KERETA KENA TARIK(Apa Tindakan Yang Patut Korang Buat)

Utama / KERETA KENA TARIK / KERETA KENA TARIK(Apa Tindakan Yang Patut Korang Buat)

KERETA KENA TARIK(Apa Tindakan Yang Patut Korang Buat)

Kereta kena tarik? Pernah merasa was-was dengan ejen penarik kenderaan? Takut ditipu oleh mereka? Ketahui hak anda sebagai penyewa beli yang perlu dipatuhi oleh penarik kenderaan sebelum menarik kenderaan anda. Disini kami kongsikan tindakan yang paelu anda buat, semoga membantu.

 

 

APA ITU EJEN PEROLEHAN SEMULA (EPS)

 

Biasanya institusi perbankan akan melantik penarik yang berdaftar dengan Persatuan Syarikat-Syarikat Sewa Beli Malaysia untuk menarik balik kenderaan bermotor. Sebelum menarik balik kenderaan bermotor, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan yang dikeluarkan oleh institusi perbankan yang membenarkan penarik mengambil kenderaan bermotor tersebut. Anda boleh meminta untuk melihat kad pengenalan dan kad kuasanya sebelum menyerahkan kenderaan bermotor anda.

 

KETAHUI HAK ANDA

 

Hak penyewa beli yang perlu Ejen penarik kereta (EPS) patuhi sebelum membuat penarikkan kenderaan:

  • Tidak dibenarkan menarik kenderaan yang berada di kawasan kediaman berpagar.
  • Tidak dibenarkan menarik kenderaan pada hari cuti umum.
  • Masa untuk menjalankan penarikkan kenderaan bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 9.00 malam.
  • Perlu mengemukakan kepada penyewa beli iaitu iaitu surat arahan Tarik dari Institusi kewangan dan perintah Mahkamah sekiranya kenderaan yang hendak ditarik telah membuat bayaran melebihi 75% daripada pinjaman kenderaan.
  • Ejen Penarik Kenderaan mestilah mempunyai Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) daripada KPDNKK.
  • Perlu bersikap professional.
  • Penampilan yang kemas dan bersesuaian.
  • Penggunaan kekerasan sepanjang proses penarikkan adalah tidak dibenarkan.
  • Hendaklah memberi masa yang cukup kepada penyewa beli untuk mengeluarkan barang peribadi daripada kenderaan yang hendak ditarik.
  • Selepas kenderaan ditarik hendaklah membuat laporan Polis dengan serta merta bagi maksud kesahihan menjalankan prosedur penarikkan kenderaan.

 

 

 PROSES SEBELUM PENARIKAN BALIK KENDERAAN

 

Berikut adalah merupakan sebelum proses penarikan balik Kenderaan:

  • Sebelum menarik kenderaan anda, institusi perbankan perlu menghantar Notis Jadual Keempat yang merupakan notis bertulis yang menyatakan hasrat institusi perbankan untuk menarik kenderaan anda.
  • Notis ini akan luput dalam masa 21 hari. Notis kedua akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat, untuk memberitahu anda bahawa institusi perbankan berhasrat untuk menarik kenderaan anda selepas luput notis Jadual Keempat.
  • Anda boleh mengelakkan penarikan kenderaan anda dengan membayar jumlah tertunggak seperti yang dinyatakan dalam Jadual Keempat sebelum tempoh 21 hari atau memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi perbankan sebelum tarikh luput.
  • Anda perlu menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut.

 

PROSES SEMASA PENARIKAN BALIK KENDERAAN

 

Semasa pihak EPS hendak menarik kereta anda, tindakan yang perlu  anda buat semasa kereta ditarik adalah catatkan perkara-perkara berikut.

  1. Nama ejen,
  2. Nombor permit,
  3. Nama dan alamat bank dan
  4. Tempat menyimpan kenderaan yang ditarik.

 

 

TINDAKAN SELEPAS PENARIKAN BALIK KENDERAAN

 

Selepas penarikan balik kenderaan oleh RPS, ini adalah tindakan yang eprlu dibuat:

  1. Dalam masa 21 hari selepas penarikan, institusi perbankan akan memberi kepada anda dan setiap penjamin notis Jadual Kelima yang membenarkan anda membayar balik jumlah hutang kepada institusi perbankan. Anda boleh meminta institusi perbankan untuk memulangkan kenderaan bermotor anda dengan:
  2. Menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan belanja tunai langsung (termasuk kos penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan, kos penarikan dan penghantaran balik) yang ditanggung oleh institusi perbankan; atau
  3. Membayar balik jumlah baki hutang sepenuhnya dan menyelesaikan semua belanja tunai langsung (termasuk kos penarikan, penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan
  4. Sekiranya anda atau penjamin anda tidak menyelesaikan jumlah belum jelas seperti yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari selepas notis Jadual Kelima dihantar kepada anda, institusi perbankan berhak menjual kenderaan bermotor tersebut melalui lelongan awam atau menawarkan kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah daripada harga anggaran yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima.

 

ARTIKEL LAIN

CARA REFUND BAKI KAD TOUCH ‘N GO /PLUSMILES

CARA DAFTAR GUNA SETEL PETRONAS(Claim & Tebus Ganjaran Hebat Bila Isi Minyak)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *