Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15%(Bila Mula Gaji Baru)

Berapa Peratus Kenaikan Gaji Penjawat Awam?

Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, mengumumkan bahawa penjawat awam akan menikmati kenaikangaji sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024. Ini merupakan kadar kenaikan tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara. Kenaikan ini akan melibatkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion, menjadikannya kenaikan paling besar dalam sejarah negara. Anwar juga menekankan bahawa kewangan akan diteliti bagi memastikan kenaikan ini dapat ditampung tanpa menambah beban hutang negara secara berlebihan.

Bila Kali Terakhir Kenaikan Gaji Penjawat Awam?

Sebelum ini, kadar kenaikan gaji tertinggi adalah pada kadar 13 peratus. Oleh itu, Kerajaan MADANI bertekad untuk memastikan kadar kenaikan kali ini lebih tinggi daripada sebelumnya. Anwar juga memberikan jaminan bahawa Kerajaan akan menawarkan apa jua yang dianggap munasabah dan adil untuk penjawat awam.

Anwar turut menyatakan bahawa keputusan untuk mengkaji semula skim gaji penjawat awam dibuat kerana tiada kenaikan yang signifikan dalam tempoh yang lama, dengan kajian terakhir dilakukan pada 2013. Selain itu, beliau mengakui perlunya memperbetulkan persepsi bahawa bilangan penjawat awam yang ramai seharusnya tidak disamakan dengan anggota penguat kuasa.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu hasil kajian tersebut yang dijangka akan siap pada penghujung tahun hadapan. Bayaran insentif ini telah dibuat pada bulan Februari bagi membantu meringankan beban persediaan persekolahan dan persiapan menyambut bulan Ramadan dan Syawal

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

Artikel Lain > CARA POTONGAN GAJI TABUNG HAJI(Direct Debit Setiap Bulan)

Leave a Comment