu mendaftar nombor cukai pendapatan sekiranya anda tergolong dalam :

  1. Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
  2. Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
  3. Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
  4. Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  5. Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
  6. Individu yang menjual/membeli hartanah

Pendaftaran nombor cukai pendapatan boleh dibuat secara :

  • atas talian (online) melalui aplikasi e-Daftar di https://edaftar.hasil.gov.my; atau
  • manual di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan.

 

BAGAIMANA ANDA BOLEH TERPILIH UNTUK DIAUDIT LHDN

Anda Kemungkin boleh di audit oleh LHDN sekiranya:

  1. Tidak hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara e-filing atau manual walaupun layak untuk membayar cukai setiap tahun.
  2. Hantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) namun tidak konsisten setiap tahun.
  3. Pendapatan yang dilaporkan tidak semenggah dengan perbelanjaan.
  4. Pendapatan yang dilaporkan dalam BNCP tidak konsisten.
  5. Margin keuntungan bisnes yang luar biasa.
  6. Pengarah syarikat kelihatan hidup terlalu mewah.
  7. Majikan yang gagal membuat potongan cukai pendapan untuk pekerja mengikut garis panduan LHDN.
  8. Menunjuk kekayaan dan kejayaan di media sosial.
  9. Aktif jual beli rumah (broker, flipper).
  10. Membuat tuntutan pelepasan palsu.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN SEKIRA DIAUDIT LHDN

Pastikan semua dokumen ini disediakan serta disusun dengan kemas bagi memudahkan urusan membuat pengisytiharan cukai pendapatan seperti:

  1. Penyata pendapatan
  2. Resit & Invois
  3. Lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan

Penyediaan yang lengkap ini dapat mengurangkan kesilapan semasa pengisian BNCP yang akhirnya menyebabkan pendapatan terkurang lapor atau BNCP dianggap tidak lengkap oleh LHDN

 

KESALAHAN, DENDA & AUDIT LHDN

Untuk mengetahui jenis kesalahan, denda & penalti, anda boleh rujuk DI SINI 

 

TIPS SELAMAT UNTUK ELAK DIKENAKAN PENALTI AUDIT LHDN

Buat pengiraan di dalam buku catatan terlebih dahulu agar semua pendapatan dan pelepasan cukai tidak lupa diisytihar dan dituntut apabila membuat pengisian borang nyata cukai nanti. Perkara yang perlu diambil berat adalah

  • Laporkan amaun pendapatan yang betul dalam BNCP.
  • Jumlah pendapatan sampingan (jika ada) seperti freelance, part-time job, komisen, sewa, berniaga dan lain-lain yang perlu turut dilaporkan dimasukkan dalam BNCP.

Pastikan anda mengemukakan BNCP yang betul berdasarkan sumber pendapatan anda. Ini bagi memastikan anda kemukakan borang nyata dalam tempoh yang ditetapkan dan mengelakkan penalti kerana terlewat mengemukakan borang nyata cukai.

Kesilapan dan kelewatan mengemukakan BNCP boleh menyebabkan anda dikenakan penalti menurut seksyen 112 ACP 1967

 

SENARAI PERUNDING CUKAI BERTAULIAH

Untuk dapatkan nasihat sekiranya kena Audit, anda boleh merujuk ke  LHDN atau perunding cukai bertauliah. Senarai perunding cukai (ejen cukai) bertauliah boleh disemak melalui portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov.my > Ejen Cukai > Cari Ejen Cukai.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai sekiranya kena audit LHDN, anda boleh melayari website rasmi LHDN di pautan https://www.hasil.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

LUPA ID PASSWORD E-FILING(Cara Reset & Dapatkan Semula Akaun)

SEMAKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH CKHT RPGT DI MALAYSIA

SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA(Cara Check Income Tax Number Online)

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *